Assalamualaikum...
MALAM terakhir di Ipoh, walaupun kalau diikutkan perut taklah berapa nak makan sangat kerana dah macam-macam makan dari pagi bermula dengan SARAPAN DI MEDAN SELERA DATARAN DATO' SAGOR, makan tengahari di NASI KANDAR RAMLI PEKAN LAMA dan mengopi di COFFEE MOOD. Kalau diikutkan tak makan pun tak apa tapi takut nanti ada yang meraung kelaparan di tengah-tengah malam. Musim PKPP ni pulak, agak sukar sebenarnya nak cari tempat makan. Selain dari kapasiti pelanggan yang dikurangkan, waktu operasi juga tamat lebih awal. Pak Inche pula bercadang untuk ke Chinese Seafood Restaurant yang terletak di Meru yang ada di dalam waze.
Setelah menempuh lebih setengah jam perjalanan, kami pun sampai ke Meru. Disebabkan malam minggu dan malam ulangtahun kemerdekaan pulak tu, suasana di Meru, amatlah meriah. Bagi anda yang tidak tahu, di Meru inilah letaknya stesyen bas Ipoh. Waze terus membawa kami ke kawasan yang menempatkan beberapa restoran yang besar-besar seperti bangunan kilang atau stor simpanan. Dua kali kami berpusing mencari Chinese Restaurant yang dikatakan Pak Inche tapi tak nampak, rupa-rupanya tutup. Tu satu, nak cari parking pun boleh tahan susah. Terpaksa kami menapak jauh untuk ke salah sebuah kawasan restoran yang kelihatan meriah dan seolah-olah melambai kami untuk singgah, hahaha.
Terdapat dua buah restoran berhadapan, kedua-duanya dipenuhi pelanggan. Kami memilih Restoran Ciku Ciku yang kelihatan lebih tenang dan damai. Bila dah check-in, kami pun memilih meja. Nak pilih meja pun susah, serba tak kena. Akhirnya pilih meja di hadapan kedai. Masa masuk tadi, meja ni baru ditinggalkan pelanggan, tu yang kami tak terus pilih meja ni.
Bangunan kedai ni memang menarik apabila keseluruhan dinding adalah kaca lutsinar. Orang luar boleh nampak dalam, orang dalam boleh nampak luar. Banyak rimbunan pohon dalam pasu menghiasi ruang restoran menimbulkan suasana segar untuk menjamu selera.
Meriah betul restoran steamboat yang terletak berhadapan dengan restoran yang kami singgah ni. Ada live band lagi. Setelah diamat-amati, barulah Sk perasan, rupa-rupanya restoran steamboat itu rupanya milik pelakon Zul Yahya. Aisehhh, rugi tak pergi sana tadi, hihi.
Sambil menunggu makanan, kami sama-sama menumpang hiburan live band dari restoran depan. Ada sambutan hari lahir, ada sambutan merdeka. Ketika lagu Negaraku berkumandang, kami turut berdiri memberi penghormatan. Memang terasa meriahnya malam merdeka di Meru tu. Lama-lama baru kami perasan, makanan yang kami pesan tidak sampai-sampai. Teh O Panas Sk, sudah mulai suam. Seorang pelayan menghantar beberapa piring ais krim ke meja pelanggan di hadapan kami. Kemudian, dia singgah ke meja kami dan bertanya jika mahukan ais krim, percuma sahaja sebab makanan akan dihidangkan lambat sedikit. Kami setuju sahaja. Tak lama dia datang menghantar dua piring ais krim, setiap piring ada tiga skup, suruh kongsi-kongsi katanya, layannnnn.
Ais krim dah habis, makanan masih tak sampai-sampai. Adik yang hantar ais krim tadi kelihatan menatang dulang ais krim yang lain pulak. Dia seolah-olah mati kutu nak hantar ke meja mana. Bila dia nak melintas depan meja kami, Sk terus cakap, dik, kalau tak de tempat nak hantar, letak aje kat meja kitorang, hahaha. Dia tersenyum malu sambil meletakkan tiga piring lagi ais krim depan kami. Diam tak diam rupanya, dah sejam kami menunggu pesanan, yang pelik, kami tak marah, hahaha.
Bukan.. bukan pasal dapat ais krim tapi sebab tak rasa lapar sangat kot dan terhidur dengar live band dari retsoran seberang, hahaha.
Keseluruhannya, 15 skup ais krim dihidangkan ke meja kami. Kami yang hantu ais krim ni makan jer dengan riang. Santai-santai aje sebab tak ada apapun yang nak dikejar. Seronok jugak tengok orang ramai berpusu-pusu ke Restoran Steamboat Zul Yahya.
Akhirnya.. Siakap Stim Limau terhidang di depan kami. Dia punya sos limau tu, marveloussss!!
Memang tak sia-sialah tunggu lama. Bukan kami jer tau menunggu, semuaaaaaaaaaa orang menunggu. Tak lama, satu demi satu makanan di hantar ke meja-meja pelanggan. Apalah masalah yang mengganggu di dapur agaknya.
Kami syak, masalah nasi tak masak disebabkan nasi yang dihantar agak berjelantah sedikit. Lepas tu, takkan nak hantar lauk aje kat meja pelanggan kan, kenalah tunggu nasi masak dulu. Iman order tomyum udang, banyak betul udangnya.
Nasi Goreng Udang Pak Inche. Punnnnnn banyak giler udangnya sampai tak habis. Nasi pun banyak sangat. Puas hati walaupun terpaksa menunggu lama. Itupun nasib baik agaknya kami tak lapar sangat. Kalau tak, mahu cabut jugak rasanya, hahaha.
Burpppp.. Alhamdulillah..
RESTORAN CIKU CIKU
Medan Meru Bestari, 7, Jln Meru Bestari A14,
Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak
Tel : 01137867995
Buka setiap hari
4.00 pm hingga 12.30 am
Selalu singgah makan di Meru ni time siang; b/fast or lunch. Next time nak try dinner pula kalau ada kesempatan.
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteuish ikan stim tu..dappp
ReplyDeleteMacam macam nama ek kedai makan ada rupanya... hehehehe..
ReplyDeletestim limau tu memang sedap, sekarang pun rajin plak menyetim kat umaa..
nasib baik time tu mak enche tak lapar sgt..klo sy dh panggil dh org tu mana maknan xsmpai lagi..haha;)
ReplyDeletebersepah2 udang kat nasi tu
ReplyDeleteJoin yuk di chanelku yang seger...
ReplyDeletebanyak film terbaru yang memanjakan mata loh...
STREAMING NONTON BOKEP GRATIS ..!!
Kumpulan BOKEP Terlengkap Terbaru Terpopuler & Ter-Update By SUKABOKEP
SUKABOKEP
BOKEP INDO NGENTOT ASIK
BOKEP BARAT NGENTOT MANTAP
BOKEP JEPANG NGENTOT NIKMAT
BOKEP KOREA NGENTOT PUAS
FILM SEMI NGENTOT SERU
SKANDAL ARTIS, MODEL, SELEBGRAM TERBARU 2020
Tengah cari makan niii.. adoiii… xpenah makn sini lg.. boleh laa cuba
ReplyDelete