WEDDING RECEPTION SHAZREEN & ARFAN @ DOUBLE TREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


SEJUK bumi Jauhar hari ini apabila hujan membasahi bumi di hari Jumaat ni. Pagi tadi, berlangsung Majlis Tahlil dan Doa Selamat Bulanan dan kemudian kami dijamu dengan Sup Tulang Korban dan Roti Putih serta Cream Puff. Dalam perjalanan ke pejabat tadi, Sk singgah Warung Pacak, beli sebungkus Nasi Lemak Daun Pisang. Jadi, sebelum ke Majlis Tahlil dan Doa Selamat, Sk alas perut dulu siap-siap dengan NLDP. Partner in Crime pulak ambil cuti kecemasan hari ni, sorang-soranglah Sk kat pejabat, Jumaat pulak rehat panjang. Teringat, Jumaat lepas, Sk balik awal untuk persiapan ke Majlis Resepsi Shazreen dan Arfan pada hari Sabtu esoknya di Putrajaya. Walaupun majlis diadakan di sebelah malam, tapi faham-fahamlah, nak merentas keluar dari negara negeri Johor ni bukan cepat ya. Jadi, kami atur perjalanan dengan transit dahulu di Seremban sebelum ke Putrajaya, tu la tu Jumaat minggu lepas minta izin dengan bos balik awal dan lepas Iman balik kerja, kami terus meluncur ke Seremban.




Alhamdulillah, setia berkawan sejak zaman sekolah, kuat jodoh mereka berdua ni. Sk pulak lama tak jumpa dengan Shazreen cuma banyak dengar cerita dari mamanya, Along. Tahu-tahu, masa menghadiri Majlis Perkahwinan anak Kak Saadiah di Melaka tu, Along beritahu, Shazreen nak kahwin bulan 6.




Bismillahirrahmanirrahim

The Beginning Of Our Forever

Arfan & Shazreen

6 June 2026

Double Tree By Hilton Putrajaya Lakeside




AS.. simbol termeterainya perjanjian dua insan, Arfan & Shazreen. 




Dress code untuk majlis resepsi ni adalah Lounge Suit/ Traditional. Along cakap, Sk dan Iman pakailah dress, tapi sampai ke sudah, tak jumpa dress yang berkenan, hahaha. Disebabkan tu, pakai aje la baju kebaya dari Butik Jasmina ni dan letak selendang di bahu. Korang yang dah pernah nampak Sk pakai baju ni, diam-diam sudahlah haa.. hahaha.



Bergambar dengan Abang Long aka Bapak Pengantin Perempuan. Majlis ni menggabungkan kedua-dua pihak ya.




Ia merupakan intimate wedding. Kalau tengok pada bilangan tetamu yang mengesahkan kehadiran, ada 85 tetamu sahaja. Ia adalah majlis perkahwinan yang menjadi impian pengantin perempuan. Sk tiga beranak diberi duduk di meja nombor 3 yang terletak di hadapan sebelah kanan pentas atau pelaminan ni. Meja yang nampak dalam gambar ni, meja nombor 2 yang menempatkan adik-beradik pengantin lelaki dan perempuan.



Menu Western

Appetizer
Apple Wood Smoked Salmon, Petite Salad, Pickle Dill Cucumber, Honey Mustard

Soup
Creamy Prawn  Bisque with Cheesy Grissini Stick, Focaccia Bun and Soft Roll

Main Course
Roasted Rack of Lamb, Creamy Mash Potato in Potato Skin, Minted Green Pea Puree, Baby Carrot, Asparagus, Rosemary Sauce

Dessert
Cheese Cake, Macadamia Crust, Orange and Cinnamon Salsa, Chocolate Tuile




Masa ni la nak praktikkan ilmu yang dipelajari masa menghadiri Kursus 'Table Setting and VIP Serving'.


Tetamu akan mula makan hidangan pembuka selera dengan mengambil cutlery bermula dari yang paling luar. 




