MAKAN DI RUMAH MAKAN HAJI SENDOT

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


AWAL tahun ini, cuaca di Johor ni sejuk aje. Dia tak hujan tau, mendung pun tak, tapi redup dan sejuk. Panas matahari gitu-gitu jer. Air mandi pun sejuk. Lepas tu cuaca tiba-tiba panas membahang sehingga paras air di empangan membimbangkan. Awal Februari, TMJ mengeluarkan arahan agar surau dan masjid di Johor mendirikan solat sunat Istisqa' (mohon hujan) disamping usaha menabur benih hujan. Kemudian tu hujan hampir setiap hari dan lebat pulak tu. Minggu ni cuaca mula terik. Semalam petang, Sk keluar sekejap beli barang, pijor rasa kulit muka yang banyak dosa ni, Allahu.



Cerita sebelum puasa, pergi makan tengahari dengan Iman di Rumah Makan Haji Sendot. Sebelum ni Sk dah pergi ke sini dengan Cikwa dan Jaika, boleh baca



Iman pilih Nasi Ayah Din iaitu nasi putih bersama Kambing Bakar Kicap, Tauhu dan Tempe Goreng serta ulam dan telur masin.


Pilihan Sk kali ni, Nasi Mak Rokamah iaitu nasi putih bersama Ayam Bakar Kicap, Tauhu dan Tempe Goreng, ulam dan telur masin. Ulamnya subur dan segar macam baru petik di halaman.

Set makanan di Rumah Makan Haji Sendot ni semua sama harga iaitu RM16 dengan minuman free flow dan disediakan juga lengkong santan sebagai pencuci mulut. Lengkong tu bahasa Johor, dikenali juga sebagai agar-agar.



Dua-dua orang tak makan telur masinnya. Jadi, Iman bungkus macam ni guna tisu, macam orang dulu-dulu kahwin, hahaha.


Adoi, bawa handbag kecik pulak, sumbat aje la.


Gendang-gendut tali kecapi
Perut kenyang suka hati.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Lama tak dengor lengkong. Bungkus telur kenduri tu emmm nostalgia sungguh lah ni tiada orang buat macam tu kalau pi kenduri kahwin sebab telur mahal. Pakai tisue je balut kan.

    ReplyDelete
  2. Wah, masih sebut lengkong. Dulu-dulu selalu jumpa lengkong merah atau hijau di tempat kenduri.

    ReplyDelete
  3. Meriah nasinya, macam portion besor, lauk pun besor. Ooo.. tak makan telur masin rupanya.

    ReplyDelete
  4. Murah la SK kan 16 ringgit dapat macam² lauk dan aksesorinya..

    ReplyDelete
  5. Pastinya yg kambing lah yg paling menggoda 😍😄. Lihat dari foto nampak besar ya kak.

    Kalau disana panas, di jakarta pula hujan terus. Sekalinya berhenti tp tetap mendung. Nak jemur susah. Dah berapa hari asisten saya pakai dryer machine. Pasrah ajalah dengan billing listrik 🤣🤣

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!