Assalamualaikum WBT
KHAMIS, 22 Mei, terpergi makan nasi arab di Restoran Zaituna, hahaha. Siang tu, PI tak makan nasi, lepas tu dia ajak makan kat Sayam Stulang Laut. Sampai sana, sederet kedai-kedai Siam tu semua tutup gara-gara terputus bekalan air. Nak pergi kedai lain, risau tempat lain pun tutup, jadinya, cadangkan PI ke sini aje la, dia pun malas nak fikir agaknya, terus setuju.
Berdenyut-denyut ubun-ubun tu ya, PI. Jarang-jarang PI setuju nak makan nasi arab sebab bagi dia terlalu berat. Mesti hari tu dah lapar sangat.
Mandi Lamb untuk PI. Dia memang tak nak makan lain selain nasi mandi.
Sk pulak suka nasi maqluba sebab dia ada sayur-sayur tapi dapat ni, tak ada sayur pulak. Biasanya ada terung bakar tapi cuma ada cili hijau. Sos harrah dia sedap ada pedas-pedas sikit, sup pun sedap. Semua sedap sangat agaknya sebab dah lama tak makan. Last makan bulan Januari lepas masa sambut anniversary ke 25.
Sepatutnya, kalau makan kat sini lebih afdal berkongsi kerana portion sepinggan tu banyak ya. Hurmm.. padahal dalam otak ni nak makan kebab boleh pulak pesan nasi sampai dua pinggan. Lepas tu masing-masing tak habis, hahaha. Sayang, kan. Sk minta box untuk bungkus, masukkan dua-dua jenis nasi dalam satu bekas terus termasuklah kambing pun banyak lagi. Staf Zaituna tu pulak boleh bagi sos harrah dan sup bungkus, tapi tak perasanlah yang tu dia caj ke tak, hahah. Esoknya, Jumaat, Sk balik rehat tengahari, panaskan semula nasi. Alhamdulillah, wassalam sudaaaa, tak membazir.
Dua dua tu tak pernah makan. Nasi Arab je lah biasanya. Kalau porsi nasi begini memang besar. Confirm tak habis makan sorang. Bagus juga dibungkus bawa balik, boleh juga makan esoknya. Betul tu tak membazir.
ReplyDeletePortion besar boleh share. Kalau sepinggan sorang memang tak habis tapi boleh tapau tu ok la.
ReplyDeletePortion Nasi Arab memang banyak. Kalau pergi bertiga, kami order dua je.
ReplyDeleteSA nak belajar la makan nasi Arab ni...pernah makan lauk dia je..nasi x pernah makan..hahaha...dah tua2 ni baru nak belajar..apooo...tapi setuju kebnayakkan nasi arab portion memang besar
ReplyDelete