PI awal-awal dah study tentang penggunaan cutlery untuk dinner bertemakan Inggeris ni. Lepas tu dia hantar nota dekat dalam grup sampai kita jadi berdebar-debar pulak takut salah ambil sudu dan garfu padahal tak ada siapa pun nak marah kalau salah, hahaha.



Cenderahati ni kena simpanlah dulu sebab nanti pramusaji nak letak roti dalam piring ni.


Tuan Tanah Kedaung. Patutnya baju ni nak pakai masa wedding anak menakan kat Kuala Nerus bulan 8 tapi ni ada lagi dua bulan, aci lagi kan cari baju lain, hahahahaha. Dasar!



Pukul 8.30 malam, pengantin masuk ke dewan. Shazreen memilih persalinan gaun Inggeris, sesuai dengan latarbelakangnya yang mempunyai kacukan Belanda di sebelah bapanya.




Okey, pengantin dah duduk bersanding. Menantu chinese look laaa..




Terdengar pengumuman sesi fotografi akan dimulakan dengan keluarga pengantin perempuan. Lepas tu terkejut tiba-tiba Along datang ke meja dan ajak ke pentas. Yang sebelah Sk tu, Zeti, adik Shazreen. Yang hujung sebelah kiri tu, abang Along, Dato' Zul dan isteri beliau.





Yang gambar ada Iman, kena tunggu dari official photog la ya. Ni mak saudara dan  pak saudara dulu. Sempatlah Iman snap pic ni dari tempat duduk. Lepas bergambar, barulah acara makan dimulakan.



Appetizer

Apple Wood Smoked Salmon,
Petite Salad,
Pickle Dill Cucumber,
Honey Mustard




Soup
Creamy Prawn  Bisque with Cheesy Grissini Stick,

Focaccia Bun and Soft Roll



Rajin mama pengantin jalan-jalan ke meja menyapa tetamu.



Siap cerita dengan Iman pengalaman masa kami kecik-kecik. Along ni dulu, Sk la tukang mekap dan potongkan kuku dia tau. Sampai sekarang pun, tiap kali Sk potong kuku, mesti teringat, siapalah tukang potongkan kuku dia sekarang, hahaha. Mesti pergi manipedi la tu kan sekarang. Satu lagi, homework geografi dia, Sk yg tolong lukiskan peta, hahaha.




Main Course

Roasted Rack of Lamb, 
Creamy Mash Potato in Potato Skin, 
Minted Green Pea Puree, 
Baby Carrot, 
Asparagus, 
Rosemary Sauce

Seminggu sebelum majlis, Shazreen telefon tanya boleh makan lamb tak? Kot laa ada alahan ke apa, kan.. sebab ada orang tak boleh makan lamb. Tengah makan ni, baru perasan, Datin punya pinggan bukan kambing tapi salmon. Tapi, kambing dia sedapppp woooo. Lunak dan empuk sekali.




Ucapan dari mama dan papa pengantin. Tapi, mama la ofkossss yang lebih bagi ucapannya.



Pengantin potong kek perkahwinan.




Dessert
Cheese Cake,
Macadamia Crust,
Orange and Cinnamon Salsa,
Chocolate Tuile





PI dah kekenyangan tapi tetaplah jugak makan habiskan cheese cake ni.



Ada game session untuk pengantin, kawan-kawan dan siblings serta cousin. Gen Z la ni semua, kita millenial nak join pun boleh jer. 




Sk menginap kat situ jugak. Sebelum balik, kita tangkaplah gambar kenangan sikit. Susah nak ada gambar berdua yang herlok macam ni, hahahah.



Iman pun susah nak dapat dress ya. Kalau jubah-jubah tu banyak la jual. Ni beli dari Butih Jannah Noe. Suka sangat dia sebab bahagian tangan ada kipas macam tu, tapi susah ya nak iron bahagian berkipas tu. Kain dia pulak jenis berat. Ni dia kata, boleh pakai untuk konvo jugak. Sk macam tak percaya aje la, mesti konvo nanti dia beli baju lain punya!

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!