ALHAMDULILLAH... Masih belum terlewat lagi rasanya untuk SK mengucapkan Salam Aidiladha buat semua pembaca Alam Sari di Tanah Jauhar ni. Seperti biasa, Aidiladha disambut meriah dengan makanan dan jika di Johor ni memang sinonim la dengan ketupat nasi, kan. Cuma, kalau di sebelah keluarga Sk, tahun ni sedikit berbeza dan ada juga persamaan. Yang mana sama, yang mana beza tu, marilah Sk kongsikan.
Malam raya korban, kami berkumpul anak beranak di Senai.
Ibu Sk memasak seperiuk besar soto, tengok periuknya dah macam nak kenduri padahal kami tak sampai pun 15 orang. Rupanya ada tengkorak lembu dalam periuk, itu yang beso beno periuknya, hahaha.
Sk pernah beritahu sebelum ni yang ibu tak makan ayam, jadi kami memang akan masak soto menggunakan tulang dan isi daging lembu sahaja.
Bergedil disediakan oleh anak saudara SK, Izzat. Izzat kata, mehlah bonda tolong kepalkan bergedil, ah malas, apa guna ada anak sedara dah besar, kan, hahaha. Kesian Izzat, dahlah puasa, kena buat bergedil sampai siap pulak, hihi.
Untuk hari raya, Angah tempah burasak dan lepat loi sementara ibu masak sendiri nasumeti ataupun Asam Pedas Ikan Parang. Hurmmm.. sedap betul makan burasak dengan asam pedas. Ibu jugak masak rendang daging.
Disebabkan Pak Inche tak makan burasak, jadi Sk kukuskan dia ketupat palas ni. Ketupat palas frozen ni Sk beli dengan Cikgu CTZ semasa Jalan-Jalan Cari Durian Muo hari tu.
Kalau ikutkan kami adik beradik, biasanya apa makanan yang dimasak pagi raya, itulah makanan kami dari pagi sampai petang tapi Pak Inche tak boleh sebab di Kedah dah biasa, tengahari hari raya akan ada nasi berperisa untuk makan tengahari. Jadi, Sk masakkan kari kambing ni. Kambing ni pun dah beli lamaaaaaaaaaaa, sebelum puasa lagi tu tak silap, hahaha.
Ingatkan ayam banyak dalam peti ais rupanya ada lima ketul aje, hahaha. Jadilah, kan.. buat syarat Ayam Masak Merah. Ini lauk wajib tak ada ni mampuihlah merajuk tujuh keturunan nanti.
Lepas subuh Sk dah mula memasak, siap masak lauk baru Sk masak nasi beriyani ni. Sekejap jer, 8 minit dah siap masak sebab Sk guna mode low presser menggunakan periuk noxxa. Memang berbaloi la beli periuk ni.
Inilah adik beradik Sk, semuanya perempuan. Macam biasa, Along tak balik di hari raya.
Ni semua tergelak besar pasal Izzat tergelincir ke depan ketika sedang snap pic kami.
Versi gambar yang lebih sopan, hahaha. Tetiba Iman dah jadi anak Cik Ani pakai purple, haha.
Esoknya, kami sekeluarga menghadiri jemputan majlis pertunangan anak saudara (anak sepupu) di kampung. Ni rupa pinggan sebelum disiram dengan kuah asam pedas. Haaaaaa.. puas giler la makan burasak tahun ni selepas beberapa tahun tak jumpa burasak, hihi.
Ni kalau mak mertua lalu pun tak sedo ni, hahaha.
Rasa terbalas dendam tak dapat beraya sakan tahun ni, hehehe. Apapun kami sentiasa mematuhi SOP dan penjarakan fizikal tau. Cuma, bila dah jumpa sedara sekampung tu tak dapat elak, kena bersalam jugak. Rasa biadap sangat pulak kalau tak bersalaman tapi kami salam orang yang rapat-rapat ajelah. Balik rumah, Iman terus mandi lepas tu dia paksa pulak mak bapaknya mandi, takut covid 19 katanya.. huhuhu.. semoga kita akan menang jua nanti akhirnya.. Amiiinnn.
Alhamdulillah seronoknya sambutan hari raya.
ReplyDeleteRamai juadahnya, sedap2 belaka.
Salam aidil adha 1441 H
Sedap2 makanan semua tu yums yums
ReplyDeleteMemang meriah sambutan Aidil Adha SK sekeluarga. Tengok makanan tu rasa lapar pulak :p semua sedap-sedap aduhai 😋
ReplyDeletemeriahnya kak! terutama gambar yang izzat tergelincir tu, nampak keceriaan semua orang..hahahaha!
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteSedap2nya juadah.
Rasa nak menyelit di situ heheeee.