MAKAN DI RESTORAN GAN JIONG MAKANAN LAUT MUSLIM

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT


CADANGNYA malam tadi nak makan western di Der Cabin Bistro Taman Nusantara yang dekat dengan rumah tapi dalam perjalanan tu Pak Inche dok sebut-sebut tentang restoran yang baharu dibuka di Permas Jaya yang menghidangkan makanan laut Chinese Muslim. Siap waze tu yang tak menahan, jadi, jomlah memandu ke arah sana walaupun kelopak mata tu rasa berat semacam, kita gagahkan, yang penting makanan ditanggung halal.


Tengok-tengok hidupan laut yang sedang berenang-renang di tepian dalam akuarim. Di ruangan dinding bahagian atas tergantung gambar-gambar pelbagai makanan yang sungguh menyelerakan.


Boleh pilih nak makan di ruang dalam restoran atau di perkarangan restoran dalam ruang terbuka. Tempatnya bersih dan nampak ekslusif dengan warna yang ceria. Teringat Linda Onn buka restoran nasi ayam dengan warna tema oren. Warna oren dikatakan boleh menambah selera makan dan tentunya itu juga yang diharapkan oleh pemilik restoran yang Sk singgah ini.


Restoran Gan Jiong, terletak di Permas, berhadapan dengan Pasaraya Econsave Permas Jaya. Waze aje, mesti jumpa. Mula Sk ingat Gan Jiong tu mungkin nama tempat di negara China rupanya Gan Jiong bermaksud gelabah. Tapi, nampaknya staf semua sopan-santun dan tiada yang gelabah pun, hihi.


Sotong Bakar Sambal, RM28. Sambalnya sedap dan tidak terasa pedas dengan potongan bendi serta hirisan bawang.


Udang Goreng Oat, RM43. Udang digoreng bersama kulit. Kulit udang pulak lembut, boleh kunyah sekali dengan isinya yang terasa segar. Sedap jugak macam Udang Goreng Nestum tu.


Ikan sekor-sekor boleh tahan jugak regenya jadi kami memilih fillet. Macam tak lengkap pulak makan di Seafood Restaurant jika tiada ikan dihidang atas meja. Yang ni masak masam manis, RM25. Sedap.


Tauhu Panas, RM15. Ni pun sedap. Dia guna tauhu biasa jer tapi lembut dan yang penting tak hanyir atau masin walaupun warnanya kelihatan agak pekat.


Kailan Muda Goreng Ala Thai, RM18. Ada kelainan sikit la berbanding selalu makan goreng sos tiram. 


Sotong Goreng Telur Masin, RM28. Dimasak kering tapi lembab-lembab. Yang penting bukan guna sotong ring frozen tu. Sotong lembut bila dikunyah maknanya sotong segar dan tidak terlebih masak.


Ni semua porsi kecil iaitu saiz S. Tapi, sayur dengan sotong telur masin tu selambak dia bagi. Sk cakap, agaknya mereka nak habiskan terus stok makanan basah sebab dah nak tutup restoran, hehehe. Tempat ni pulak agak terpencil dan mungkin belum dikenali, tak ada pelanggan lain selain kami tiga beranak. Di sebelah belakang restoran ada medan selera juga, pun tak ramai orang, kena promosi lebih la supaya lebih ramai yang tahu.


Harga makanan tak sampai 200, bagi Sk tidaklah terlalu mahal dengan harga setiap hidangan tu, tapi ni baru baca resitnya, ada caj perkhidmatan dan cukai, sampai RM21.20. Haishhh.. nyesal tolong kemaskan pinggan .. hahahahaha. Sekali-sekala bolehlah makan tempat macam ni, kan. Nak masak sendiri banyak-banyak, kan penat. Sebab tu kalau kat rumah masak pun satu dua lauk aje, kalau nak masak macam restoran, pengsan!!!

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah...meriah sungguh seafood...Semua nampak sedap..

    ReplyDelete
  2. tapi linda onn xde restoran kat jb kann? hehe

    ReplyDelete
  3. Betul... harga dia not bad dengan tempatnya

    ReplyDelete
  4. Permas jaya? eh kawasan tunang SA ni...boleh la ajak dia pi sini 20hb nanti SA ada kat sana...nanti SA bg tau dia siap2 la....hehehe...

    ReplyDelete
  5. Selamat menjamu selera.. Memang sedap-sedap juga makanan cina..untunglah ada cina muslim yang buat

    ReplyDelete
  6. Rasanya dia pilih nama kedai ni 'gelabah' sbb lps mkn gelabah la berat naik.. sbb mcm semua sedap mst berselera mkn smpai lupa diri akhirnya menggelabah

    ReplyDelete
  7. Tu dia mesti penuh atas meja kan. Semua sedap-sedap je tu. Saya jarang makan kat luar ni, tengok harga tu adeii sesekali boleh la.

    ReplyDelete
  8. Agaknya gelabah tu utk pelanggan kot...kalau PH dapat bil camtu mng gelabah la cari duit 🤭 anyway semua nmpk sedap dan pastinya setanding dgn harganya tu kan SK...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!