BUKAN SEKALI MINTAK TERUS DAPAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
13

 Assalamualaikum...

BEBERAPA hari lagi dah nak masuk tahun 2021 kan. Hari ini telah diumumkan bahawa PKPB di JOHOR Bahru akan bersambung sehingga 14 Januari 2021. Nampaknya kita bukan sahaja belum menang tapi bayangan kemenangan tu pun belum nampak lagi. Entahlah, malas nak cakap atau menyalahkan sesape. Suara kita orang awangan ni siapa yang nak mendengar ya kan.

Oh, ya.. Cerita pasal peti sejuk baru tu, bukanlah baru mintak terus dapat sebenarnya, hahaha. Kalau nak tahu, Sk dah lama mengendeng Pak Inche beli peti sejuk baru sejak awal tahun lagi. Semua ni sebab kegemaran Pak Inche membeli makanan siap, makanan mentah dan buah-buahan. Dia dah beli tu satu, pandai-pandailah kita ni menyusun nak memuatkan dalam peti sejuk tu. 

Kami pulak ada sebuah lagi peti sejuk lama tapi tray-nya semua patah (tu yang ada peti sejuk kedua). Peti sejuk lama tu, kalau nak ambil barang memang susahlah sebab bertindih. Salah tarik semua barang jatuh, hah...pening.. letak dekat yard pulak, nak sidai kain pun mencabar jugak, hahaha.

Jadi, Sk ingat, kalau dapat satu peti sejuk gadang baru, Sk akan satukan semua barang dalam peti baru, biar lebih sistematik. Kononnya laaa.. hahahaha. Asal pergi Harvey Norman jer saja lalu department peti sejuk. Jolok tak jatuh-jatuh. Dalam fikiran macam tak ada harapan jer nak dapat, nak beli sendiri tu memang idok le... hahahaha. 

Gambar hiasan

Kadang-kadang, kan.. sambil susun-susun barang dalam esbox tu saja buat suara stress. Buah-buah letak jer luar,  alasan tak muat. Macam-macam taktik la dilakukan demi sebuah peti sejuk baru, hahaha. Masih jugak tak bergaul. (Edit : apa aku taip ni???) Ye la, barang yang nak dipinang tu bukan seratus dua regenya. Lepas tu ada hati plak nak  peti sejuk yang ada pintu  dua-dua belah macam pintu almari, hahaha.

Bersambung...


Tags

Post a Comment

13Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sesungguhnya megi kari itu lebih tempting dari peti sejuk ��

    ReplyDelete
  2. hahaha... cerita peti sejuk yg bersambung... paham tu kak... mesti kena jual pantun berangkap² dlu barulah ada yg sudi membelinya... hihihi

    ReplyDelete
  3. oooo kira setahun juga la hehe ..tapi xpa akhirnya dpt juga peti sejuk baru :)

    ReplyDelete

  4. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))

    ReplyDelete
  5. Haha... Nak kena jolok dgn duit, baru jatuh peti ais tu SK :D

    ReplyDelete
  6. Redha ajela... celik mata dengar berita Sabah pun sambung PKPB sampai 14/1.

    ReplyDelete
  7. Kalau SA tu..mmg tak fikir panjang tu..memang terus beli..x dapat beli cash SA beli hutang....eh...hahahaha

    ReplyDelete
  8. Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd

    ReplyDelete
  9. ncig pod dan nanostix pod di malaysia g anda boleh dapatkan sekarang!.
    Cara dan pengalaman berhenti merokok yang berkesan dalam masa 7hari

    ReplyDelete
  10. Punca kanser dan radang paru paru
    Punca dan penyebab rambut gugur

    ReplyDelete
  11. 5 perkara tentang perkeso yang korang kena ambil tahu sekarang.
    netflix Malaysia terbaik
    panduan login splkpm

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!