Assalamualaikum...
DISEBABKAN ramai silent reader yang sukakan story makan-makan di Blog Sk ni
maka hari ini Sk nak cerita tentang makan lagi.
Sk sendiri pun kan, suka sangat tengok gambar makanan
Semalam, ada seorang rakan mukabuku yang post gambar telur goreng mata kobau pun
Sk dah terliurrrrrr.. hahaha.
Peristiwa makan di The Manhattan Fish Market ni berlaku ketika TMFM
buat jualan ulangtahun ke apatah bulan April yang lepas.
Ini barulah kali kedua Sk makan di Manhattan ni,
kali pertama tak ingatlah pernah tulis ke tidak, malas nak google balik, hahaha.
Disebabkan tujuan datang tu memang nak makan yang mana offer aje
maka tak adalah nak mintak menu lain.
Staf MF pun macam dah tahu jer kitorang ni memang nak makan yang offer aje kan
Jadi dia memang tak letak menu lain atas meja.
Yang best lagi boleh tapau sekali
jadi tapau jugaklah dua tiga set
Perghhh.. bukan main banyak
pengsan nak habiskan rupa-rupanya
dan amatlah berbaloi3.
Sk datang berdua sahaja dengan Iman lepas balik kerja
sebab Pak Inche kata makan kat MF tak sedap..
Jadi Sk ambil dua set iaitu Dory dan Squid.
Setiap set dory datang dengan dua keping ikan dory yang digoreng tepung
kentang goreng dan salad seperti dalam gambar.
Okey, ikan ambil sorang satu
lepas tu kami kongsi pulak makan kepala sotong goreng tepung ni.
Punyalah kenyang makan dory
jadi tak habis makan kepala sotong, haha.
Jangan membazir kita bungkus sambung makan kat rumah.
Citrus Sundae
Ingatkan jelly rupanya ais kepal dimakan bersama aiskrim.
Tahulah bila dah makan banyak-banyak tu muak
bila suap ni dalam mulut terus rasa nyaman.
hehehehe.
Bahagia rasanya Iman.. hahaha.
kawan kita nak try promo ni la..beriya ke medini mall sekali outlet kat situ dah tutup hahaha..
ReplyDelete