BAKSO BERBUKA 29 PUASA DI RUMAH CIK ANI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

29 PUASA kami adik-beradik dapat berkumpul berbuka puasa di rumah Cik Ani. Cik Ani masak Bakso atas permintaan Izzat. Izzat buat bebola daging bakso, Cik Ani masak Sup Bakso.


Cik Ani celur bihun. Patutnya lain kali boleh terai guna glass mee yang selalu nampak Mak Cella goreng masa bulan puasa ni. Bebola daging tu homemade by Izzat.


Ada pilihan sambal kicap tapi Sk lagi suka makan dengan Sambal Cili Merah tu. Jangan lupa letak sos tomato dan sos ABC untuk rasa bakso yang sebenar.  Puasa-puasa ni terkenang balik pulak Bakso Cik Ani, hahaha.


Ketupat Palas dan Lemang Tok Ketua. Pak Inche pun beli lemang jugak semalam, jadi berbuka dengan lemang, ketupat palas dan rendang juga. Ada lagi.. Pak Inche beli Rojak Asma (tak ambil gambar). Rojak Asma tak laku semalam, semua orang tak larat nak makan.


Sk bawa sikit Rendang Daging. Suka sangat Pak Inche, dia kata sama rasa dengan Rendang Tok Min (mak mertuaku). Sebab tu Sk kena masak banyak berkilo-kilo rendang ni, Pak Inche suka giler ya.. tak apalah sebab dia keluar modal, Sk tinggal modal tenaga aje la.


Sahur terakhir puasa tahun ni. Capati Pak Inche beli semalam dengan Sup Kambing kot.. tataw sup apa sebab tak buka pun. Sk sahur ketupat palas dan Kari Ayam. Hari ni belum plan nak berbuka apa, Pak Inche kata buka kat kedai aje.. yey!

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wah! Sedap belaka juada berbuka semalam. Utk iftar terakhir pun kena makan yg lazat2 juga la..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya bakso. Udoh macam raya dah, ada lemang, ketupat palas dan rendang. Yay, buka posa di kedai, tak yah masak! 👍

    ReplyDelete
  3. Kelmarin kita pun berbuka puasa bersama keluarga belah Encik Suami di rumah adik ipar.
    Wah, dah rasmikan rendang ye SK. Saya rasmikan rendang petang ini.

    ReplyDelete
  4. Tekak saya memang recomended glass noodle makan ngan bakso..
    Tapi kalau dah homemade bakso makan dengan apa pun sedap SK...laci2 semua dah balik

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!