Assalamualaikum...
MALAIH sungguh nak menulis di blog sejak akhir-akhir ini. Padahal, masuk sahaja 2016 hari tu bukan main ligat update entry.. lama-lama makin 'slow' pulak.. huhu. Mungkin ada yang tahu bahawa berlaku perubahan besar dalam kerjaya Sk apabila semua kursus diploma telah berpindah ke kampus induk. Operasi mengemas dan mengangkut serta memisahkan hak milik setiap kursus telah bermula sebelum cuti hari raya cina. Bagi Sk sendiri yang merupakan staf dari unit kemahiran yang pada awalnya dirancang berpindah ke kampus induk namun berlaku perubahan pada saat akhir di mana semua kursus kemahiran di tempatkan di bawah satu bumbung yang lain. Jadi kita cuma mampu megucapkan selamat jalan kepada rakan-rakan yang ke kampus induk. Kemudian, Sk terlibat pula dengan satu lawatan verifikasi. Biasanya, kalau ada lawatan-lawatan ni, Sk agak stress sikit. Stress dengan pelajar yang menyiapkan portfolio di saat akhir. Habis lawatan stress pulak dengan proses perpindahan yang belum selesai.. sudahnya blog terbiar.. gambar ada cerita tak ada.. huhuhu.
Ingat tak kisah Sk jalan-jalan ke Melaka hari tu? Yek elehhhh.. jalan-jalan Melaka jer pun nak kecoh.. huhu. Kenalah kecoh, kannn, melawat Melaka bererti melawat Malaysia tau.. Balik pada kisah ke Melaka tu, kan Sk cerita yang Sk merayap ke Mahkota Parade semata-mata untuk ke Kaison.. sampai rambang-rambang mata dibuatnya dan sudahnya tak beli. Tapi pagi tu Sk ayat baik punya dengan Pak Inche.. maka selepas 'check-out' Pak Inche ajak ke Kaison, nak tengok apa yang Mak Inche dok berkenan sangat.. hahahah. Tak banyak pun yang Mak Inche inginkan cuma sebuah dinding baru untuk cuci-cuci mata sambil menyediakan juadah dan menjamu selera. Hasilnya...
'Feeling-feeling' 'rustic' gitu. Tapiiiiiiiiiiii... wallpaper tak cukupppppppppppppp. Sebenarnya, rancangan asal Sk nak tampal kertas dinding corak bata merah ni, di dinding luar bilik air yang berdepan dengan dapur sahaja tapi Iman suruh Sk tampal seluruh dapur. Sk dah tahu memang tak cukup sebab Sk cuma beli tiga gulung sahaja (satu gulung 10 meter) tapi.. atas alasan nanti boleh beli lagi kalau tak cukup.. hahahha. Banyaklah... bilanya nak ke Kaison tu lagi? Kalau ada kat JB ni lainlah.. huwa huwa huwa. Dah rupa macam rumah tak siap. Untuk bahagian ini sahaja Sk habis satu setengah gulung.
Dan di bahagian ini Sk habis satu setengah gulung lagi.. sebenarnya sebelah kanan tu tak siap lagi dan pada hemat Sk memerlukan lagi sekurang-kurangnya dua setengah gulung. Nantilah Sk ambil gambar penuh dinding yang tak siap ya. Dinding asal Sk memang warna putih susu.. iaitu warna asal masa ambil kunci rumah dan bahagian dalam rumah Sk dari ruang tamu, bilik dan dapur memang langsung tidak pernah bertukar cat. Bila pasang wall paper corak bata merah ni, Iman kata, "Bonda.. macam duduk rumah batu laaa..". Laaaa.. dia tak perasan ke rumah ni memang rumah batu.. hihi.
Tengok.. Ponti pun dah feeling-feeling orang kaya nampaknya... huwa huwa huwa. Suka hati kamulah kucing diva. Elok pulak sehari dua budak-budak ni tak tarik alas table top ni. Agaknya dia pun seronok dengan suasana baru dalam rumah, hihi.
Amboiiii... bukan main lagi korang ya. Dah ada port masing-masing nampak!! Huhuhu.
Haaa... inilah tempat Sk berperang dari pagi sampai malam untuk mengisi perut rakyat dalam rumah. Plan nak tampal juga wall paper di bahagian atas kabinet gantung dan di atas tingkap tu cuma tak tahu lagi larat ke tidak. Maklumlah.. kita gayat wakkkkk. Kalau suruh ER karang takut jadi lain pulak.. jadi kita tengok dinding lama jerlah ya.. hihi. Jom pi Kaison!
Cantiklah SK!
ReplyDeleteKalau tak kata wall-paper mesti kakak ingat memang original bata.
assalamualaikum SK...wah cantik2 la...kena pi Melaka lg la jawabnya yer...SK papan hitam kecik tu beli kat mana ek..
ReplyDeletebeli kat DIY kak Mas
DeleteWah....cantiknya. kagum saya kak.. betul..mcm x nk kuar dr dapur
ReplyDeleteWah DIY ye..bagus..jimat duit rumah pun cantik kan
ReplyDeleteWah DIY ye..bagus..jimat duit rumah pun cantik kan
ReplyDeletecantik nyee wall paper..
ReplyDeleteMemang cantik lah SK..
ReplyDeleteTak perasan pun mcm wall paper..
Pandailah SK.. DIY..