BALIK KAMPUNG OOO BALIK KAMPUNG.. HATI RIANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

Assalamualaikum...

SELEPAS sahaja Perdana Menteri memberi kebenaran merentas negeri, berkali-kali Pak Inche mengajak Sk untuk pulang ke kampung halamannya di Kedah Darulaman. Tapi, memandangkan Sk sendiri baru sahaja kembali bekerja pertengahan bulan Mei, jadi kami hanya pulang ke kampung pada minggu kedua selepas rentas negeri dibenarkan. Tapi.. tetiba ada pulak panggilan pulau.. Pak Inche kena hadir training syarikat pada hari yang telah dirancang.. kwang kwang kwanggg.


Iman orang yang paling sukalah bila babah kena training di KL sebelum balik ke kampung. Cepat-cepat dia  bagi cadangan untuk booking satu lagi bilik hotel. Ialah, Pak Inche training arahan syarikat, tentu-tentu dah dapat bilik sponsor, kan. Nak balik kampung punya pasal, Pak Inche terus setuju untuk tempah satu bilik di Cititel Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan dengan Midvalley. Masuk bilik, ada nota atas katil.. Iman kata, mesti housekeeping dia kurang kerja, hahaha. Ialah, kalau sebelum-sebelum ni, memang ada nota tapi umum la... haha


Disebabkan kami hanya bertolak ke KL pada petang selepas kerja, dah sampai Kulai baru sedar ada barang tertinggal, patah balik ke rumah, singgah makan dan sebagainya, kami sampai di KL hampir tengah malam. Aduhhhh.. Cititel Hotel yang selalunya meriah 24 jam dengan pelancong dan pelencong menjadi senyap sunyi, seram pun ada tau. Nasib baik kami dapat bilik depan lif, huhu. Pemandangan di luar pun gulap gelita.


Dapat bilik sebelah dengan bilik Pak Inche bersama kawannya yang datang dari cawangan Terengganu. Yang kelakar, bila dah sampai baru tahu bahawa training tu dibatalkan. Kawan Pak Inche punyalah risau takut Pak Inche tak jadi tidur KL sebab training batal, kan. Matilanakkk tidur sorang-sorang kat hotel yang dah lama ditinggalkan, takut jugak kan.. hahaha. Walaubagaimanapun kami singgah jugaklah, sebenarnya dah sampai tu baru tau. Tapi, Pak Inche tetap jugak pergi ke HQ pagi-pagi tu.


Cititel ni antara hotel yang mahal kerana kedudukannya di tengah-tengah KL tapi bilik dia punyalah sempit. Sk dan Iman ni tak boleh bertembung, rasanya hujung katil dengan dinding tu jarak tak sampai tiga kaki pun. Bilik air pun sama sempit, kalau nak mandi tu kena tangan kena tegak aje kalau berpusing-pusing nak kuak lentang tu memang terlanggar dinding.. hahaha.


Kami dah pesan awal-awal dengan Pak Inche, booking bilik tanpa sarapan sebab malas nak turun. Lagipun sarapan pun bukannya buffet, kan. Pagi tu, Sk tuang susu makan dengan honey star aje. Dah tengahari baru kami keluar cari makan kat Midvalley. Mula nak ajak Iman makan kat Hanamaru tapi tekak Iman nak makan lasagna katanya.


Lasagna untuk Iman dan Nasi Goreng Thai untuk Sk. Sk perasan Iman sekarang macam dah suka makan apa yang dulu Sk suka makan, macam lasagna dan spaghetti. Kalau dulu, manjang nak makan nasi dengan ayam sweet sour. Nasi Goreng Thai tu rasa macam nasi goreng cina aje, nak rasa thai dia, kena tabur udang kering dan sambal belacan tu. Ngam-ngam habis makan, Pak Inche telefon, bagitahu dia dah keluar pejabat untuk jemput kami. Oh, ya.. sebelum ke Midvalley ni, kami dah check-out dulu.
Dari Midvalley, kami terus ke rumah adik Sk di Pantai Dalam. Dah lama Cikwa tak ikut balik kampung katanya, rindu Tok Min, hahaha.


Nak jugak singgah Ipoh mengopi, hahaha. Kali ni kami makan di kedai kopi belakang New Hollywood. Lupa la apa nama kedai ni. Macam biasa, kedai kopi di Ipoh ni bertemakan 1Malaysia, jadi tak perlu ragu-ragu ya, semua makanan untuk berbilang bangsa ada di sini.


Mereka-mereka sahaja order, Sk malas nak order sebab tahu nanti akan ada banyak makanan. Roti bakar la, rojak, Yong Taufu goreng, puding karamel, kuey teow... fuhhh... kenyang... dan kami pun meneruskan perjalanan ke Kuala Ketil. Awal jugak sampai, dapatlah berehat awal.


