MEE UDANG RUMPUN MAMBU TANJUNG DAWAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
Assalamualaikum...
 
TIDAK sah rasanya tidak singgah ke Tanjung Dawai jika ada masa terluang di kampung ER di Kuala Ketil, Kedah. Kadang saja nak lalu.. tengok-tengok pun tak apa. Tapi kali ini hajatnya cuma nak beli belacan tumbuk yang terkenal di Tanjung Dawai. Tapi dalam perjalanan tu hati tertarik melihat sebuah warung yang menjual Mee Udang. Tetiba pulak perut rasa lapar.. hahahha. Jom singgah!
 
 
Pada mualanya tak sangka Mee Udang dihidang dalam mangkuk tanah ni.
Eh, betul kan.. mangkuk tanah atau clay pot.
Bila nak buka penutupnya rasa berdebar-debar pulak takut rupanya mengecewakan.
Sekali bila buka... urmmmm..
 
 
Terus rasa gembira tengok dua ekor udang bersaiz gergasi sedang posing dalam mangkuk tu.
Jap.. jap.. kita perah limau dulu.
 
 
Mula-mula suap sesudu kuah dalam mulut dulu.
Wowwww! Rupa dahlah mantap.. rasa pun mantap tau. 
 
 
Macam biasa pilihan Sk ialah kuey teow.
Lepas tu rasa yang ER pulak, ER ambil mee.. laaaaaaaagi sedapppp!
 
Harga semangkuk Mee Udang tu RM14
bagi Sk amat berbaloi sebab gunakan udang laut XXL yang masih segar.
Udangnya juga dibersihkan, buang janggut
 dan telah dibelah jadi senang kita nak buang kulitnya.
 
 
Entah apa mimpi, Iman nak makan Bihun Tomyam sebab katanya
kawan-kawan dia suka makan Bihun Tomyam.
Jadi dia teringin nak rasa sedap ke Bihun Tomyam. 
Boleh tahan sedaplah.. tak mengecewakan pun.
Harga.. Sk lupa.
 
 
Hehehehe.. nampak bayang aje.
Makan sambil mengadap laut dan menghirup udara segar.
 
 
Tengok tu.. dah tak toleh kiri kanan.
Punyalah sedap.
 
 
 Selain mee udang, banyak juga masakan panas yang lain.
Jadi, jika ke Tanjung Dawai jangan lupa singgah tau.
 
 
 

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Slurrrppp.... kecur air liur nampak udang beso2 tu!... ari tu kak rose makan kat gerai tepi laut tu, tp x ingat nama kedai...dlam mangkuk jer, rega 15/mangkuk... sedap!

    ReplyDelete
  2. Lama tak singgah blog Kak Sari.. Belum sampai lagi tempat ni.

    Nampak sedap sangat..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!