PERCUTIAN DI GRAND ALORA HOTEL, ALOR SETAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
ASSALAMUALAIKUM...
 
PULANG dari Hatyai, Sk tidak terus balik ke Kuala Ketil sebaliknya kami singgah bercuti di Alor Setar. Yang sebenarnya, ER malam tu nak tengok perlawanan bola Piala Malaysia Separuh Akhir antara pasukan Kedah dengan Felda United. Selain dari tu katanya saja nak duduk dua tiga hari di AS sebelum balik semula ke Kuala Ketil, layannnnn.
 
 
Masa mula-mula tahu tentang Hotel Grand Alora ini tahun lepas, Sk ingatkan ia adalah sebuah hotel yang biasa-biasa sahaja walaupun ada perkataan grand di situ. Tapi, sebaik sahaja masuk ke ruang lobi dan melihat cafe yang terletak di hadapan lobi, Sk dah mula rasakan sesuatu yang luar biasa dengan hotel ini. Pengikut blog Sk ni tentu perasan yang Sk jarangggggg sangat atau mungkin tidak pernah membuat review tentang hotel-hotel yang Sk singgah, hihi.
 
 
Tapi kali ini Sk rasa nak kongsi sesuatu dengan anda semua tentang hotel yang terletak di Mergong, Alor Setar ini. Grand Alora ini terletak betul-betul berdepan dengan Tesco Mergong dan banyak kemudahan yang ada di sekeliling bangunan hotel ini termasuklah gerai makan dan sebuah mart.
 
 
Dan sebaik sahaja masuk ke bilik, kami dihidangkan dengan pemandangan sawah padi yang luas terbentang.. Subhanallah.. dengan sawah padi yang menghijau serta langit membiru dan awan yang berkepul-kepul, kita sampai rasa tenggelam di dalam dunia kita sendiri.
 
 
Katil bersaiz raja ini pula tinggi sampai paras peha. Sampai kena panjat kalau nak naik atas tu, hahaha. Syok giler lahhhh! 
 
Walaupun ruangan bilik tidaklah terlalu luas berbanding dengan hotel yang Sk tinggal di Hatyai tapi percayalah ia amat selesa ditambah dengan warna latar coklat keemasan yang menghiasi dinding dan pintu. Seterika pun ada, senang dah nak gosok baju yang dah berkedut dilipat dalam bag, heheheh
 
 
Seperti kebanyakan hotel lain, turut disediakan kemudahan peti sejuk, cerek elektrik dan coffee bar. Sk dan ER sekarang setiap kali check-in hotel dah ada Tea Lady iaitu Iman.. hehehe.
 
Bilik air menggunakan kemasan jubin hitam dan silver yang sungguh menawan. 
 
Selain itu, peralatan mandiannya juga moden dan terkini.
Maklumlah, rumah kita guna paip dengan shower dari plastik jer tau.. huwa huwa huwa. 
 
 
 
Malam tu, Sk, Iman dan adik berjalan-jalan di luar kawasan hotel. 
Tersergam indah Grand Alora di waktu malam bulan mengambang tau.
 
 
Seperti biasa, pakej penginapan disertakan bersama sarapan pagi. 
Sebelum memulakan makanan berat, kita makan buah dulu. 
 
 
 Cafe yang luas serta pilihan makanan yang banyak.
 
 
 Antara pilihan wajib Sk setiap kali bersarapan di hotel, bubur nasi.
 
 
Kalau ada mee atau pasta tu pun wajib.
 
 
ER biasanya akan makan nasi lemak dulu. Jadi, sebab ER kata sedap.. Sk pun ambil.. memang sedap.
 
 
Kemudian, Sk cuba juga mee kari.. pun sedapppp.
Memang memanjang tekak ni sedap jer.. hehehe.
 
Selain tu ada juga roti.. lupa pula nak ambil gambar.
Lain kali kalau ke Alor Setar, Grand Alora akan menjadi pilihan kami, insyaAllah.
Layanan dari stafnya juga terbaik.. Alhamdulillah. 

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!