Assalamualaikum WBT
29 HARI sudah kita berpuasa di bulan Ramadan. Selepas maghrib nanti pasti ramai yang berkumpul depan TV bagi menantikan pengumuman tarikh 1 Syawal yang akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Dato' Seri Syed Danial Syed Ahmad. Satu lagi, setiap tahun ramai yang seronok berteka-teki warna baju Tan Sri, hihihi. Aiiii.. berdebar-debar pulak kita dibuatnya, nak tunggu jawapan sama ada hari raya pertama jatuh pada hari esok (Jumaat) atau lusa (Sabtu). Jumaat ke.. Sabtu agaknya ek???
Kisah 16 Ramadan, Sk dan Iman berbuka puasa di Restoran Oiso cawangan Paradigm Mall. Restoran Oiso ni menyajikan makanan Korea. Macam biasalah, Sk dan Iman datang berasingan dari pejabat masing-masing. PI masa ni ada Majlis Berbuka Puasa dengan badan korporat mana tah, tak ingat pulak.
Seperti kebanyakan restoran makanan Korea, samalah di Oiso ni. Set makanan dia datang bersama nasi, lauk utama dan side dish seperti kimichi dan jeruk lobak putih serta sup. Tapi, boleh jugak jika nak ambil ala carte.
Pesanan makanan dibuat dengan cara mengimbas kod QR yang diletakkan di meja. Apabila pesanan makanan telah berjaya dilakukan, mereka akan hantar list ni.
Selepas kdrama bersiri Bon Appetite Your Majesty ditayangkan, sana-sini viral pasal Pa-Jeon ni. Sk nak buat tak kesampaian. Nampak aje ada menu ni, terus pesan sekeping. Aaa.. taip-taip ni rasa rindu pulak nak makan lagi Pa-Jeon ni. Sekeping ni, RM14.90.
Pesan Korean Fried Chicken (RM26.90) untuk ratah-ratah, tak sangka la rupanya IA menu set yang datang bersama nasi dan side dish yang lain. Ingatkan ayam sahaja.
Mushroom Tofu Stew (RM19.90).
Ia dihidang atas dapur terus depan kita. Mendidih-mendidih la masa dihantar tu.
Nasi pula diletakkan dalam bekas stainless steel tu. Jadi, ianya taklah sejuk selap sementara menunggu waktu berbuka. Sup tofu ala Sundubu Jjigae ni memang menjadi kegemaran Iman setiap kali makan di restoran konsep Korea.
Sk pilih Stir Fried Saba Fish with Kimchi (RM26.90). Ia merupakan ikan mackerel yang dimasak seakan sambal, rasa dia macam sambal sardin pun iya jugak, tapi mewah la dengan pelbagai perencah. Ikannya dipotong besar dan agak banyak jugak. Sk rasa lain kali jika datang lagi, boleh kongsi set ni cuma add on nasi.
Set yang terlebih ni kita bungkuslah buat sahur. Heheheh.











Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih