Assalamualaikum...
ALHAMDULILLAH.. BERTEMU JODOHNYA
BERKAT KESUCIAN AKHIR TERLAKSANA...
Cewahhh... Nyanyi pulak kita, kan.
Kisah Jumaat lepas, memenuhi undangan walimatulurus
Blogger Mama Maszull sekeluarga di teratak indah mama yang terletak di Taman Pulai Perdana. Jarang sekali sekarang orang buat majlis kahwin di rumah di sebelah malam, kan. Kalau majlis resepsi di hotel tu biasa. Tapi menurut mama, dah menjadi kebiasaan di taman perumahan mama ni majlis perkahwinan dibuat di sebelah malam.
Ini bagi membolehkan ramai jemputan dapat menghadirkan diri memandangkan cuti hujung minggu yang tidak sama antara satu dengan lain. Jadi, nak senang buat malam.
Semasa Sk sampai, rupanya belum ada lagi geng blogger #teamjdtblogger yang dah sampai. Selepas berjumpa dengan suami dan anak mama, barulah Sk mengambil makanan. Mama sibuk menguruskan pengantin masa tu katanya.
Juadah yang disediakan malam tu agak rare jugak tau sampai ada orang tu siap bertambah sebab sedap katanya.. Hihi.
Memang diakui sedap.. Daging Blackpepper dan Ayam Bakar Bersos. Sk suka ayam tu sebab lembut sangat. Nasi pun sedap.. Minum pulak Teh O panas dengan karipap lagi.. Nikmat oiii.
Ambil gambar dari tepi jer.
Selamat Pengantin Baru untuk Lynn dan Salleh.
Jangan gaduh selalu, sekali sekala tak apa, hehehe.
Bila semua dah berkumpul cepat-cepat ambil tempat di photobooth yang disediakan.
Terima kasih mama kerana sudi jemput Sk le majlis ini.
Suka tengok perkarangan rumah mama ya g dihias sendiri mama yang memang rajin dan kreatif ni.
Last kopek sebelum balik.
Sempat lagi wefie.. Hahahaha.
Jumpa lagi di cerita yang lain pula nanti.
Wassalam.
Eh kita tak tau ada karipap, ke dah habis ek..
ReplyDeleteBetul, daging dia sedap! Nasib kita amik banyak hahahaha..
Alhamdulilah, tahnia buat Mama dan anak mama..
orang yang bertambah tuh macam kenal je siapa.kihkihkih..hahahaa...
ReplyDeletetak sempat snap gambar pengantin malam tu....
ReplyDeleteayam bakar bersos tu x dapat rasa.. penuh photobooth dgn jdtblogger je.. haha
ReplyDeleteSelamat pengantin baru mama
ReplyDeleteeh selamat terima menantu baru mama