Assalamualaikum...
SETIAP kali tengok oyster (mentah), mesti teringat Mr Bean yang macam nak terbelahak makan oyster di sebuah restoran dalam filem Mr Bean Holiday (kot.. lupa lak tajuknya). Sk memang tak berani nak mencuba makan oyster ni, selalu tengok Pak Inche makan macam sedap beno jer gayanya, huiii.. Tak sanggup lak nak menelannya lagi-lagi kalau nampak lembik lembut semacam tu, hahaha.
Tapi, segalanya berubah apabila Pak Inche mengajak Sk makan di Oyster Bay Muar yang terletak di Bandar Maharani, Muar. Beberapa kali sebenarnya Sk bertanyakan Pak Inche, ada makanan lain tak selain oyster, ialah, Sk ni bukan reti makan benda tak masak tu, hahaha. Jadi, setelah diyakinkan ada makanan lain, Sk setuju untuk ke sini menjamu selera. Menurut Pak Inche, harga sepinggan osyter cuma RM20 (5 ekor) agak murah berbanding Seafood Restaurant yang lain.
Pada mulanya Sk perhati sahajalah Pak Inche menikmati oyster raw kegemarannya ni. Entah kenapa, terasa macam nak mencuba pulak bila tengok rupa oyster yang segar, bersih putih dan gemuk semacam tu, hahaha. Selalu jumpa macam lembik longlai jer dan agak kekelabuan, tu yang takut nak makan. Jadi, Sk pun ambil satu, perahkan jus lemon dan sudukan sedikit sos pedas yang disediakan. Dengan lafaz Bismillah, suap ke mulut. Wallawehhh.. Sedap uiii rupa-rupanya, hahahaha. Terus mintak nak makan lagi seekor, phewww.. Memang sedap, nyesal tak cuba dari dulu.. hahahah.
Menurut pemilik Oyster Bay Muar, oyster ini merupakan oyster lio (liar) yang hidup secara semulajadi di Sungai Muar dan mereka mempunyai makmal yang menjalankan penyelidikan terhadap kehidupan haiwan bercengkerang tebal ni.

Selain tu, Oyster Bay juga menyediaka masakan seperti Tomyum Seafood dan masakan panas lain. Tomyumnya biasa-biasa jer la bagi Sk. Tak boleh lawan keenakan tomyum di Carabao atau Amphawa. Tomyum Sayam di Stulang tu lagi power la.
Siakap Bakar Sambal.
Ikan yang disaluti sambal dan dibalut menggunakan aluminium foil sebelum dibakar, tiada aroma daun pisang tapi masih tidak mengecewakan. Lepas makan kami pesan lagi sepinggan oyster raw, hahahaha. Pak Inche makan empat, Sk makan lagi satu. Pak Inche kata, sebab Sk dah pandai makan, nanti kalau nak makan kita pergi Senibong Bay pulak, hahahaha. Ok, Mak Inche tungguuuuu!!
Facebook : Oyster Bay Muar
Dibuka setiap hari : 5.00 petang hingga 12.00 malam
Memang sedap Mak Inche oiii...sebab tu kalau ada seafood on ive kita bedal oyster dulu hehehehe
ReplyDeleteHaa.. Lps ni tak leh miss seafood on ice, hahaha
DeleteNampak sesedap semuanya
ReplyDelete