Assalamualaikum WBT
RISAU 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat, Sk dah siap masak Rendang Daging malam tadi. Sebabnya Sk masih kerja sehingga hari Khamis, jadi, tak naklah kelam-kabut. Rendang daging ni menu wajib PI, makan dengan ketupat palas dan lemang. Ketupat palas, Sk dah beli yang sejuk beku. Lemang banyak dijual di sepanjang jalan ke rumah. Walaupun rendang boleh didapati di gerai menjual lemang, tapi, RM10 tu celah gigi aje, hahaha.
Ni semua foto screen shot dari video yang dirakam semasa merendang. Daging untuk rendang PI beli hari sabtu lepas, walaupun dah berkali-kali Sk pesan, tak payah beli sebab stok daging banyak dalam esbox, wahhh.. dia beli jugak 2kg. PI dengan Iman tukang potong daging kecik-kecik saiz satu suapan.
Cili kisar tu Sk beli online eh, tak larat dah nak menggunting, mencuci, merebus dan mengisar cili kering. Bahan lain, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup, Sk blend asing. Halia, Sk campur halia yang PI beli kat pasar tani dengan halia Bentong yang Cikwa bagi.
Tuang terus santan dalam kuali. Sk ikut cara ibu Sk iaitu merenih semua bahan di dalam kuali sekali arung. Santan tu Sk pernah sendiri dari tiga biji kelapa, beli dekat kedai runcit yang baru dibuka dekat belakang rumah Sk. Bukan belakang betul, la.. lat dua tiga lorong jugak. Kedai runcit ni dimiliki oleh India Muslim.
Kuali besar Sk, pecah sebab jatuh dua tahun lepas, pakailah kuali saiz sederhana ni, jadi, kena kacau pelan-pelan. Dah hampir sebati semua bahan kisar dan santan dalam kuali, baru buka api dapur. Nak cepat mendidih, buka api sederhana besar.
Dah mendidih, kena sentiasa kacau supaya tidak hangus. Biasanya Sk letak ketumbar, jintan manis dan jintan putih tapi kali ni Sk tak letak. Oh, bila rendang dah mendidih macam ni dah kuahnya mula susut, Sk masukkan asam keping dan gula Melaka.
Bila dah nak kering macam ni, Sk masukkan kerisik. Kerisik pun beli yang dah siap. Zaman sekarang, petik jari jer, kan. Teringat dulu-dulu bergilir adik-beradik tolong ibu tumbuk kelapa goreng dalam lesung batu nak buat kerisik. Rasa nak tanggal siku, hahahah
Ok, baru masukkan garam dan mak aji. Kacau sebati dan sekata, sehari sejiwa.
Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang dihiris. Kalau nak cantik, mayang halus macam bunga rampai, tapi Sk dah rabun, kemahen kasar hirisannya, hahaha. PI pesan nak rendang yang basah-basah, tak nak kering sangat. Kalau dulu, nak kering-kering macam Rendang Tok. Usia bertambah, selera pun dah berubah. Sk dari dulu suka rendang basah-basah dan akan lebihkan bahan kisar supaya dapat kuah banyak.
Awak-awak, bila nak merendang tu???
Esok baru balik kampung.. Linda pun kerja sampai hari Khamis.. memang malam tu la pulun, dah duduk asrama ni, tak boleh la nak masak².. kalau tak, memang masak siap², tinggal bawa je..
ReplyDelete