Walaupun masih awal lagi, tapi kelihatan kenderaan telah memenuhi tapak letak kereta. Orang ramai kelihatan berkumpul dan bergambar di hadapan bangunan masuk Medan Seleradan ada juga yang sedang beratur bagi mematuhi SOP yang ditetapkan sebelum dibenarkan memasuki premis.
Nampak tak, punyalah ramai orang. Lama tak ke sini rasa macam lain sangat, baru perasan pihak majlis telah melakukan pengubahsuaian secara besar-besaran di mana seluruh struktur bangunan diubahsuai, lantai juga digantikan dengan mozek sepenuhnya dengan ruang makan yang lebih luas dan selesa.
Disebabkan Iman tak makan kupang, jadi kami ambil sedikit sahaja untuk dimasak sambal, tak sampai 15 ekor pun rasanya.
Lala masak Masam Manis. Iman tak makan kupang, tapi lala tu favourite dia pulak. Sotong Goreng Tepung memang wajib untuk hilangkan loya makan seafood banyak, huhu.
Jenahak Bakar Kosong, dibakar dalam daun pisang menyebabkan ia sedikit lembab berbanding ikan bakar kosong yang dibakar sepenuhnya menggunakan arang. Yang ni SK rasa dipanggang atas kuali leper. Burp... Alhamdulillah..
Bersih dan selesa tempat ni kan SK. PH ke sini hujung tahun lepas.
ReplyDeleteSelamat menjamu selera.
ReplyDeletesamala kita Iman.. tak makan kupang tapi lala fevret ehehe..
ReplyDeleteAJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
ReplyDeleteayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)