Assalamualaikum WBT
Ramai yang ambil cuti tambahan sempena Hari Raya Aidiladha yang bersambung dengan cuti Hari Wesak dan cuti Hari Keputeraan YDPA akhir bulan lepas. Kami terkecuali kali ni. Rasa lega sebab banyak lalu info trafik tentang kesesakan di lebuhraya. PI ada jugak mengajak jalan-jalan balik ke kampung angkat beliau, tapi Sk tak nak. Lebih baik duduk rumah buat declutter. Tapi tu la, dikerahnya pulak kita memasak. Yassalammmm.
Hari ahad tu, PI ke pasar tani. Memang macam tu la, pantang jumpa hari ahad, kalau ada kat rumah, memang pasar tani ditujunya pagi-pagi. PI beli ikan merah sekor, ikan bawal saiz kecil dua ekor, ikan selar tiga ekor. Ikan merah tu dah siap potong, ada tiga bahagian isi, satu ekor dan dua bahagian kepala (dibelah dua). SK malas nak simpan-simpan, masak aje semua. Asingkan bahagian isi sekeping siap-siap buat bekal pergi office, yang lain dua kali makan baru habis.
Buat sambal belacan dan potong timun buat ulam. Sambal belacan pucat warnanya sebab guna lada hidup warna oren kekuningan yang dapat masa kenduri kahwin di Melaka.
Ikan selar goreng dua ekor aje. Yang dua ekor ni sama saiz, sekor lagi besar sikit ikannya, tu Sk simpan. Ikan lumur kunyit dan garam aje sebelum digoreng garing.
Setiap ekor ikan letak dalam piring berasingan. Satu untuk PI, satu untuk Iman. Iman makan separuh aje, separuh bagi Elang (kucing paling senior dalam rumah).
Seronok PI makan. Ialah, lama tak ke Pasar Tani (masa tu) sebab tiap minggu ada jemputan. SK pun lama gantung periuk, lagilah nak masak kari-kari macam ni, memang tak sempattttt! Tapi, PI tak beli bendi pulak, mujur ada tomato dua biji stok kat dapur. Kalau ada bendi lagi sedap, kannn.
Elang special sungguh ni, dapat makan ikan share dengan kak Iman.
ReplyDeletearitu 1st time masak kari kepala ikan merah...biasa MIL masak...kita biasa masak kari daging je
ReplyDeleteTimun dengan sambal belacan tu macam kat kedai thai tu kan?
ReplyDeleteSedap pulak nengok kari ikan merah tu lama tak masak. Weekend ni cari ikan merah la. Letak bendi dan tomato memang sedap.
ReplyDelete