Assalamualaikum...
TAMAT sudah sesi percutian sempena perayaan Deepavali minggu lepas. Minggu ni ramai yang dah kembali bekerja, anak-anak pun dah kembali ke sekolah malah ada yang sedang menghadapi peperiksaan akhir.
Sk sekeluarga kali ini memilih untuk pulang ke kampung halaman Encik Rizar sempena cuti panjang. Sebenarnya walaupun kali terakhir balik kampung pada Jun lepas (raya Aidilfitri) tapi kami tak tidur di rumah mak. Jadi, kali ni kami tidur puas-puas di kampung.. Hahaha.
alamak tak makan ekor..
ReplyDeletemi kuah tu nampak sedap
JanjiKita