BELASUNGKAWA TUNKU ABDUL JALIL IBNI SULTAN IBRAHIM

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

Assalamualaikum...

KETIKA dikejutkan dengan desas desus pemergian YAM Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim petang semalam Sk sedang berada di Hatyai, Thailand. Sukar untuk percaya sebenarnya sehinggalah bonda saudara Almarhum yang merupakan Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah memaklumkan di dalam instagram baginda. Rasa macam tak percaya, biarpun kita sedia maklum bahawa Almarhum menderita kanser tahap empat, sebenarnya sebagai bangsa Johor yang mengenali keperibadian Tunku Jalil atau lebih dikenali sebagai TJ kita sentiasa mengharapkan ada keajaiban namun takdir Tuhan mengatasi segalanya.


Masih muda, baru berusia 25 tahun namun TJ mempunyai semangat juang yang tinggi apabila disahkan menghidap kanser tahap empat kira-kira setahun yang lalu. Tiada siapa pun yang tidak tersentuh hatinya apabila melihat posting TJ di ig dan page Tunku Jalil Official selama menjalani rawatan mahupun sebelumnya. Seorang yang sangat merendah diri, menghormati orang lain malah menyanyangi pelbagai jenis haiwan itulah TJ.


Salam takziah di atas kemangkatan Almarhum buat seluruh kerabat diraja Johor Darul Ta'zim terutama kepada ayahnda dan bonda, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar serta Permaisuri Raja Zarith Sofea Binti Sultan Idris. Kehilangan TJ pastinya ditangisi. Gelak tawanya pastinya sentiasa dirindui. Hanya Al- Fatihah yang dapat Sk hadiahkan mengiringi perjalanan sang putera kesayangan.


Lihatlah betapa TJ sangat menyanyangi makhluk Allah.


Sk ada baca satu artikel di mana TJ akan memperkenalkan dirinya sebagai Jalil sahaja apabila berkenalan dengan orang yang tidak mengetahui bahawa baginda adalah putera raja.


Tentunya haiwan bertuah kerana disayangi TJ.


:')


Sedih melihat gambar-gambar TJ


Abadikan gambar di blog buat kenangan. 


Speechless


Merenung jauh..


Di samping ayahnda ketika menerima rawatan.


Kasih sayang bonda tercinta namun perancangan Allah swt tentunya lebih baik.


Damailah di sana.. Al- Fatihah.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!