Assalamualaikum WBT
BARU aje semalam, Sk cakap pasal cuaca panas terik di JB sejak beberapa hari, tiba-tiba hujan turun lebat petang semalam dalam perjalanan balik kerja. Nak dijadikan cerita, semua barang yang Sk beli dari kedai TT sampai serentak pulak semalam, habis semuanya basah. Yang dalam kotak, selamatlah, yang bungkus plastik aje, tak selamattttt. Tu Sk jemur dekat carpark depan office, harap matahari pagi ni memancor-mancor, agar ia kering segera, Amiiinnn.
13 Ramadan, lepas kerja, Sk dan Iman ke Angsana Mall. Tujuannya nak cari tudung raya pertama. Tiga kali eh Sk beli tudung kat TT, semua yang sampai tak sesuai dengan warna baju padahal kod warna sama. Terpaksalah cari di kedai fizikal jugak. Tu takpa, shawl RM10 tak ada yang matching, terpaksa beli yang RM30 sebab tu jer yang masuk warna dengan baju. Haishhh.. nasib.. nasib.
Jangan pelik eh kalau nampak muka Sk masam jer, hahaha.
Angsana Mall ni dekat jer dengan office Sk, 10 minit dah sampai. Tapi hari tu, Sk terlupa yang Sk balik pukul 4.05, boleh pulaklah Sk tunggu nak clock out pukul 4.35. Dah tu, apalagi.. hujan pulak petang tu, jammed dari Ninso Tampoi sampai Angsana Mall. Nak masuk Angsana pun sangkut kat parking.
Tapi, tak apalah. Sebab Imannya pukul 5 baru boleh keluar. Intern tak boleh balik awal, kena ikut office hour, 8 hingga 5. Kami malas nak fikir kat mana nak berbuka, Secret Recipe jer la yang senang, boleh tempah meja kemudian jalan-jalan. Kalau nak berbuka dekat food court, kena duduk awal-awal pulak, kalau tak, risau tak ada meja nanti.
Jadinya, Sk terus ke SR dulu. Staf tanya berapa orang? Bila Sk jawab dua orang, dia tanya mana lagi sorang? Oh, rupanya, dia suruh buat pesanan makanan dan minuman siap-siap. Jadi, dia suruh call kawan yang lagi sorang tu, tanya nak makan apa? Hehehe. Tu la tu Sk snap pic menu, hantar kat Iman.
Buat pesanan dengan mengimbas QR Code dan terus buat bayaran di kaunter. Lepas tu Sk window shopping. Lama nau nau dah tak jalan-jalan dalam Angsana Mall. Dulu-dulu nama dia Plaza Angsana.
Dah berkenan tudung kat sini, ambil gambar kedai siap-siap. Nak kena tunggu Iman dulu la, kot dia nak tudung lain pulak.
Cantik pulak baju kurung Kedah ni tema Matcha Strawberry. Sikittttt lagi Sk nak beli tapi teringat baju penuh dua almari. Itupun rasa macam tak ada baju, lepas tu asyik pakai baju yang sama, hehehe.
Iman dah sampai, kami jalan kat bazar ni pulak. Meriah betul walau baru lepas hujan. Ni nak beli jus avocado yang artis jual tu. Sape ke namanya, tak ingat pulak. Alaa.. yang selalu lalu kat VTT tu.
Lepas tu cuci mata tengok kuih raya pulak. Baru tahu ada program berbuka puasa percuma anjuran Wakaf An Nur. Tak pastilah hari tu sahaja atau hari-hari sepanjang Ramadan.
Cekap dan pantas staf SR menghantar makanan dan minuman ke meja-meja yang sudah dipenuhi pelanggan yang hendaklah berbuka puasa.
Dah ambil dessert Shinjuku Choc ni, jadi tak ambil kek slice.
Buntu jugak nak makan apa, akhirnya Sk pilih Thai Seafood Spaghetti.
Iman makan Tomyam Khung.
Teka yang mana minuman Sk?
Fresh Apple dan Ice Blended Strawberry w White Choc.
Oh, kenapa PI tak ikut? PI ada majlis berbuka puasa, tak ingatlah pulak syarikat mana. Tapi yang ni, goodies berbuka puasa dari JCorp. Ni PI tak pergi tapi Alhamdulillah, ada yang ingat simpankan goodies untuk PI. Cookiecrumbs ni Iman la suka. Sanggup beratur dia.

















Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih