DAGING SALAI MASAK LOMAK CILI API RESIPI ASLI ORANG NOGORI YANG SEDAP TERLAMPAU

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum...


TERSENYUM sendiri Sk bila teringatkan gelagat Iman menikmati Lauk Daging Salai Masak Lomak Cili Api Stail Nogori yang Sk masak Jumaat lepas. Apa tidaknya, Iman tak henti-henti memuji keenakan kuah lemak tu. Malah, malam tadi, semasa Sk panaskan semula baki lauk daging salai ni, di hujung-hujung titisan kuah lemak tu pun dikautnya dengan jari jemari sambil menyuap ke mulut menandakan sedapnya tu bukan sekadar puji untuk ambil hati. Kembang kuncup hati tengok gelagat Iman, hahaha. 

Daging Salai tu Sk beli dari bekas rakan sekerja yang datang ke kolej kerana ada tugasan. Tak silap Sk, kawan Sk yang dipanggil Ami ni tinggal di kawasan Alor Gajah yang berhampiran dengan Negeri Sembilan. Masakan salai ni memang selalunya dikaitkan dengan Negeri Sembilan, kan. Teknik menyalai ni digunakan dalam kebanyakan masakan mereka sebelum dimasukkan ke dalam masak lemak cili api yang begitu sinonim dengan orang negeri. Apa saja tak disalainya, daging lembu, itik, ayam, ikan keli, antara yang popular.

Boleh dikatakan, Sk agak mahir menyediakan masakan lemak stail negeri yang langsung tidak menggunakan bawang dalam masakan mereka. Yang penting, wajib ada kunyit hidup, pernah Sk gunakan kunyit serbuk, ke laut jadinya. Jadi, kalau nak masak stail negeri, SK akan pastikan ada kunyit hidup di rumah. Serai dan halia membangkit aroma di samping penggunaan cili padi kampung cuma Sk campur-campur jenis cili padi supaya tidak terlalu pedas sehingga sakit perut. Bau daging yang disalai juga salah satu faktor pembangkit rasa masak negeri ini tau. Menyesal pulak beli sebungkus aje daging salainya.

DAGING SALAI MASAK LOMAK CILI API RESIPI ASLI ORANG NOGORI

Bahan-bahan :

250 gm Daging Salai
2" kunyit hidup*
Segenggam Cili Api*
300 ml santan pekat (Sk guna santan kotak M&S)
2 biji kentang potong empat
1 biji tomato potong empat
2 keping asam gelugor
2 batang serai diketuk
1" halia dihiris kasar
Dua helai daun kunyit disiat-siat
Garam secukup rasa

*Tumbuk/ Kisar halus bahan bertanda

Cara-cara :

1. Panaskan bahan tumbuk/ kisar di dalam periuk dengan api kecil, kacau sekali sekala dan masak sehingga cili masak. Masukkan serai dan halia sekali. Jika terlalu kering, boleh tambahkan air.
2. Masukkan kentang dan air secukupnya untuk tenggelamkan kentang, masak sehingga kentang hampir empuk, baru masukkan daging salai. Masak sehingga kentang empuk dan daging lembut.
3. Masukkan asam gelugor.
4. Masukkan santan pekat dan daun kunyit, kacau sehingga mendidih, jangan sampai santan berketul.
5. Masukkan tomato (jika suka), garam secukup rasa, kacau sekejap dan tutup api.

Siap!
Tags

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Perghhh mantapnya, terasa2 kesedapannya

    ReplyDelete
  2. Tengok gambar, ingatkan makan di restoran. Rupanya masak di dapur sendiri. Dah boleh sangat buka restoran ni...ahaks!

    ReplyDelete
  3. Terliur tengok gmbr daging salai..
    Tahun ni tak dpt daging korban Dan buat korban pun guna EZ korban..

    ReplyDelete
  4. kena cubalah resepi ini. kat kelate ada etak salai je.

    ReplyDelete
  5. Uittt peberet kita ni... ingat baru gak nak order daging salai siap, terus ternampak plak akak punya..nanti try resepi akak laaa...

    ReplyDelete
  6. Antara fav SA gak ni...memang bagus makan yang salai- salai ni....

    ReplyDelete
  7. adoiii peberet niii..adussss..macam nak kena beli lah stok daging salai!

    ReplyDelete
  8. main poker dengan banyak penghasilan
    ayo segera hubungi kami
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
  9. Join yuk di chanelku yang seger...
    banyak film terbaru yang memanjakan mata loh...

    STREAMING NONTON BOKEP GRATIS ..!!
    Kumpulan BOKEP Terlengkap Terbaru Terpopuler & Ter-Update By SUKABOKEP

    SUKABOKEP

    BOKEP INDO NGENTOT ASIK

    BOKEP BARAT NGENTOT MANTAP

    BOKEP JEPANG NGENTOT NIKMAT

    BOKEP KOREA NGENTOT PUAS

    FILM SEMI NGENTOT SERU

    SKANDAL ARTIS, MODEL, SELEBGRAM TERBARU 2020

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!