Assalamualaikum...
ALHAMDULILLAH...
Tahun ini kami sekeluarga meraikan hari lahir Encik Rizar yang ke 47 tahun.
Tahun ini juga hari lahir ER jatuh pada hari Ahad
dan macam biasa esoknya hari cuti.
Dan sekali lagi Sk mengambil cuti bersambung sempena Cuti Hari Pekerja yang jatuh pada hari isnin.
Rehat panjang tapi kerja rumah banyak yang menanti.
Tapi... buatnya tidak punnn.. hahahaha.
Seperti kebanyakan tahun-tahun yang sudah
Kami makan besar pada malam hari jadi
Seperti biasa permintaan ER adalah seafood
tapi SK cakap, dah biasa sangat pergi makan seafood walaupun bukan di hari jadi
Teringin sangat nak makan di Tony Romas
Apalah yang sedap sangat kat Tony Romas tu kan.. nak tahu jugak.
Bukan tak tahu harga di Tony Romas boleh rabak poket
tapi tak apa.. nanti kita jual cheese tart banyak-banyak ya
Huwa huwa huwa
Sampai Tony Romas termenung baca buku menu
dah macam baca soalan sejarah
kah kah kah!
Pilihan ER NY Strip
Entah.. tak ingat nama penuh.. ni nama dapat dari bil, hihi
Steak ni kita boleh pilih dua side dish
Pinggan besar sangat nampak macam terkontang-kanting di situ
hahahaha.
Tak tahu nak huraikan rasanya
sedaplah.. tapi ER kata sedap lagi kat Stables
haishhhh!!
Pilihan Sk Shrimp Pasta
Memang peminat pasta, kan
Jadi itu jerlah yang nak sangat dimakan.
Pasta Fettucine yang sedap
tapi taklah terlalu lazat
Rasa nak termuntah nak habiskan udang-udang dalam tu
Tapi habiskan jugak.. portion sangat banyak bagi Sk yang kuat makan
Jadi, kalau anda tak kuat makan lebih baik berkongsi
Ni.. tak pernah punya pasal dan tamak pulak tu
hahaha.
Kali ini Iman pilih pasta jugak
Mungkin dia tak sampai hati nak pilih steak
kih kih kih
Chicken Caprese Pasta namanya
Ada dua keping dada ayam yang dipanggang dalam pasta ni
Pun satu dia bagi Sk
nampak tak di situ.. moralnya
lain kali kalau ke sini lagi makanlah berkongsi
hihihi.
Sk ada minta desserts juga
Mini Trio yang mana ada tiga pencuci mulut dalam satu hidangan
Hurmmm.. lupa nak cakap, hantar dessert selepas makan hidangan utama
Sebab rasanya mana-mana tempat pun macam tu, kan
Tapi di sini dessert yang sampai dulu.
Cheese Cake yang sedap sangat
disirami jem strawberry
Red Velvet Cake
disirami cheese meleleh
Brownie Sundae
Hurmmm.. semua dessert merah-merah.. hehehe.
Doa Sk
ER diberi kesihatan dan kebahagiaan
untuk Sk raikan hari lahirnya
lagi dan lagi dan lagi... dan lagi......................... dan lagiiiiiiii.
Wassalam.
pasta2 and dessert2 tu tempting sangat.
ReplyDeleteassalamualaikum seri...wah !! mmg sedap ni...mkn steak dia pehhh sedapnya...
ReplyDelete** Mama Maszull
sedapnyer...
ReplyDeleteSalam kenal & Salam ziarah sari...
ReplyDeleteWaduh memang cair tgk food dia... Aiskrim tu menggoda jiwa raga betul hehe...
Salam kenal & Salam ziarah sari...
ReplyDeleteWaduh memang cair tgk food dia... Aiskrim tu menggoda jiwa raga betul hehe...
akak ni handal betul snap gambar buat org meleleh air liur..hahaha
ReplyDelete- Hernee Nazir -