Assalamualaikum...
Pertama kali cuba masak sotong dalam tin berjenama rex ni. Sebelum ni pernah beli jenama lain tapi tak sedap, bila baca kat blog-blog ramai yang ceritakan nostalgia sotong rex ni, maka Sk pun cuba beli satu tin kecil sahaja.
Dah nak masak baru perasan di tinnya tulis sambal sotong. Alamak, hantam sajalah.
Sebabnya Sk dah siap sediakan bawang putih cincang, bawang besar potong bulat dan hirisan cili hijau seperti cara masakan yang disyorkan ramai.
Rupa-rupanya kuah sambal yang dimaksudkan hampir sama rasanya dengan kuah sos tomato yang biasa digunakan dalam tin sardin. Memang sebijik rasanya dan sedap betul makan dengan nasi panas-panas tanpa lauk lain termasuk sambal belacan.
Sambal Sotong Rex
1 tin kecil sotong rex (sambal)
3 ulas bawang putih cincang
1 labu kecil bawang besar potong bulat
2 cili hijau dipotong kasar
Sedikit hirisan halia
Minyak untuk menumis
Caranya
Panaskan minyak dalam kuali
Tumis bawang putih dan halia hingga wangi
Masukkan sotong (potong kecil) bersama sosnya, bawang merah dan halia.
Kacau beberapa minit.
Siappppp!!
Dah.. Pi senduk nasi cepat!
eh..kita tak pernah try sotong rex ni..senang je ni..kena beli
ReplyDeletesedap ke kak? hehe..nampak macam sedap betul tu
ReplyDeletesedapnya tapi tak boleh makan sotong huhuhuhu
ReplyDelete