Assalamualaikum WBT
AGAK lengang jalanraya pagi ini. Sk sengaja keluar lewat, pukul 7.05 baru gerak dari rumah, sekali, eh, pukul 7.43 dah clock in ya. Kalau hari biasa jangan harap la macam ni. Sk keluar lambat sebab yakin sangat hari ni bos bagi half day, tak payah berkejar waktu balik, hihi. Kemahen eh, pasal balik awal dia nombor shatu, hahahaha.
Kisah hari isnin, masa cuti Hari Keputeraan DYMM YDP Agong lepas, Iman beritahu, malam baru dia balik sebab ada kerja tak siap lagi. Dalam pukul 3 tu, PI ajak makan, ada restoran masakan Vietnam baru buka katanya kat Aeon Mall Tebrau. Halal ke? Tanya Sk. PI kata, kita tengok dulu. Sampai-sampai, Sk tengok tak ada pekerja melayu. Lepas tu tengok poster gambar makanan dia ada tulis pork, fuhhhh.. nasib belum masuk, huhu. Jadinya, kami ke Sanook Kitchen, restoran masakan Thai yang pernah Sk ceritakan
DI SINI. Tengah duduk belek menu, Iman hantar whatsapp tanya kat mana, tu PI snap pic ni.
Rupa-rupanya dia dah dalam perjalanan balik rumah. Huh, kata balik malam, kata PI. Dia dah susah hati la tu, anak balik tak makan. Padahal Iman sebelum tu dah hantar gambar tengah makan nasi kandar kat Restoran Al-Safa, hahaha.
Sebelum ni,
masa datang sini dengan Iman berdua aje, Sk cakap, lain kali kalau ada babah, kita order ni. Tapi, kali ni dah ada babahnya, Imannya pulak yang tak ada. Tiga kali dah makan kat sini, tiga kali tak cukup korum.
Belek menu dulu la, tengok menu salad atau kita panggil kerabu. Kadang teringin jugaklah nak rasa salad lain selain kerabu mangga.
Tapi, tetaplah ambil kerabu mangga juga. Mangganya masam betul, kalau dia letak gula sikit lagi, mesti lagi sedap, masam-masam manisss.
Pelbagai masakan daging.
Stir Fried Beef with Kailan ni kegemaran PI. Dua kali dah datang sini dengan PI, memang dia suka ni. Dua dalam satu, sayur dengan daging sekali. Jadi, tak payah pesan sayur lain. Sama banyak la daging dan sayurnya, tak ada mengelat letak daging. Daging pun empuk dikunyah.
Tomyam dekat sini ada yang jernih dan yang merah.
Sebelum ni, pernah rasa tomyam merah, kali ni pilih tomyam jernih.
Seafood Tomyam, dalamnya ada udang, sotong dan isi ikan. Bagi Sk tomyamnya kurang masam. Bak kata kawan Sk, tomyamnya sampai ke Pahang aje, tak sampai Siam, hehehe.
Berbelah bahagi jugak sama ada nak ambil Ikan Sweet Sour atau Ikan Stim Limau.
Akhirnya pilih stim limau jugak. Pun kurang masam. Apa kedekut sangat letak limau kat sini, hihi.
Ikan dia nampak kecik tapi gemuk. Banyak jugak isinya sampai mengah nak menghabiskannya. Sk paksa jugaklah PI habiskan bahagian dia.
Susah betul nak keluar dari kebiasaan, asyik makan menu yang sama aje.
Bukan mati pun kalau tersalah pilih, cuma bimbang kecewa, hahaha.
Oh, lupa nak cakap, Jus Roselle dia sungguh menyegarkan. Kalau datang sini, pesanlah Jus Roselle ni ya.
Syukurrrr.. Alhamdulillah.
tomyam & ikan stim tu kurang masam tk kick la...kerabu mangga plak masam tk balance manis tu skit hehe
ReplyDeleteSedap-sedap menunya.
ReplyDeleteMudah-mudahan kali keempat datang sini cukup korumlah.
Sedap menu dia. Alahai ikan stim limau kurang masam ekk. Nasib baikla saiz ikan tu besar
ReplyDeleteMenu dia macam ala-ala Black Canyon pun ada. Nampak gaya kena repeat lagi, lain kali bila cukup korum.
ReplyDeleteSaya pun pernah hairan camana ada kedai makanan tak halal di salah satu Aeon Ipoh. Tak tau sekarang masih ada ke tak. Nasib baik perhati betul-betul.
Macam nak kena repeat ni, bagi cukup korum hehe...
ReplyDeleteKemain PI menikmati air Roselle tu ye 😁
Kerabu mangga saya sukaaa juga. Tp kalo terlebih masam memang susah nak habiskan 😅. Steam ikan pula kurang masam ya kak 😅..
ReplyDeleteNampaknya kena repeat lagi, cukupkan korum bertiga pulak. hihi...Dia punya Stir Fried Beef with Kailan tu kalau ratah saja pun sodap kan. Ohh jauh lagilah rasa tomyam dia nak sampai Thailand. Jus roselle memang sedap. Masam-masam manis yang sedap.
ReplyDelete