MAKAN DI RESTORAN SOPOONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


ISNIN kelmarin, Sk ambil annual leave. Ingatkan nak kemas rumah, cuci baju dan melepak, tiber ada yang join cuti sekali. Maka, tak jadilah nak melepak di rumah. Pagi, dalam pukul 9, teman Iman ke Pusat Kesihatan Universiti (UTM), dapat satu cucuk sebab tangan bengkak kena cakar kucing (yang tengah bergaduh). Kemudian, kami ke Paradigm Mall.




Tujuannya nak brunch di Restoran Sopoong. Restoran makanan authentic Korea ni baru sahaja membuka cawangan di Paradigm Mall. Sopoong bermaksud 'picnic' atau dalam Bahasa Melayu, berkelah. Pengasasnya memilih nama ini kerana konsep berkelah (picnic) melambangkan keriangan, keseronokan, dan masa berkualiti bersama keluarga serta rakan-rakan. Restoran ini mahu pelanggan menikmati makanan Korea yang lazat dengan suasana ceria seolah-olah sedang beriadah.




Staf hantar menu dan kertas pesanan (order chit) ke meja. Boleh study menu puas-puas dan pilih nak makan yang mana satu. Semua menu bergambar jadi tepuk dada, tanya selera.




Dakgangjeong Gimbap, RM19.90 sebagai appetizer la kononnya. Berkeping-keping macam ni memang tak habis la sebab ambil main course jugak seorang satu. Jadi, yang tak habis tu kami minta bungkus dan bawa balik. Kos untuk bekas bungkusan dikenakan sebanyak RM1.



Yukgaejang Rice, RM26.90.

Ni Iman punya. Pada asalnya Sk pun berkenan jugak tapi macam tak variasi pulak kontennya jika kami berdua ambil makanan yang sama. Yukgaejang ni boleh pilih nak makan bersama nasi atau mi. Terdapat hidangan sampingan biasa dalam hidangan Korea iaitu kimchi, salad pedas dan salad mayonis serta sup.




Yukgaejang ialah sup daging lembu pedas tradisional Korea yang lazat, berempah dan berkhasiat. Ia biasanya dihidangkan bersama nasi panas, menggabungkan hirisan atau carikan daging lembu bahagian brisket (tetel) yang direbus berejam-rejam sehingga lembut dan mudah dicarik. Ia dimasak dengan pelbagai sayur-sayuran seperti taugeh, cendawan dan paku-pakis di dalam kuah merah yang pekat mengandungi pes cili Korea (gochugaru), minyak bijan, bawang putih dan kicap yang memberikan rasa pedas, berlemak, dan aroma yang memikat.



SK pilih Bibimbap Set, RM25.90.

 Bibimbap ialah hidangan tradisional Korea yang bermaksud "nasi campur". Ia berisi nasi panas dengan pelbagai sayur-tumis, daging (lazimnya daging lembu), telur (mentah atau goreng), dan pes cili Korea (gochujang). Kesemua bahan ini digaul sebati sebelum dimakan. Set ni datang bersama udon dan siap dengan minuman (teh hijau) serta side dish yang sama dengan Yukgaejang tadi.




Suka la tengok side dish dia susun dalam tray kayu tu.  Side dish tu boleh refill.




Udon dalam set Bibimbap ni diletak dalam mangkuk batu yang kekal panas.




Bibimbap

Nasi: Dihidangkan panas, adakalanya di dalam mangkuk batu panas (dolsot) yang menghasilkan kerak nasi rangup di bahagian bawah.


Sayuran (Namul): Hirisan lobak merah, taugeh, bayam, timun, dan cendawan yang ditumis secara berasingan.


Lauk Protein: Daging lembu cincang atau hirisan daging yang diperap (seperti bulgogi) dan telur.




Pes (Gochujang): Pes cili Korea yang memberikan rasa pedas, manis, dan umami, digandingkan dengan minyak bijan. Gochujang ni tuang dalam mangkuk nasi campur, kemudian gaul rata-rata.




Kena letak sos banyak sikit kalau tidak, hambar. Sayur-sayur tu ada yang agak keras dan liat, sampai tergeliat rasa gusi. Rasa menyesal pulak ambil bibimbap ni. Lepas tu teringat pulak, yang masa Berbuka Puasa di Restoran Oiso tu dah cakap, lepas ni kalau makan dekat tempat macam ni, ambil satu menu berlauk aje lepas tu tambah semangkuk nasi, lauk kita kongsi, tapi tu la, bila datang tengah lapar terus datang rasa tamak, ambil sorang satu main course, hahaha.




Green tea dalam set bibimbap ni boleh pilih sejuk atau panas. Kira jimat la set Bibimbap ni siap dengan minuman dan udon, baru RM24.90. Tapi tula, macam Iman, dia tak reti minum green tea. Iman pilih Yujacha sejuk, RM8.90. Yujacha ialah sejenis teh tradisional Korea yang diperbuat daripada hirisan buah limau yuja (atau yuzu) yang diawet bersama madu atau gula. Bancuhan ini menghasilkan minuman yang kaya dengan vitamin C. Rasanya manis, masam dan sangat menyegarkan.




Kalau ada Iman, baru ada geng makan tempat konsep macam ni. Tapi, tengok ada jugak dua tiga pelanggan yang datang solo. Lepas ni kalau teringin tapi Iman busy, bolehlah Sk datang solo jugak, lone ranger la gitu, hahaha. Ialah, lepas ni Iman pun dah mula kerja (walaupun tak tahu lagi nanti dapat kerja mana). Dah beberapa tempat jugak Iman hantar resume dan dah dua tempat dia pergi interview. Target dia sekarang, nak kerja dalam bidang yang diambil di U tapi, jika tak ada peluang, kerja retail pun boleh, janji dapat duit dia kata. Ialah, sekarang ni susah ya nak dapat kerja lagi kalau memilih.




Masa pergi makan dekat Thong Bowl hari tu, tak dapat Bingsu. Jadi, kali ni, kenalah order tapi perisa Mango tak ada stok, kami pilih strawberry dan minta hidang selepas makan. Ais kisar dia plain la, kena gaul dulu baru dapat manisnya. Strawberry dia frozen jadi rasa keras-keras sikit tapi taklah keras macam batu. Selain tu ada mochi jugak dalam bingsu ni, unik la.



 Kenyang betul, sampai tak mampu nak bawa perut lepas makan, hahahah. Tapi, jalan-jalan sekejap la jugak kat Paradigm Mall tu sebelum balik, heheheh.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya rindu nak makan kat seoul lagi. Gimbap ni kalau makan tu je pun dah kenyang sebab besar dan macam2 dalamnya. Tenguk SK order pun dah rasa berpiknik depan PC ni sambil tonton Kdrama.

    ReplyDelete
  2. Di sebabkan Yana tunjuk haritu gambar akak makan sini, kita pun tuntut dia belanja kita makan sini nanti hahahahaha dia suka makan sedap senyap-senyap, ini kali tak dapat di sorokkan hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Nak makan kat sini gak nanti..tunggu Dania ada cuti sem baru boleh balik sana...menarik ni semua makanan tu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!