TEXAS CHICKEN® KEMBANG OPERASI KE SELATAN MALAYSIA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
TEXAS CHICKEN® KEMBANG OPERASI KE SELATAN MALAYSIA  
Pembukaan Restoran Pertama di Johor


JOHOR BAHRU, 5 Julai 2018 – Texas Chicken, antara rangkaian jenama global rantaian restoran makanan segera kini di Selatan Malaysia dengan pembukaan restoran pertama di Johor. Ini merupakan restoran Texas Chicken pertama di Pusat Beli-Belah City Square Johor Bahru dan merupakan restoran Texas Chicken yang ke-48 di Malaysia.


Dikendalikan oleh pemegang francais utama Envictus International Holdings Limited (Kumpulan Envictus), Texas Chicken kini bersedia untuk menyajikan hidangan menu lazat yang pasti menambat hati penduduk Johor Bahru serta pelancong dari Singapura.


Restoran Texas Chicken di Pusat Beli-Belah City Square Johor Bahru merupakan rancangan pertama bagi Selatan Malaysia dengan pembukaan seterusnya di Pusat Beli-Belah Southkey Mid-Valley.


“Johor Bahru City Square merupakan pilihan utama setiap jenama,” ujar DatoJaya Tan, Pengerusi Envictus International Holdings. Restoran baru Texas Chicken ini berada di pusat bandar, berdekatan dengan pejabat-pejabat korporat, universiti tempatan serta antarabangsa dan hanya beberapa minit dari Pusat Kastam dan Imigrasi Malaysia dan Singapura.



Dalam nada yang sama, Dato’ Kamal Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkata, “Dengan aktiviti serta kawasan bandar yang sibuk, pasti ianya dipenuhi dengan penggemar ayam goreng yang mahukan servis yang bagus dan mudah. Di Texas Chicken, kami teruja untuk menyajikan yang terbaik dan melangkaui jangkaan mereka.”


Antara menu popular yang boleh didapati adalah Ayam Goreng Spicy yang diperap dua kali dan disalut tepung (hand-breaded) bagi mengekalkan kerangupan rasanya. 


Menu yang turut menambat hati pelanggan adalah Biskut Mentega-Madu (Honey-Butter Biscuit) yang dibakar segar setiap hari. 


Selain itu, Texas Chicken turut menyajikan menu kegemaran lain seperti Tenders, Mexicana Wrap & Burger, Jalapeno Bombers, Strawberry Shortcake serta banyak lagi.


Kumpulan Envictus kini mengendalikan restoran Texas Chicken Malaysia di Lembah Klang, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.


Peluang ini merupakan cadangan serta rancangan dari pemegang francais veteran kami,” kata Tony Moralejo, Naib President Eksekutif Perdagangan Antarabangsa Texas Chicken. “Kumpulan Envictus telah menunjukkan rekod yang baik di Malaysia dan kami yakin ia akan terus berkembang di Johor Bahru.”



“Bersama Kumpulan Envictus kami akan terus memperbaiki tahap kepuasan pelanggan kami di Malaysia,” tambah beliau. 

Image may contain: 9 people, including Suzlin Azreena Nordin, Siti Rohaida Yusof, Farahain Zfa, Zuraida Abdullah and Nuraini Ramli, people smiling, people standing and indoor



Restoran di Johor Bahru ini dijangka dapat menampung seramai 111 pelanggan pada satu-satu masa dengan keluasan 1,123 kaki persegi. 

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Terbayang-bayang kesedapan ayamnya yang crispy dan hot n spicy tu..yumsssss

    ReplyDelete
  2. ayam keju berapi still my first favorite....nyum nyuuummm...

    ReplyDelete
  3. kita belum pernah try lagi texas chicken ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!