MAKAN DI EBRAHEEM COFFEE

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 


KALAU sebelum ini, Sk pernah bawa pembaca Makan di Kueh Bakor milik anak Kak Maznah, kali ni, Sk nak bawa pulak ke Ebraheem Coffee. Ada kena mengena ke?


Menurut PI, Ebraheem Coffee ni dimiliki oleh menantu Kak Maznah. Tapi, Sk tak pasti pulak hubungan keduanya, sama ada suami isteri atau biras, hehehe.


Siapa Kak Maznah? Kak Maznah ni dulu meniaga nasi campur dan mee wantan di BBU, cuma kini beliau meneruskan perniagaan mee wantan dan masakan panas jer. Perniagaan beliau sekarang, Serambi Uda di Larkin. Ni Sk belum sempat sampai lagi. Kira anak-beranak la meniaga makanan.


Belek-belek menu.


All day breakfast.


Pilihan minuman sejuk dan panas.


Pilihan roti bakar.


Konsepnya kopitiam, sayangnya tak ramai pelanggan di Jalan Padi Satu ni. Kawasan ni sibuk di sebelah siang sebab banyak pejabat tapi malam agak sunyi sikit. 


Dekorasi kedai macam tahun 70-an. Macam mana tahu? Tahun 70-an tu ko baru lahir, Sk. Ialah, ini yang selalu kita tengok dalam filem lama.


Menu dia tak ada langsung yang sama dengan menu di Kueh Bakor. PI makan Bihun Soto, Sk makan mee siam (bihun goreng). 


Wajib pesan Roti Bakar.


Barli panas untuk Sk dan Lemon Ais untuk PI. Dekat sini ada jual sate jugak, tapi kami tak ada keinginan pulak nak makan sate malam tu, hehehe.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Pilihan makanan banyak tapi sygnya x ramai orang ye...siang kot SK ramai...

    ReplyDelete
  2. Nama kedai dia unik sikit ya....macam kedai kopi tapi banyak juga menu dia

    ReplyDelete
  3. Tertarik dengan ejaan Ebraheem tu, nampak macam modern sikit daripada kebiasaannya Ibrahim. Salah lokasi ni, patut kalau malam kena buka di tempat yang meriah ramai orang baru meriah kedainya. Menu rupa tak sama, rasa dia sedap tak tapi?

    ReplyDelete
  4. Cantik kedainya kak, selesa dan bersih je...

    ReplyDelete
  5. Bagusnya masing² rajin berniaga... Harapnya dapat sambutan la... Sayang kalau tak ramai pelanggan sbb nampak kedai ni cantik dan selesa juga

    ReplyDelete
  6. banyak menu yg best2
    untung laa siapa yg keje dekat2 situ
    dpt mkn sedap2 time lunch ;-)

    ReplyDelete
  7. Nampak lontong kering dalam menu dia. Luas kedai dia.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!