SIPUT GONGGONG KUKUS

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

PAGI ini kami tiga beranak ke Kong Kong Laut untuk mencari stok lauk yang sudah hampir kehabisan. Walaupun tak berapa rajin nak memasak hari-hari, tapi kena juga pastikan stok sentiasa ada. Kot la tetiba tersampuk saka dapur, kan.. kahhhh.


Hajat di hati dapatlah bersarapan Nasi Lemak Daun Simpor di tepi laut Kong Kong, tapi NLDS dah habis. Tak ada rezeki kami tetap bersarapan di warung berhampiran gerai ikan. Sedang bersarapan, Pak Inche tinggalkan kami, nak tengok ikan katanya dan datang semula bawa sekilo siput gonggong. 

Siput Gonggong Kukus

1 kilo Siput Gonggong
1" halia dihiris
2 batang serai ketuk
1 akar daun ketumbar

Kukus siput bersama halia, serai dan akar ketumbar selamat 15 - 20 minit.

Cicah dengan sos thai, sedap.

Ada jugak masak siput dengan cara rebus tapi sebaiknya dikukus supaya jika ada siput yang tidak elok, ia tidak akan menjejaskan rasa siput yang lain.




Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. oh, menarik tips tu..kalo rebus nanti takut ada yang da tak elok pulak kan...

    ReplyDelete
  2. tak pernah makan siput ni... tak dpt imagine rasa dia mcm mna

    ReplyDelete
  3. Tadi pagi kita pi KongKong ada juga GongGong ni, tapi dia dah mati, tak jadi nak beli..nak fresh beli yang tengah hidup..

    ReplyDelete
  4. teringat dh lama wak x makan siput gongong senibong - cungkil paakai lidi., ;p

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!