CUTI MAALHIJRAH MASAK SAMBAL SOTONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 



Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Dengan keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan Syiar Islam
Untuk sepanjang zaman




Cuti-cuti ni, malas nak keluar rumah pagi-pagi. Terlanjur ada nasi sejuk sepinggan, Sk masak nasi goreng untuk sarapan. Tumbuk segenggam cili api dengan dua ulas bawang putih, tumis, pecahkan telur, masukkan serbuk belacan, kemudian masukkan nasi. Dah gaul rata, masukkan garam dan daun sup. Ada pulak lebihan Yong Taufu PI beli kat pasar malam, Sk toskan supnya dan goreng. Buat juga telur separuh masak. Tapi, tak ada gambar, sebab handphone kat bilik, malas nak ambil. Tengahari, fikir nak masak Sambal Udang ke Sambal Sotong. Malas nak tanya-tanya, Sk buat keputusan sendiri masak Sambal Sotong. Lama dah sotong tu, karang jadi getah pulak dia, hehehe. 



Tambah telur mata, goreng tiga biji. Dua biji ni, kuning cair-cair, tuang kicap semasa menggoreng agar kicapnya meresap dalam telur. Untuk Iman, goreng asing, sebab dia tak makan kuning telur cair dan tak suka letak kicap. Begitulah, nama jer mak dan anak, anak dan bapak, tapi selera lain-lain. Ni, dia ajak berjalan pulak. Mak is malas nak tepek bedak, nak calit lipstick, nak belit tudung. Pakai tudung sarung aje, aci tak?

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!