Esok pagi-pagi tengok rambutan bergayut-gayut kat pokok. Mak mertua pesan berkali-kali supaya Sk jangan lupa ambilkan buah tu bagi kat besannya. Jadi, pagi sebelum balik tu, Sk dan maid kait rambutan untuk bawa balik Johor. dapatlah jugak kongsi dengan kawan sepejabat, Alhamdulillah.


Kalau dah balik Kedah, wajiblah pergi Tanjung Dawai cari belacan dan segala produk makanan laut yang di keringkan. Lepas habis shopping, kami singgah makan tengahari di bawah blok komplek Tanjung Dawai tu. Seronok dan enak sungguh makan-makan di situ.


Balik tu, singgah tengok sawah padi pulak. Baru ada anak padi yang remaja kot, buah pun tak ada. Tak dapatlah tunjuk tanaman padi yang sedang menunduk.


Kegembiraan seorang Cikwa di tengah sawah padi yang terbentang. Sejak Iman masuk poli, kami tak jalan sama-sama lagi. 


Haaa.. ingat senang ke nak buat ig stories.
Iman ni takut sikit dengan sawah, takut lecak, takut lintah la, hahaha.


Lihatlah keindahan.. sawahku dan juga padiku...
Lihatlah kemesraan.. hehehehe.. lupa lirik


Singgah warung beli Milo Ais ikat tepi. Kaw betul milo ais ni.


Kak masakkan Mee Kuah untuk minum petang. Bertuah betul jadi adik ipar, tau-tau siap jer sarapan pagi dengan minum petang. Kita tolong makan aje.



Selain belacan dan ikan kering, wajib jugak beli stok rempah kari Cap O.
Sk sejak guna Cap O ni, rasa macam sedap jer karinya, hahaha.


Eh, kak buat cucur pulak. makan.. makan.. makan.. itu ajelah kerjanya sepanjang di kampung.


Cari kat NSK tak jumpa, jumpa kat Kuala Ketil, terus beli dua botol. Dua botol jer sebab dah banyak sangat barang dibeli.


Pergi Baling jugak, cari beras puluit siam untuk mak. Sekali yang ada beras pulut negara lain. Menurut penjual di Baling ni, beras pulut siam tak boleh bawa masuk Malaysia sebab PKP. Apa bezanya beras pulut siam dengan yang biasa siap pack tu? Saiznya panjang-panjang dan cantik-cantik, gitulah.


Terpinang pulak periuk ayan. Tak ada Le Cruiset, dapat ayan pun dah cukup bahagia.


Mana nak letak bag nanti pun tak tahulah. Tapi, sebelum balik tu, Sk susun semua elok-elok, syukur semua muat masuk kereta dan tak ada siapa yang kena riba barang, haha.


Oh, ada durian Balik Pulau di Kuala Ketil. Belikan beberapa biji untuk mak dan kak.
Ada RM10, RM15 dan RM20 sekilo. Sk pilih yang RM15, Alhamdulillah, tebal dan sedap isinya tu.


Sekarang dah tahu nak beli durian, jangan beli yang murah atau lelong, belum tahu boleh makan. Lebih baik beli yang mahal sikit. Yang mahal banyak tu, kena ukur baju di badan sendiri lah. 


Puas cari bekas freezer saver ni kat mana-mana kedai RM2, kebanyakan habis stok. Rupanya depan rumah mak bukan main banyak stok dia, haha.


Asal nampak kedai RM2 nak singgah. Kemaruk betul. 


Mak dan anak busuk bongsu. Mak mertua Sk dah lama strok sebelah badan dan tak boleh bangun atau berjalan, tapi Alhamdulillah, mak sihat.


Kakak ipar yang tinggal bersama mak. Terima kasih kak, susah-susah masak untuk kami walaupun sibuk.

Semoga dapat balik kampung lagi, insyaAllah.
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. memang seronok balik kampung...ada sawah padi tu

    ReplyDelete
  2. Seronoknyaaa balik kampung kannn...kita lama tak balik Sabak ni.. Suami tu bilalah nak cuti lama, sebab kalau balik Sabak, kompom line telefon takde, tu le jadi susahnya kat Suami nak tau hal kerja....

    ReplyDelete
  3. Seronok pulang ke kampung
    banyaknye membeli belah

    ReplyDelete
  4. Join yuk di chanelku yang seger...
    banyak film terbaru yang memanjakan mata loh...

    STREAMING NONTON BOKEP GRATIS ..!!
    Kumpulan BOKEP Terlengkap Terbaru Terpopuler & Ter-Update By SUKABOKEP

    SUKABOKEP

    BOKEP INDO NGENTOT ASIK

    BOKEP BARAT NGENTOT MANTAP

    BOKEP JEPANG NGENTOT NIKMAT

    BOKEP KOREA NGENTOT PUAS

    FILM SEMI NGENTOT SERU

    SKANDAL ARTIS, MODEL, SELEBGRAM TERBARU 2020

    ReplyDelete
  5. Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!