PROJEK DEKO.. IDEA.. IDEA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
  Assalamualaikum...
 
SIAPA ada masalah macam Sk
yang Encik Suaminya tidak kreatif..
dan tak pandai bertukang?
Nasib baik tahu tukar mentol, lampu kalimantang dan starter.
Tapi.. kalau transformer terbakar
salur air tersumbat
paip bocor
pam tandas rosak
memang dia tak pandai buat
terpaksa panggil yang pakar.
Kalau tengok cara dia lap meja pun sakit hati
baik kita lap sendiri
hihihihi.
 
Haaa.. itulah Pak Inche kita.
Mungkin kedudukannya sebagai anak busuk bongsu
dari lapan beradik
membuatkan ER tidak begitu pandai serba serbi
Tapi.. Allah SWT memang Maha Adil
dianugerahkan isteri serba tahu
macam Sk ni.. muahahaha.
 
 
Disebabkan ER ni tak pandai bertukang
Kau janganlah pandai-pandai
nak menyuruh dia ketuk paku atau buat lubang
alamat jahanamlah dinding
bersepai tembok dikerjakan.
 
Akur dengan kekurangan
beli para berbulan-bulan tak dipasang
sebab tak ada siapa yang pandai
Sk buat projek DIY
gunakan kotak decoder astro
dan aksesori comel dari goodies pengantin
dari majlis perkahwinan anak saudara Sk
yang memang Sk simpan
sebab santek.. sayang kalau dibuang
 
 
Idea gantung gambar ni
Sk tiru dari hasil lawatan sambil belajar
ke Kaison Aeon Klebang
di Ipoh
semasa dalam perjalanan pulang dari Alor Setar hari tu
yang dah termaktub dalam perjanjian
antara Sk dan ER.
 
Itu sebabnya Sk suka pergi ke Kaison
dan juga Ikea
sebab ada banyak idea yang boleh kita tiru
mengikut cara dan kemampuan kita
 
 
 Anda cuma perlukan kotak bersaiz lebar macam ni
Tali tu boleh guna apa-apa jenis tali
atau riben
jangan guna tali kapal
atau rantai basikal sudah.
 
Sepit kecik tu.. ada dijual di Mr DIY
Rumput tiruan Sk beli di kedai bunga tingkat bawah Danga City Mall
dah lama.. dah tiga kali bertukar pasu
kali ni masuk dalam beg kertas pulak
comel jugak
ini pun idea dari Kaison
yang letak pokok dalam seramik bentuk beg kertas
Sk suka.. comel giler!
 
Disebabkan kotak tu ringan sahaja
Jadi tak perlulah nak tebuk serta skru di dinding
Cuma pakukan sahaja
pandai-pandailah nak buat macam mana
supaya ia kukuh dan tidak senget benget
gitu...
 
Iman cadangkan Sk sembur cat hitam
tapi Sk lebih suka natural
nampai damai gitu
 
 
Alhamdulillah
Wallpaper yang tak cukup hari tu
Sk dapat beli secara dalam talian
dengan Personal Shopper Kaison dan Ikea
tambah RM5 upah setiap satu barang
dan RM15 caj penghantaran
beres.. tak yah fikir panjang-panjang
cuma memanjat tu satu hal
sebab dinding rumah Sk tingginya lebih 12 kaki
kalau suruh ER
habislah wallpaper Sk terbarai
Iman... lagi tak pandai
 
nangis!
 
Sk tampal sedikit-sedikit
kudrat dah tak macam dulu
menyala-nyala seperti zaman remaja
la ni dah purba
huhu
 
 
Boleh tukar-tukar gambar
suka tak?
suka tak?
kui kui
 
 
Frame di kiri kanan tu
ER beli
terpaksa turutlah sahaja kemahuan isteri
sebab tak pandai nak buat sendiri
kikikiki 
 
alaaa... baru beli frame punnnn...
 
yang sebenarnya
idea projek diy ni
datang secara spontan
 
lepas gantung kedua-dua frame tu
rasa macam kosong dan hambar
urmmm...
 
masa Sk melintas ruang ni
untuk ke dapur
nak buat brownies cadangnya
terus terfikir untuk menutupi kekosongannya
maka terjadilah deko suka-suka
yang langsung tak keluarkan belanja
menggunakan semua benda yang dah ada.
 
 
Iman.. ketika usia setahun
comel dak???
sekarang lagi comel kan.. kan..
 
 
Wassalam. 

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Assalamualaikum, Menariknya, suka dinding tu jugak, bernas idea gantung beg berpokok di sambut dengan gambar, wording painting memang menenangkan..

    ReplyDelete
  2. Syabas! dah tak payah tunggu ER tolong SK buat ajelah sendiri:)
    Cantik dan puas hati hasilnya.

    ReplyDelete
  3. cantik sangat. keratif dan berseni tangan tu.... kak rose ni semuanya keras tangan jer!

    ReplyDelete
  4. wah cantiknya wallpaper, cantik guna hasil DIY tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!