JALAN-JALAN CARI DURIAN MUO

Seri Kandi Tanah Jauhar
11
Assalamualaikum...

SEMASA Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sehari sebelum dibenarkan merentas negeri, Pak Inche mengajak Sk mencari durian ke Segamat. Sebenarnya, yang nak makan durian sangat-sangat tu, Sk. Tapi, kan.. ada orang tu mementanglah kita nak sangat makan durian, dipergunakannya sebagai alasan untuk dia jalan-jalan. Sk walaupun malas, sebab di Pekan Nanas pun orang kata banyak durian, namun SK gagahkan juga la.

Bila dah masuk highway tu, Sk terlintas nak tanya kawan Sk yang tinggal di Segamat, betulkah Segamat dah ada banyak durian? Haaa.. nasiblah telefon dulu. Rupanya belum banyak lagi durian Segamat, yang banyak luruh di Muar (sebut Muo). Lalu, kami meneruskan perjalanan ke Muo, lah. Sk cakap dengan Pak Inche, kali ni tak kira.. Sk tak nak durian kampung. Sk nak durian klon aje, hahaha. Tak kisahlah, apa nama timangannya pun, janji tak nak durian kampung, bunyi macam sombong ek. Taklah.. sebab dah biasa beli durian kampung asyik tertipu aje. Isi tebal tapi tawar, isi selaput biji beso, serik!


Sk jalan berdua aje dengan Pak Inche. Iman tu kalau diajak ke mall nombor satu la, kalau benda-benda macam ni dia tengok mood. Jadi, pagi tu kami sarapan dulu kat Restoran Ashoka pekena puri, barulah meneruskan perjalanan ikut Plaza Tol Skudai. Dari lebuhraya, kami keluar ke persimpangan Pagoh. Sampailah ke Bukit Pasir, nampak ada gerai durian di kiri jalan. Beberapa orang pelanggan sedang menikmati durian di meja dengan penjarakan sosial. Pak Inche mengajak singgah tengok-tengok dulu katanya. Tapi, boleh tengok-tengok ke kalau dah masuk dalam tu. Apek tu memang tak kasi lepas punya, kaw kaw dia mandrem, huwa huwa huwa.

Ini durian kahwin, ini ioi... ini.. bla bla bla..

Durian kahwin tu tak silap Sk, RM15 sekilo, IOI RM28 sekilo… erkkkk!

Sk cakap dengan Pak Inche, kita beli dua biji dua biji tiap jenis, nanti beli tempat lain pulak. Lalu, Sk minta pilihkan durian kahwin dua biji, IOI dua biji. Dalam pada pilih-pilih tu, dia tunjuk pulak durian Bukit Pasir. Menurutnya, durian BP tu baru jer gugur, sambal tunjukkan tangkai yang masih segar. 

Ini RM30 sekilo, tapi tak apalah, kita kira sama harga IOI. Ini durian sedap ooo.

Baiklahhh..  ambik dua biji. Lepas tu dia kata, durian BP tu ada empat biji aje, angkat semualah. Hurmmm.. ialah, angkatlah semua. Sekali dah timbang semua… ko rasa???

Apa ni? Apa ni?? Baru satu kedai dah kena pau RM300+ (nangis dalam kereta, hahahaha)

Lepas tu, apa lagi.. cari rimau laaa kat bandar Muo.. huwa huwa huwa.



Sampai bandar Muar, Pak Inche nampak kedai kopi lama zaman P Ramlee ala-ala Hwa Mui.
Bila dah dipastikan kedai itu menyediakan masakan halal, dia ajak makan. Teringat zaman dok estet la tu...

Chicken Chop Hailam untuk Pak Inche.
Ayam Celup Tepung digoreng tenggelam disirami sos hailam atau sos tomato.
Tak mengecewakan la..

Sk makan Bihun Hailam.. licin jugaklah.. laparrrr… hahahaha

Bila dah sampai Muo, teringat Cikgu CTZ yang jual ketupat palas Wong Jowo. Haaa.. jangan tataw, orang Jawa pun dah terror buat ketupat palas sekarang. Cikgu paksa masuk rumah dan dihidangkannya ketupat palas dengan serawa durian. First time makan ketupat ngan serawa, masuk jugaklah, sebab pulut, kan. Sedap, tapi nak makan banyak tak boleh sebab dah kenyang makan bihun hailam. Terima kasih, cikgu.. layanan lima bintang!

Lepas tu pi cari durian lagi untuk ibu. Sebab yang tadi dah bercampur dalam guni kan, jadi kita beli lain supaya tak tersalah bagi durian kahwin. SK nak belikan ibu IOI, lepas tu nampak ada jugak Musang King dan Musang Queen.. hahaha. Musang Queen tu durian Tekka. Lepas tu, jalan lagi sampai Yong Peng, beli lagi durian, hahaha. Beli lagi IOI untuk Cik Ani. Lepas tu hantar durian-durian ke Sena dulu sebelum balik rumah.

Sampai area rumah, terus pergi kedai dulu beli kelapa parut sebab Pak Inche nak makan nasi dengan durian. Masak nasi, perah kelapa, kopek semua Mushanggg.. lepas tu layanlah anak tekak. Sk memang makan durian begitu saja, tak suka nak makan dengan nasi atau pulut.

Puas hati beli kali ni walaupun beratus habis. Pernah dulu beli durian, tengok kemahen tebal isi tapi tawar. Ada juga Nampak tebal rupanya mengkal. Sebab tu kali ni nak makan beli durian klon aje. Hari tu, baca kat suratkhabar (korang baca lagi ke suratkhabar?), durian ni mahal sebab susah nak jaga pokoknya tu.

Haa.. sekali tu jerlah beli durian. Tak habis lagi benarnya, SK frozenkan. Kalau rasa teringin baru keluarkan sebab tak nak makan banyak-banyak, takut jadi penyakit, maklumlah, umur bukan muda lagi kan, kui kui.

Syukur rezeki pemberian dari-Nya.




Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah
    Rezeki bermusim yang tidak mengecewakan.
    Takut tenguk harganya.

    ReplyDelete
  2. betul, saya pun beringat sangat kalau makan durian sekarang, kadang2 pening jadinya

    ReplyDelete
  3. Ye kak, yang biasa makan durian, dia tau lee yang mahal dengan yang kampung, puashati gileee kannn...

    ReplyDelete
  4. mak aii...bestnya la jalan- jalan cari durian ni....

    ReplyDelete
  5. Huish, terliur! Ada gak durian kat rumah ni, tapi makan gitu gitu aje...Bukan ler durian lover gituhhh

    ReplyDelete
  6. Nonton BOKEP Gratis 2021 Tanpa Pulsa, Tanpa Kuota & Tanpa Iklan !!
    Film Yang Kami Sajikan dilengkapi Dengan Fitur GRATIS DOWNLOAD

    Silahkan Menikmati Sajian Terbaik Dari Kami Untuk Kalian Para Penikmat Film Terbaik;

    1. INDO

    2. JEPANG

    3. BARAT

    4. ASIA

    5. KOREA

    6. HENTAI

    7. SEMI

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!