Harapan Bonda

Seri Kandi Tanah Jauhar
0
PEJAM celik pejam celik, lagi dua hari Yaya akan menyambut ulangtahunnya yang ke sembilan. Setiap kali saya melihat wajahnya saya selalu membayangkan wajahnya ketika bayi. Setiap kali saya dakap dirinya, saya selalu meminta kepada Allah swt agar dapat memberi peluang untuk saya terus mendakapnya. Setiap kali dia membantu saya di dapur saya merasa begitu kagum, kerana anak yang saya kandungkan 10 tahun lalu, kini sudah boleh diharap dan saya sangat bersyukur kerana dianugerahkan anak sepertinya.
Walaupun dia merupakan anak tunggal, namun kami tidak pernah memanjakannya. Walaupun boleh dikatakan dia selalu mendapat apa yang diinginkannya, namun ada juga kehendaknya yang tidak tertunai. Kami selalu mengingatkannya bahawa ada lagi yang lebih penting untuk dibeli. Kami selalu mengingatkan supaya jangan fikir kita boleh dapat semua benda di dunia ini, semuanya bergantung kepada rezeki, jika tidak dapat bererti itu belum menjadi rezeki kita.
Di hari lahirnya ini, saya ingin meminta kepada Allah swt, agar memanjangkan umurnya, memperbanyakkan rezekinya, menerangkan hatinya, melapangkan dadanya dan membuka ikatan lidahnya serta dianugerahkan kejayaan yang besar kepadanya, Amin Ya Rabbal Al`amin.
Tags

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!