MEKAP DALAM KERETA

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum…


Sebab apa SK mekap dalam kereta? Yeahhhhh.. betul.. sebab dah lambat, hahaha.
Dulu.. bila dah lambat, Sk memang mekap dalam kereta aje tapi sekarang dah jadi habit pulak.
Bukan apa, daripada bosan dan mengantuk mengadap kesesakan lalulintas, lebih baik Sk buat sesuatu yang bermanafaat, kah kah kah. Yang pasti, ianya amat menjimatkan masa daripada Sk bersiap depan cermin di rumah. Di rumah Sk cuma sapu toner dan pelembab aje, sarung tudung terus keluar, hehehe.

Dalam gambar, inilah alas bedak (foundation) pilihan Sk kalau bersiap dalam kereta.
Haaaa.. kat rumah tu ada berbotol dan berjenis foundation (cantik tak jugak ek) tapi Sk pilih yang ni sebab Sk suka tonggengkan dan calit foundation yang melekat pada bahagian dalam penutup botol.
Mudahlah daripada kita letak di belakang tangan sambil sebelah tangan nak dot dot di muka.
Faham ke faham? Hahaha.. yang biasa mekap tu fahamlah kan.


Jarak perjalanan Sk ke pejabat setiap hari lebih kurang 45 minit (masa sesak) Dan, kebiasaannya 10 hingga 20 minit yang pertama tu Sk akan terperangkap di dalam kesesakan. Bayangkan 20 minit duduk dalam jem, dia punya mengantukkkkk… Jalan Sk lalu ni pulak jalan lurus, tak boleh cilok-cilok, maknanya kita cuma perlu tekan brek dan minyak je, takyah nak konar-konar. Apalagi, masa ni lah kita dot dot foundation kat muka tu. Dah habis dot dot pun kereta depan tak bergerak, maka kita ratakanlah foundation kita tu. Hati-hati jangan sampai kena tudung. Boleh jer pakai tudung lain dulu tapi takkan nak tukar tudung dalam kereta kan..

Macam hari ni, Sk mula pakai foundation ni dari simpang Setia Eco Gelang Patah. Siap jer ratakan foundation ni, kereta dah mula berinsut-insut. Jadi, Sk terus pakai Press Powder, sampai dah rata pun kereta masih dalam gerakan perlahan jadi kita tenyeh sikit blusher, hahaha. Maaflah, masa ni Sk tak ambil gambar sebab kereta dah mula bergerak perlahan sampailah kereta melepasi simpang Ulu Pulai, kita campak aje semua mekap kat kerusi sebelah dan teruskan pemanduan memasuki lebuhraya. Dah masuk highway, nak jeling cermin pun tak sempat oiii, hahaha.


Sekali lagi jumpa traffic jammed di persimpangan antara Angsana Mall dan Perodua BBU.
Bolehlah sambung sesi mekap. Biasanya kalau mekap dalam kereta, Sk lebih suka gunakan gincu berbatang macam ni sebab senang nak oles ke bibir berbanding gincu jenis celup tu.
Kena jugak ada cermin kecil supaya Nampak clear masa nak tenyeh bibir tu, hahaha.

Siap pakai lipstick, lampu pun dah hijau. Tak dan nak ambil gambar after mekap, hahahaha. Bulu kening pun cuma sempat sikat aje, tak sempat nak lukis-lukis, hahaha.
Yang penting sampai pejabat, muka dah cantik.. walaupun sebenarnya…….


Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. dulu masa duduk kl saya mekap juga dalam kereta. tapi pakai compact powder dengan lipstik jelah. belom pandai guna foundation lagi masa tu..muehehehe

    ReplyDelete
  2. Janji kita rasa kita cantik..pandangan orang lain tolak ke tepi..SA memang pakai foundation sama macam SK tu..suka sebab tekstur dia..pakai dari pagi sampai ke petang memang long lasting..

    ReplyDelete
  3. hahha....kita kalau lambat sangat, kat rumah pakai moisturizer je.Sampai opis baru mekap.pakai lipbalm sikit supaya tak nampak birat bibir tu...nak makeup dlam kereta ,jarak dari rumah takdelah jauh sangat..

    ReplyDelete
  4. hahhahahhaa.... menyempattt ehkkkk... bagus jugek tips untk gegurl ni kann... xde lah rasa bosan mse drive tgh hadap jem

    ReplyDelete
  5. hahahahha....aduii! sungguh2 saya baca sambil membayangkan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!