Assalamualaikum...
ALHAMDULILLAH...
Dengan izin dan rahmatnya
Sk dapat juga menghadiri perkumpulan ahli Maria Kajiwa Group (MKG)
atau sebelum ini dikenali sebagai Maria Kajiwa Fiction Club (MKFC)
sempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (PBAKL17)
yang julung-julung kali diadakan.
Pertemuan yang telah lama dirancang
di kalangan kami ahli kipas susah mati, hihihi.
Sk hampir sahaja tak dapat menyertai perkumpulan ahli ini
apabila diberitahu akan menghadiri satu kursus kerja
Iman pula akan ambil peperiksaan
yang itu okey lagi.. tapi..
Encik Rizar pulak terlibat dengan program MyRumah di JBCC.
Tapi, kuatnya semangat demi sebuah ukhwah yang terjalin
di antara ahli kelab yang menyokong perjuangan Novelis Maria Kajiwa
Sk keringkan hati untuk menempuh perjalanan
tanpa ditemani suami di sisi.. kah kah kah
Apakah jiwang sangat???
Marilah menyelami hati kami
dengan melihat gambar yang sempat dirakamkan
sepanjang hampir dua jam majlis berlangsung.
Jangan risau.. ada gambar makanan
hahahaha.
Cenderahati dari Novelis yang disegani
Sk mula mengenali Kak MK
apabila membaca novel Suara Tengah Malam
yang Sk belikan untuk Iman.
Suatu hari tu, memang Sk bosan sangat.. rasa dah tak ada lagi novel yang boleh dibaca
lalu Sk capai STM yang terletak di atas meja belajar Iman.
"Best ke cerita ni?" Tanya Sk.
"Bestlah, bonda.." Jawab Iman.
Hurmmm.. bolehlah.. dan Sk mula membaca
bab demi bab.. tak boleh berhenti dah.. hahaha.
Setiap patah perkataan dan ayat begitu dekat di hati
dan mudah difahami.
Yang kenal Sk lama.. tentu tahu Sk adalah pembaca novel thriller, suspens dan seram
dan itulah tema yang diketengahkan dalam novel STM.
tapi dalam mood yang lebih ringan dan enjoy.
Sejak itu Sk mula mencari air tangan penulis ini
dan memberanikan diri melamar menjadi rakan muka buku.
Seorang novelis yang sudah banyak pengalaman rupanya
Cuma mungkin nama beliau sedikit tenggelam
di antara keriuhan novel-novel adaptasi drama di pasaran.
Seorang yang sangat merendah diri
dan meletakkan pembaca di aras yang paling tinggi
tanpa mengira muda atau tua dari dirinya sendiri.
Kak MK menghantar mesej kepada Sk
meminta alamat dan menghadiahkan sebuah novel masterpiece
Iman yang mempertemukan kami berdua sebenarnya.
Kalau dia tak sungguh mendesak untuk membeli STM
mungkin Sk jadi insan yang rugi sekarang, hahaha.
Bagi meraikan sebuah pertemuan
Sebiji kek dikorbankan.. kah kah kah!
Kek Devil namanya
Memang sesuai benarlah.. hahahaha.
Kesayangan semuanya.
Jom kita makan dulu!!
Sebenarnya, ini baru kali kedua Sk makan di The Chicken Rice Shop
Maklumlah, Sk ni kaki makan warung aje.
Ini ayam versi hainan.. sedapppp.
Pak Inche mesti suka ni!
Ini versi goreng.. pun sedappppp!
Yang ini pulak versi panggang.. sedap jugaklah!
Taugeh gemuk gedebab macam perli Sk pulak.. huhu.
Tauhu Kukus.. sedap jugak
Kerabu Mangga..
yang ini sedap tapi dia tabur gula sekali kot bersama kacang tumbuk tu
Manis sangat!
Iman komplen.. lama Sk tak buat Pie Tee.
Hari tu ER pun cakap jugak.
Okeylah.. nanti cuti kita buat
Tapi tak janji laaa.. hahaha.
Tengok ni Sk terus terbayang rangka ayam goreng kat pasar malam
hahaha.. lama tak makan.. kolesterol katanya, huhu.
Narti bawa Kek Buah Kukus
Ya Allah.. sedap giler.. nanti raya nak tempah.
Dapat jugak bawakan Cheese Tart Geboo
Yang ini Sk buat special tau
Perisa Coklat Blueberry
Semua cakap sedap.. siap ada yang angkat tipuware tanya, ni siapa buat, sedap sangat
Haishhh.. nasib tak koyak baju Sk, hahaha.
Lepas makan, kita foto-foto lagi
rasa Mak Inche sangat diapit dua novelis seramlicious
Sebelah kanan Sk novelis yang sedang top dengan Novel Nyawa, Eiqbal Mohaydeen
dan di sebelah kiri, penulis femes giler dan ramai peminatnya Anuar Darwisy
yang popular dengan novel Jangan Biar Dia Masuk.
Zully Azizan yang merupakan personal shopper Sk
setiap kali ada pesta buku.
Bukan saja rajin tapi kelakar tau Zully ni, Sk bagi 5 HA!!
Siapa sangka, dengan berbalas komen dalam group sahaja kami jadi rapat
macam dah doploh tahun kenal
Nak pinjam pantun Pengerusi Kelab kami Narti Nai Yamin
Memandang langit di waktu senja
Memancar indah aurora ungu
Menatap kesayangan di depan mata
Hatiku gundah kini riang berlagu
TERIMA KASIH SEMUA!
Terharuu... ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeleteHAHAHAHAHA!
ReplyDeleteassalamualaikum seri...wah !! bestnya dpt jumpa semua..
ReplyDelete** Mama Maszull
seronoknya dapat jumpa penulis yang kita minati..
ReplyDeletehasil penulisan beliau memang power
JanjiKita
tetiba nak makan chicken rice shop kakak (T____T)
ReplyDeletekelaut diet kita
-#TheRealBloggerMak
ooo kak seri suka novel seram rupanya..
ReplyDelete- Hernee Nazir -