MENTERI KEWANGAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
8
Assalamualaikum...

PADA hari cuti kelepasan am yang lepas, Encik Rizar (ER) telah mengajak Sk ke Pasar Pontian. Macam biasalah, hati ni malas sangat nak pergi tapi mengenangkan stok makanan laut dah tak ada langsung di rumah ni, maka Sk gagahkan jugaklah. Mana tahan asyik makan ayam, daging, ayam, daging, kan. Sejak berkereta berasingan, kami memang dah tak singgah lagi ke Kipmart membeli stok. Paling-paling pun ER sorang sahaja yang rajin nak cari apa yang nak dimasak, kalau diharapkan Sk, hari-hari makan kedai pun sanggup, muahahaha.

Macam biasa, destinasi pertama ialah pasar yang terletak di tepi Sungai Pontian. Dan macam biasa jugaklah, tak ada harga yang turun melainkan naik-naik belaka. Paling memeranjatkan udang yang bulan lepas harganya RM50, hari tu dah jadi RM80. Purrrrrrrrr.. bergetar bibir menyebutnya, huhuhu.
Ketam pun hampir RM40 sekilo, bukan besar sangat pun. Tapi berbuih-buih lagilah mulutnya (mulut???) cuma dah tak bergerak.

Sebab tak banyak yang dapat dipancing di situ, kami ke pasar borong pulak. Alah, memang selalu macam tupun, lepas ke tepi sungai, mesti nak jugak tengok apa yang boleh dibawa balik di pasar borong. Seorang apek kelihatan melambai-lambai dan menunjukkan koleksi udangnya.

"Ini 68.. ini 58... ini 48.. angkatlah!"

ER pandang Sk, Sk pandang ER, macam tak percaya. Udang XXL di tepi sungai tadi dah RM80, Biar betul apek ni RM68.

"Ini berapa?" Tak puas hati tanya lagi.

"68."

Biar betul. Dah pasang telinga betul-betul ni, sebab apa. Sebab udang tu besar tapak tangan. Memang giler besarlah, mungkin dah pangkat moyang-moyang, hahaha.

"Bah, betul ke 68, sekali kita amek rupanya 98?? Tanyalah betul-betul." Bisik Sk pada ER.

"Apek, ini 68 ke?"

"Ya, 68. Angkatlah, besar-besar, ini udang boleh simpan."

Dia mengutip seekor demi seekor udang dan memasukkannya ke dalam bakul. 

"Cuba timbang, nak tengok berapa?" Pinta ER.

"Boleh.. boleh tengok dulu." Apek tu terus letakkan atas timbang. Tertera harga sekilo RM68. Barulah yakin harganya RM68, heheheh. 

"Beli tak?" ER pandang Sk. Padahal duit dia, dia boleh tanya kita pulakkan, tapi memang macam tulah selalunya... isterikan Menteri Kewangan.. kah kah kah!!


Udang dah selamat masak mentega memenuhi permintaan Iman.
Perghhhh!! Sebiji rasa macam makan di Pasar Malam KK tau... burpppp! Alhamdulillah.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. hehehe..wah..udang besar tapak tangan..murah jugak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAM KOMPAK SELALU….dan selamat buat yg JUPE hari ini.
      KALAU ANDA MAU TAU INFO TOGEL, KENALKAN NAMA SAYAHARSONO, KAMI TINGGAL DIKALTIM PEKERJAAN JUAL NASI GORENG, SELAMA KAMI KENAL YANG NAMANYA AKI GUNTUR BUMI NASIB KAMI TIDAK SEPERTI YANG DULUH… KAMI SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA AKI GUNTUR BUMI BERKAT ANGKA YANG DI BERIKANN SAMA BELIAU.DAN ALHAMDULILLAH TEMBUS.DAN KAMI MINTAH ANGKA,6D…UNTUK PUTARANG HONGKONG
      SIAPA TAU ANDA SEMUA MAU RASAIN SILAHKAN GABUNG SAMA KAMI,
      DAN KAMI BERSUKUR HASIL PASANG TOGEL TGL,07,07,2014…
      SEMUA HUTANG HUTANG DLM KELUARGA KAMI KINI DPT TERLUNASI ,KAMI PUN BISA MEMBUKA USAHA KEMBALI,WALAUPUN ITU DGN CARA PASANG TOGEL, ITU MERUPAKAN RESKI BAGI KAMI SE- KELUARGA ,JADI YG SERING KALAH DLM PERMAINAN TOGEL HUBUNGI AKI GUNTUR BUMI /SMS KE NMR INI,082-399-761-747—KESUSAHAN ANDA DALAM MAIN
      TOGEL DI,JAMIN [5] KALI PUTARAN… AKI GUNTUR BUMI
      Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada AKI GUNTUR BUMI yang telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau kami sekarang udah hidup tenang..sudah tidak di kejar-kejar hutang…Kami di berikan Angka Ritual Ghoib Dari AKI GUNTUR BUMI yang sangat sangat Jitu 100%…hingga kami sekarang merasa tenang lagi…terima kasih AKI…Jika Anda ada yang merasa kesulitan masalah Nomer Toto apaka 2D.3D.4D.5D.6D.itu semua terserah anda, silahkan HBG ATAU SMS Aja AKI GUNTUR BUMI …di nmr HP [ 082-399-761-747 ]pasti anda akan merasakan apa yg selama ini kami rasakan…Salam Bahagia dan Sukses..!!
      DENGAN ANGKA GOIB ,ATAU ANGKA RITUAL// ANGKA MAHLUK HALUS….
      angka;GHOIB: singapur
      angka;GHOIB: hongkong
      angka;GHOIB; malaysia
      angka;GHOIB; toto magnum 4d
      angka"GHOIB; laos…
      angka"GHOIB; macau
      angka"GHOIB; sidney
      angka"GHOIB: vietnam
      angka"GHOIB: korea
      angka"GHOIB: kudalari
      TOTO, 2D, 3D, 4D, 5D, 6D…
      >>>>>> >>>> KELIK DISINI KELUARAN NOMOR TOGEL 4D 5D 6D <<<<

      Delete
  2. Mahal2 harga barang2 dapur sekarang.
    Tercungap2 juga nak melayannya.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum seri...mak datok !!!! mahalnya harga udang skg ni...minyak naik semuanya pun naik juga kan...nak buat mcm mana kalau dah rasa nak mkn kena juga beli..tapi puaslah mkn ...

    ReplyDelete
  4. Salam kenal SK....
    Mahal mahal ye harga seafood kat Pontian. Mungkin fresh kot. Kat sini, dekat Tesco, ketam masih dpt lebih kurang Rm23 per kilo.....

    Aduhhh....tak pernah beli udang besar kalau buat stok rumah. Selalunya beli udang saiz yg sedang sedang je kat Tesco. Terliur betul tengok udang butter tu.

    ReplyDelete
  5. Pasar kat Kuala Sg Baru ni masih ok lagi kak. Tapi berebut sakan kalau hujung minggu. Nak bayar pun beratur punyalah panjang.

    ReplyDelete
  6. ya Allah tergugat keimanan orang diet ni gak hahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!