Selamat Tinggal Secret Recipe

Seri Kandi Tanah Jauhar
4


SELEPAS 10 tahun tak lagi membuat kek, hari ini saya kembali dengan resepi seorang teman siber dari US, Pn Nor Hayati Ramlan. Pn Yati yang saya panggil Kak Yati sebenarnya merupakan isteri kepada ex-bos saya, En Khata, dan saya rasa sungguh dekat dengan Kak Yati apabila kami sering berinteraksi dalam facebook yang begitu popular hari ini.

Kali terakhir saya membuat kek adalah semasa belum berkahwin, di mana masa tersebut saya paling suka membuat kek lapis asam manis, yang resepinya saya dapati dari bakal mak mertua salah seorang teman baik saya, Ucu dan resepi itu masih saya simpan sampai sekarang.

Alhamdulillah, mixer yang saya gunakan ini pun adalah hadiah dari Ucu di hari perkahwinan saya yang tak pernah saya gunakan. Dan hari ini buat kali pertama saya menggunakannya dan ia masih berfungsi.

Turut membantu saya menyediakan Kek Kukus Coklat berlapis Krim Keju ini adalah anak saya yang tersayang, Yaya. Yaya ni memang rajin menolong saya di dapur termasuklah menumis sambal. Wah, bukan main suka dia sibuk nak tolong masukkan tepung dan sebagainya dan inilah hasilnya kek saya.



Tak sia-sia menuntut ilmu dari Kak Yati, kosnya pun murah saja, cuma krim keju tu sajalah yang mahal. Kalau nak beli sendiri di kedai kek, mahu cecah lima enam puluh ringgit, jadi dah pandai ni tak perlulah lagi membeli.

Untuk menambah selera, saya buatkan topping kek yang saya belajar dari teman sepejabat, Ezreen dan Naza. Hmmm.. sume baru belajar.. tapi hasilnya boleh tahan juga.. hehe, puji diri sendiri pulak. Lepas tu kononnya nak tulislah Selamat Tahun Baru, nak guna choki-choki, tapi macam tak jadi.

Sekarang ni nak belajar macam mana nak tuang topping coklat tu supaya tak comot.. hati ingin gak nak pergi kelas membuat dan menghias kek di Institut Hospitality YPJ pada 30 Januari nanti tapi sayangnya saya ada agenda sendiri pada tarikh tersebut. Nampaknya kenalah bertanya kawan-kawan atau bertenet sambil belajar.. harap-harap lepas ni success.. Aminn... Jadi layan sajalah gambar-gambar yang sempat saya ambil dalam kesibukan membuat kek ni ya.



Pada siapa-siapa yang nak cuba buat kek yang sedap ni boleh layan resepi di blog http://yatiememories.blogspot.com/. Dijamin jadi.. InsyaAllah.
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. waa....memang menjadi kek tu....gebuss gitu...

    ReplyDelete
  2. memang jadi kak, resepi tak tipu.. besh2..

    ReplyDelete
  3. ӏt's perfect time to make some plans for the long run and it's time to be
    happy. I've learn this put up and if I may just I want to suggest you few fascinating issues or tips. Perhaps you could write subsequent articles referring to this article. I wish to read more things about it!

    Look into my blog post - Www.2Applyforcash.com
    Feel free to visit my website - Payday Loans

    ReplyDelete
  4. I am constantnly saying that its hard to procure quality help, but here is, It was a dreary day here today, so I just took to piddeling around online and realized…
    Pinoy Channel| Pinoy Tambayan| Pinoy Tv| Pinoy Tv Replay| Pinoy Ako| Pinoy Lambingan| Pinoy Teleserye| Zee tv

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!