MAKAN MEE WANTAN DI KUEH BAKOR BY SUGAR BAKE

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT 




CUTI sehari semalam,  dapatlah luangkan masa dengan Iman, jalan-jalan cari makan. Tak boleh pergi jauh-jauh, dalam JB aje la mampu sebab Pak Inche kerja. Hantar gambar bila dah sampai depan restoran nak hantar laporan lokasi dalam whatsapp group, Iman terus berlakon buat muka sedih sebab lapar 🫢.




Pemilik restoran ni bukan kami tak kenal, peniaga makanan tersohor di Bandar Baru Uda lebih 25 tahun lepas. Sk pun baru-baru ni jer diberitahu Pak Inche, perniagaan Kueh Bakor ni milik beliau yang kami panggil Kak Maznah.




Special menu, roti bakar.



Perkataan Kuih Bakar dieja mengikut sebutan orang Johor, Kueh Bakor. Siapa kata, Johor tiada dialek atau loghat, adaaaaa.




Restoran Kak Maznah memang terkenal dengan Mee Wantan. Terdapat beberapa pilihan mee kering atau basah, termasuklah Mee Wantan Thai.




Penganan pun banyak pilihan.




Makanan tempatan seperti lontong dan nasi lemak.




Menu nasi mengikut hari.



Memang nak datang sini sebab nak makan Mee Wantan.




Iman pilih Mee Wantan Thai. Ada ayam masak tomyam digaul bersama mee tapi kena hati-hati makan sebab ada serpihan tulang ayam. 




Kami pilih Mee Wantan Kering yang berasingan sup. Ada ayam carik dan hirisan fish cake dalam mee. Sedap mee wantannya di tekak kami.




Pesan Kueh Bakor perisa pandan seketul dimakan di restoran dan perisa berlauk daging dibawa pulang.




Sk jer yang suka sangat Kueh Bakor Berlauk Daging ni.




PI balik kerja bawa pulak Kuih Talam Berlauk versi mini pemberian Huda. Siapa lagi yang buat kalau bukan suami Huda, Ariff, yang rajin tak terlawan.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. si Ozil masa kecik dulu mmg cakap loghat Muo sbb ibu yg ngasuh tu jawa Muo. Bayangkan, bila balik dia sebut "td Alip duduk atas tiko kena langgo"... ya ampun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. mesti kalau pengasuh orang Melaka, Alip cakap macam ni, " tadi Alip duduk atas tikau kena langgau." 🤣🤣🤣

      Delete
  2. Penganan kat tempat kami tu dodol hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, sebenarnya tadi tak pasti betul ke istilah penganan tu, hihi.

      Delete
  3. Penganan kat NS dodol...sedap plak kuih talam berlauk tu..comey...mesti renyah nak buat lepas tu kuih bakor berlauk x ernah makan lagi..

    ReplyDelete
  4. bestnya..byk pilihan kuih bakor...kuih bakor jagung..sedapnya..mee wantan pun nmpk yummy!

    ReplyDelete
  5. Meriah ayam kat dalam mee tu...
    Nampak sedap ni macam ala ala mee kolok pulak..
    Menarik tempat ni banyak pilihan menu

    ReplyDelete
  6. sedap tgk Kueh Bakor Berlauk Daging tu..mee wantan thai pn menarik tu

    ReplyDelete
  7. ALaaa...ada tinggalkan komen malam tadi tapi tak lekat pula.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!