Assalamualaikum WBT
NAMPAKNYA mulai hujung minggu ini, PI akan mula sibuk dengan tugasan hakiki. Musim bola juga akan bermula pada bulan Ogos depan. PI kata, sebelum dia sibuk, jom pergi Penang. Sk kata, boleh.. tapi tak mahu pergi masa cuti sekolah atau cuti weekend. Kalau nak pergi, kena pergi weekdays dan ambil cuti. Eh, betul-betul eh dia sanggup ambil cuti. PI punya baki AL banyak lagi, takpe la.. Sk ni ngam ngam ho jer tinggal.
Kalau selalunya Sk suruh PI jer yang pilih hotel, kali ni Sk demand nak menginap di Bertam Resort Penang. Sebabnya terpengaruh dengan beberapa pempengaruh dan artis yang datang menginap di sini, laa, hahaha. Katanya ada kolam renang dalam bilik dan siap dihidangkan sarapan terapung dalam kolam. Boleh sarapan sambil menyelam berendam la konon, hahaha. Sementara tunggu PI letak kereta, kita berangan la kat lobi dia yang terpaling cantik pernah Sk kunjungi.
Bertam Resort Penang ni terletak tidak jauh dari Plaza Tol Bertam/ Kepala Batas. Dari plaza tol, belok kiri, tak sampai 5 minit, sampailah ke BRP. Ia juga bersebelahan dengan Bertam Souk & Water Park yang telah wujud lebih awal. Nak cari makan pun senang.
Senibinanya diinspirasi gaya Morocco. Kolam renangnya besar dan cantik sangat dengan tempat rehat yang banyak. Tapi tak tahulah ya, SK pergi ni weekdays, memang tak penuh sangat kolamnya, kalau weekend mungkin ramai. Sebetulnya, masa Sk pergi ni ramai jugak tetamu menginap.
Tapi tu la.... kita belum mampu lagi wak nak menginap kat bilik yang ada kolam, huhu. Dapat bilik mengadap kolam ni pun dah syukur sangat, rezeki Allah swt bagi. Bilik-bilik penginapan di BRP ni ada tersedia dengan balkoni dan tanpa balkoni dengan pemandangan kolam atau taman atau bandar.
Aras paling tinggi kat sini tak silap sampai tingkat 5 sahaja. Kami menginap di aras 3.
Bilik luas, selesa dan dinginnn.
Katil dia tinggi. Cantik jugak bila warna biru tua dijadikan warna latar belakang katil dengan hiasan lampu tu. Simple jer dia buat, kreatif tapi lawa.
PI kata, kalau Iman ikut, ni tempat tidur dia, hahahaha. Kalau anak kecik lagi pun SK tak sampai hati nak suruh tidur sini tau. Nantilah kita datang lagi tengok ada tak bilik connecting. Dekat jer BRP ni dengan Kuala Ketil, dalam setengah jam.
Sk rasalah kan.. kalau guna filem roll, mesti dah habis satu gulung filem Sk ambil gambar, hahaha.
Mini bar untuk mengupi dan mengeteh. Disebabkan rasa sayang nak meninggalkan bilik, tak terkira berapa kali dah Sk bancuh teh dan kopi.
Soft drinks dan coklat M&M percuma. Air tu, PI dah bedal satu, tu dalam gambar tinggal satu. Esoknya housekeeping tambah lagi ikut bilangan hari kita menginap, la. Kalau nak lebih, tu kena extra caj.
Jajan kekacang pun diberi percuma cuma esoknya tu dia lupa nak letak yang baru kot.
Seterika wap dan papan penggosok disediakan. Kali ni Sk yakin nak guna seterika sebab jenama tefal, lagipun memnag bawa tudung bawal kenalah gosok supaya tak nampak renyuk dan selekeh. Karang orang ingat, nenek kebayan mana pulak duduk kat BRP ni, hahaha. Sejadah juga disediakan untuk tetamu muslim.
Dinding kaca lut sinar memisahkan antara kamar tidur dengan bilik mandi. Ada bidai elektronik kalau perlukan privacy. Aaaa.. langsir dia pun guna tenaga elektrik untuk dibuka tau tapi Sk tak la ambil video.
Ampun ya wakkk WP, kali ni banyak gambar bilik air sebab nak kena tunjuk jugak ni kat pembaca. Manalah tahu ada yang tengah cari tempat healing kat Penang, kan.. boleh menginap kat sini. Nak pergi pulau pun tak jauh, dalam 40 - 50 minit sahajo.
Selain bath tub, ada juga ruang pancuran berasingan dan ada pintu masing-masing. Tekanan air pun laju dengan sistem pemanasan yang baik.
Kelengkapan mandian. Selain tuala badan, juga disediakan tuala muka dan tuala rambut.
Bath Gel dan Shampoo ni ada dalam bekas mini macam ni dan juga disediakan dalam botol besar juga.
Dari balkoni boleh nampak lobi. Meriah jugak walaupun weekdays sebab ada event mungkin dari syarikat perkilangan sekitar Penang. Memasing bukan main bergaya ikut tema, tak silap mungkin temanya pakaian tradisional Asia, sebab nampak ada yang pakai tradisional Siam.
Oh, dari Kuala Ketil nak ke hotel, nampak ada gerai pulut udang, kita belilah empat batang, sebatang seringgit, murahhh! Bancuh teh o panas, minum kat balkoni.
Cerita esoknya.... pergi sarapan..
