IKAN CARU BAKAR SAMBAL & KARI TELUR CEPLOK

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum WBT

HARI tu stok telur baharu sampai ke stor penyimpanan di pejabat Angah. Tak pastilah namanya memang stor penyimpanan ke, tapi tempat simpan sekejap la sebelum dijual. Kalau dah namanya telur, kan.. tak sempat simpan sekejap pun, sekejapan habis 😆. Tengahari tu, ibu telefon, pesan jangan lupa datang esok, makan di Senai, ibu nak masak Telur Masak Lemak.


Eh, kata masak lemak tapi tengok rupa macam masak kari. Betullah tu masak kari. Berulang-ulang ibu meluah keseronokannya memasak hari tu sebab telurnya semua bulat-bulat elok. Telur baru keluar bontot ayam agaknya, tu dia jadi bulat elok bila kita masukkan dalam kuah. Teringat zaman baking dulu, kalau telur baru beli, senang jer nak asingkan kuning dan putih telur. 


Selain tu, ibu bakar ikan caru guna pemanggang ajaib yang pernah viral suatu masa dulu. Patutlah masuk-masuk rumah bukan main sedap lagi bau, rupanya ada Ikan Caru Bakar Sambal. Angah memang kerap beli ikan caru sekarang sebab Abang Jamal suka makan katanya.


Makan berdua jer ngan ibu sebab Angah belum balik. Indah sekolah. Abang Jamal nak tunggu Angah. Hurmm.. takkanlah pulak Sk nak makan seorang, kan. Sukar nak menolak bila ibu dah masak. Kena paksa pulak makan banyak, habiskan telur, habiskan ikan, habiskan sayur. Tambah nasi tu wajib laa.. adohaiii!

Syukurrrr Alhamdulillah 🌹

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sy suka telur masak lemak... kari x pernah lg buat walaupun semua hantu kari.. sbb #theimans ni kalau mkn telur mkn yg putih je.. huhu

    ReplyDelete
  2. Selalu buat telur rebus...x pernah lagi masak macam tu utk kari..boleh cuba ni...lepas tu goreng plak ikan masin kan...perghhhhh.....

    ReplyDelete
  3. itu telur ayam lah kan? selalu buat telur itik masak lemak.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, sedapnya, SK. Selera saya tengok. Wajib tambah nasi.

    ReplyDelete
  5. Hahaha...
    habiskan telur,habiskan ikan..habiskan sayur..habiskan nasi..
    Habislaaaaa diet..🤣
    Air tangan ibu punya pasal

    ReplyDelete
  6. Telur baharu memang cantik, sebab tak sempat masuk angin. Tidaklah mudah pecah kalau diceplok.

    ReplyDelete
  7. pemanggang ajaib tu apa pulak? Ada kuasa ajaib ke?

    ReplyDelete
  8. Sekarang ni telur baru beli pun kadang tu dah cair sikit. Geram je kadang tu.
    Sedap menu kat rumah ibu. Sukar nak menolak kannnn. Lagi kalau disua² je. Hihihi

    ReplyDelete
  9. Dari kecil lagi saya suka makan ikan cencaru bakar disumbat sambal. Mak saya pun tahu itu kegemaran saya.

    ReplyDelete
  10. sebelah saya ayah yang suka paksa anak makan,tambah lagi tambah lagi katanya..ayah suka tengok anak tembam tembunya katanya huwaaaaa

    ReplyDelete
  11. arwah mama dulu kalau kari telur ceplok ni dia letak kambas..sedapnya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!