PROSEDUR MEMANDU KENDERAAN SENDIRI KELUAR DARI THAILAND

Seri Kandi Tanah Jauhar
0
Assalamualaikum...
 
MULANYA Sk ingat nak cerita  tentang restoran yang kami singgah semasa berada di Hatyai tapi rasanya lebih baik Sk sambung dulu bagaimana prosedur membawa keluar kenderaan pendaftaran Malaysia yang kita pandu ke Thailand dalam entry sebelum ini DI SINI.
 
Ialah.. dah masuk kenalah keluar apabila telah sampai tempoh yang ditetapkan. Kalau tidak, kita boleh didenda sehingga 1000 Baht sehari (kalau tidak silaplah.. huhu).
 

Okey.. masih ingat tentang dua helaian dalam gambat di atas ni?

1. Yang di sebelah kiri tu ialah borang OUTBOUND TM2 (maklumat kenderaan)  & TM3 (maklumat penumpang. 
Borang OUTBOUND ni anda masukkan ke dalam pasport pemilik kenderaan atau wakilnya (jika pemilik kenderaan tiada bersama). Yang di sebelah kiri pula Surat Kebenaran Membawa Masuk Kenderaan Pendaftaran Malaysia. 

Sebaik sahaja masuk ke Kompleks Pemeriksaan Imigresen dan Kastam Sadao, sama seperti proses masa masuk dulu kita perlu letak kenderaan di tempat yang disediakan. 

2. Beratur di kaunter imigresen untuk mengecop pasport dan menyerahkan kembali borang OUTBOUND tadi. Pastikan keratan borang TM6 (white card) turut ada dalam pasport ya. Masa ni juga kita wajib selitkan wang RM2 dalam pasport kita.. huhu.

3. Bagi penumpang lain bolehlah cop pasport seperti biasa. Bila semua ahli rombongan Cik Kiah dah siap cop pasport, semua sekali pergi naik semula kenderaan anda tadi.. jangan pi tumpang lori pulak.. hihi.

4. Pandu kenderaan anda (tak kisah kalau bukan pemilik yang pandu) keluar dari tempat letak kereta menuju ke kaunter kastam untuk membawa keluar kenderaan. 

5. Sampai di kaunter kastam, berhenti depan tu dan pemilik kenderaan hendaklah keluar sendiri menyerahkan surat kebenaran yang bertulisan biru (rujuk gambar sebelah kanan) kepada pegawai di kaunter. 

6. Kemudian anda akan disuruh menandatangani surat itu dan satu buku besar kat situ. Tuliskan sendiri nombor plat kenderaan dan turunkan tandatangan anda dalam buku besar tu. Ada ruangan disediakan, jangan risau.

Lepas tu dah bolehlah memandu balik ke Kompleks Kastam Malaysia dan menyerahkan pasport di kaunter imi kita.

hujan emas di negara orang
rupanya lebih baik hujan batu di negara sendiri.

Sk harap segala info yang diberikan dapat membantu. Semuanya bergantung kepada perubahan dari semasa ke semasa unit berwajib ya.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!