Pakej penginapan kami termasuk sarapan untuk dua orang. Ni pemandangan dari restoran nak pergi sarapan. Bolehlah kalau nak duduk luar tapi kami pilih sarapan di dalam ruang yang berhawa dingin.
Tak perlu risau kalau ramai sebab banyak meja disediakan. Ruang makan pun banyak, ada yang privacy.
Ni pinggan PI, macam biasalah, nasi lemak is must. Sk buatkan PI cappucino.
Sk macam biasalah, American Breakfast dulu.
Paling love dengan dia punya pinggan.. mangkuk.. dan cawan kopi dia terpalinggggg cantik ya.
Terpaksa buat lagi latte sebab waiter dia boleh kemas meja kitorang masa kami bangun ambil makanan. Aaa.. memang pantas dorang ni angkat pinggan bila kita selesai makan ya. Takdelah tinggal bertingkek-tingkek.
PI ni pantang la jumpa buffet ada roti canai. Roti dia lembut dengan kari ayam sedap.
Telur separuh masak is wajib jugaklah untuk PI.
Sk makan lempeng dan roti jala cicah kari ayam pulak.
Serabai pun ada ya. Ni kuih tradisi orang utara, kan. Sedap serabai, kuahnya pun sedap. Kalau depa buat kuah durian mesti lagi sedap. Mahu bersambung-sambung makan serabai, hihi.
Dia punya breakfast, memang another level ya. Dari menu international serta local food yang meliputi masakan melayu, india dan cina, ada juga masakan Jepun iaitu Mi Miso tak silap nama dia. Cuma Sk tak berani nak cuba la sebab dia cold soup.
Sk dah cakap dengan PI, duduk hotel tak boleh diet-diet. Rugi! Lagilah bila kita disajikan menu yang bukan biashe-biashe.
Tapi, sebenarnya rasa rugi sebab tak ada baju renang. Dah lama Sk tak ada baju renang, last pakai rasanya masa pergi Bali, kot.. lepas tu dah gems, dah tak muat. Lepas tu tak beli baru dah.
Boleh jer nak lepaks sini kalau tak nak berenang pun kan. Tapi tu laaa, dah remaja purba ni lagi suka melepak dalam bilik.
Terlalu indah ya hotel ni. Memang kalau nak balik kampung lagi, duduk sini ajelah sebab lagi dekat dari Sungai Petani. (Ko ingat laki ko cop duit ke, Sk???)
Malam tu kami makan di Acocafe dekat kawasan situ jugak, tapi nanti Sk cerita. Dalam gambar ni, kami tapau burger masa malam last menginap di sini.
Lepas tu Sk buat Maggi, hihihi.
Masa first day sarapan tu, dah nak keluar cafe, dah kenyang, baru nampak stall apom ni, hahahaha.
Jadi, hari kedua, belum apa-apa, PI terus ambil apom. Apom ni disediakan kuah kari kosong.
Kena rajin pusing-pusing, ada kari ayam dan kari sayuran jugak tau.
PI kirim salam jer dengan nasi lemak, hahaha.
Sk makan Spaghetti Carbonara. PI tengah nak makan apom yang kedua tu ya.
Kali ni nak ambil latte kemudian sebab nak minum panas-panas.
Selain dishes, cutlery dia pun lawa.
Sk makan Mee Sup, ada sambal kicap ala Johor.
Kan Sk cakap, tak nak diet. Ambil lempeng lagi, roti jala dan kari ayam. Ambil sekali kuey teow goreng dan popiah sayur. Jagung, wedges dan sosej tu dari buffet english breakfast.
Last sekali, ambil Americano, tak jadi ambil latte. Seksi kan, cup dia.
Teringat belum makan apom. Tapi kat stall apom, dia tak letak susu dengan gula merah.
Nasib baiklah otak Sk ni geliga macam batu cincin, kan. Sk ambil susu dan tuang atas apom, tabur brown sugar sebungkus. Kalau PI pembuka selera dia dengan apom, Sk pulak dessert dengan apom, hihi. Lepas tu balik bilik, caj bateri dulu sampai penuh (zzzzz) sebelum balik Johor, hehehe.
Woweeee seronoknya honeymoon berdua. hihi..Okay sangat tu bercuti hari waktu bekerja. Tak sesak gitu kan. Bukan biasa-biasa hotel ni. InshaAllah ada rezeki dapat nanti tu duduk bilik ada kolam, breakfast dalam gitu. Aamiin...
ReplyDeleteBilik besar dan mewah macam ni pun dah bersyukur sangat. Kemain bidai dia elektrik lagi. Nak lawan langsir The St. Regis Kuala Lumpur ke tu? hihi...
Sedap² menu sarapan dia. Untung sangat stay hotel makanan sedap.
Opps, tergelak pula baca yg vid tarik langsir tu. Haha.
ReplyDeleteMemang cantik betul ya hotel ni. Patutlah ramai retis datang. Top to toe cantiknya. Kami haritu pi water park je haritu so nampak belakang hotel je la.
syok tu dia dh smp situ...cantik tmptnya ...especially view pool byk port OOTD tu....dlm bilik ada bathtub best
ReplyDeletewahhhh cantiknya betul biliknya kak... ini macam mintak apa pun dapat ye kak, ptt mintak sekali membeli belah ke kedai emas
ReplyDeleteWow..another level ni kat BRP ni...kolam dan pemandangan cantik betul tu...bilik pun cantik...psstt...nak tanya berapa harga semalam duduk sana...hehehehe
ReplyDeleteCantik la hotelnya. Ruang reception counter tu deco dia cantik. Bilik dia luas la.
ReplyDelete