Assalamualaikum WBT
CERITA semasa balik dari bercuti di Melaka hari tu.. tak habis lagi sebenarnya. Macam biasa kalau balik dari Melaka, PI tak mahu ikut highway. Kami ikut jalan lama menuju ke Muar dan terus ke Batu Pahat. Dekat BP ni ada satu restoran menjual masakan utara dan kami bercadang nak makan kat situ, tapi laaa.. tutup pulak kedainya. Sk buat carian lain dan tertarik pulak dengan satu tempat ni, namanya Pizza Hutan. Tapi tu laaa, sampai ke hutan belukau waze membawanya. Tak sanggup nak ambil risiko, kami berpatah balik.
Buat lagi carian lain dan tertarik untuk ke Black Cube Cafe yang terletak di Seri Medan, masih dalam daerah Batu Pahat.
Pesanlah apa-apa yang tidak terlalu berat.
Reward diri la konon dengan minuman manis. Mango Sparkling dan Passion Fruit.
Fried Kueyteow untuk PI.
PI kata sedap. Sk jamah sikit, ah.. memang sedap.
Spicy Fried Mee Udon untuk Sk. Rasa dia macam mee goreng mamak. Eh eh.. suka pulak tengok cafe ni hidangkan makanan dalam pinggan-mangkuk stainless steel jenis mate macam ni.
Tak tahulah asal nampak ada menu mushroom soup mesti nak order konon sebagai pembuka selera. Masalahnya, dia sampai saing-saing dengan main course.
Tu takpa, selalu ia disertakan dengan dua keping garlic bread, kan.. tapi ni ada enam keping.
Sambil makan mee udon, sambil makan garlic bread cicah mushroom soup. Tak larat Sk nak habiskan mee udon tu, sepertiga jer mampu, lebihnya minta adik staf tu bungkuskan.
Malam tu, dinner kat Restoran Thoufeeq, Sk bawa mee udon tu, hahaha.
PI makan tosei dan roti canai. Sk habiskan mee udon. Tu pun rasa nak termuntah sebab mee dah sejuk kan, huhu.
Tengok gambar pun tau sedap...lapar plak SA..dah la hari ni x bawak bekal
ReplyDeleteadeh mak, waze buat sosat pulak.....menarik tengok mee udon tu
ReplyDelete