MAKAN-MAKAN DI BIG FOOD SEMPENA HARI JADI

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
ASSALAMUALAIKUM...

SKEMA betul boh tajuk.. hehehehe. Dua tiga menjak ni, idea tak berapa nak mencurah untuk menaip di blog. Sebab tu macam sendu jer. Hari ni paksa jugak diri untuk memateri kenangan meraikan sambutan hari lahir ibunda yang ke 75 di Restoran Big Food yang terletak di Nong Chik, Johor Bahru. Sk rasa, Nong Chik ni memang tak asing lagi bagi warga Johor. Kalau yang tak tahu di mana letaknya Nong Chik, ia terletak berhampiran dengan Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Macam biasa, sebulan dua sebelum tiba tarikh 14 Mac, kami dah mula merancang sesuatu yang istimewa. Sekejap kata, nak bakar-bakar tepi pantai, sekejap kata nak bakar-bakar di rumah, sekejap kata nak makan buffet.. dan di saat akhir kami pilih untuk meraikan di Restoran Big Food ni. Sebenarnya Sk pun tak pernah makan di Big Food, jadi dua tiga hari sebelum tu Sk ajak Pak Inche singgah makan di sini. Kata adik Sk, 'test drive' nampak.. hahaha. Sebenarnya boleh je nak tempah melalui telefon.. tapi nak tahu jugak kesesuaian tempat ni.. kan.. kan.. kan.. :))))

Sk dah sedia maklum, saiz makanan di Big Food ni besar.. boleh kongsi berdua atau bertiga katanya. Tapi.. Iman dan ER awal-awal lagi dah cakap tak nak kongsi. Penamak betul kan? Urmmm... terpaksalah jugak Sk pilih makanan sendiri. Orang yang tak nak kongsi tadi.. nahh... hambikkk!!


Terkejut sampai gelak tak menahan bila tengok melambak Spaghetti Meatball Bolognese dalam pinggan. Sila habiskan ya. Ni harganya RM20 sepinggan.


Kapten's Lamb Honey Grill.. RM28 sepinggan.. ni sambil sibuk tolong Iman makan Spaghetti.. tu yang mata ke lain. Kentang goreng dia sedap sangat macam kentang goreng Fat Burger. Lamb tu ada tiga keping.. rasa boleh tahan cuma sosnya macam terlalu banyak rasa kayu manis. Sekeping tak habis, bungkus..  sampai sekarang masih terdampar dalam peti sejuk.. hahahha.


Termenung tengok pinggan sendiri.. muahahah. Yang kat depan ni Premium Ayam.. Sk punya. RM18 sepinggan.. Sk cuma habis makan sosej, mashed potato dan dua keping turkey ham tu sahajo yang lain bungkus untuk Zonan. Selepas berpuashati dengan sajian, persembahan, layanan dan suasana restoran.. maka Sk pun membuat tempahan. Kami memilih untuk meraikan hari jadi ibunda pada malam 14 Mac.. sejuklah sikit, kan. Kebetulan 14 Mac tu kan hari isnin, hari bekerja.. jadi kita buat malamlah senang supaya semua orang ada. Hari minggu pulak cucu-cucu ada kelas tuisyen.. gituuu.


Big Food ni terbahagi kepada tiga ruang. Ruang bawah.. masuk dari pintu depan. Ruang atas, boleh naik tangga jika masuk dari pintu depan atau masuk dari pintu belakang (tak perlu naik tangga) dan cafe di sebelah Big Food (menurut cerita turut dimiliki oleh Big Food F&B. Staf mereka sangat peramah dan membantu.. keseluruhannya Sk sangat berpuas hati.


Kami tiga beranak.. rasanya pengikut blog Alam Sari dah kenal dah.. Pernah Sk ditegur seorang pembaca di Petronas Ayer Hitam (tak silap).. pembaca blog Alam Sari. Malu giler.. hahahah.


Selain dari menggembirakan 'birthday girl' harap juga dapat menggembirakan anak-anak.. betul tak?


Masing-masing dah lapar. Iman kata dia simpan perut dari siang.. hahaha.


Mama (Kakak Sk) awal-awal dah rancang nak makan macam apa yang Iman makan hari tu. Spaghetti Meatball Bolognese. Tak terhabis mama.. haha.


Kali ni Sk pilih pasta, Spaghetti Carbonara bersama Turkey Ham. Masha Allah.. sedap lemak berkrim... muahaha. Bertambahlah lemak. Eh, tapi Sk makan 1/3 jer tau.. yang lain Sk cedok pas dekat yang lain.. mih mih mih.


Pak Inche ER punya.. awal-awal dah kata nak makan Beef Ribs.. pandai betul dia pilih yang paling mahal ya. RM40 sepinggan lepas tu tersandar.. sekeping setengah jer yang dia betul-betul habis. Sekeping bagi ibu.. yang lain-lain dalam tu kami tolong perabes.. bayar tuuuu... hahahaha.


Lamb Chop RM25.. Cik Ani punya rasanya. Yang lain-lain tu tak terlayan dah nak ambil gambar. Ada yang makan Nasi Goreng Lamb Chop, Nasi Goreng Ketam, Nasi Goreng Sotong dan Tomyam Seafood. Air dah macam-macam warna.. setahun sekali katanya. Bersyukur ada rezeki lebih tahun ini kita kongsi sama-sama.. Alhamdulillah.


Selepas doa makan dibacakan anaknda Ilham, maka masa untuk menjamu selera. Nyum.. nyum..


Ni kalau mak mertua lalu pun tak perasan.. heheheh


Nenek dan cucus


Mak.. Ibu... Umi... dan anak-anak. Alhamdulillah, tahun ni semua dapat balik.


Esoknya boleh pulak pergi layan Murtabak Cheese Kampung Kurnia. Lemak oh lemakkkk.. pergi main jauh-jauh.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Berkumpul reramai tu yang paling best SK..
    Terasa erat tali persaudaraan tu..
    Walaupun yg sebenarnya hendak menyambunt ulang tahun kelahiran iman..

    Banyak betul Spaghetti Meatball Bolognese dalam pinggan iman..
    Boleh habis ke iman hahahhaha

    ReplyDelete
  2. Kakkk....sedapnyaaa nampak. Meriah pula tu. Suka betul saya tengok Iman.tergelak. comey jer dia...

    ReplyDelete
  3. Kakak dah 3 kali juga makan di sini SK dan pernah juga masukkan buat N3
    Memang portion dia banyak kalau utk seorg makan. Jadi dah kena sekali lain kali dtg kena ingatlah kot nanti dok renung pinggan terkejut:)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!