"BONDA, minggu depan cikgu suruh bawa batang pisang," kata Yaya kepada saya apabila kami mengambilnya pulang dari sekolah minggu lepas.
"Hah, batang pisang, nak buat apa?" Aku buat-buat terperanjat, saja nak sakat.
"Tak tahulah, cikgu suruh bawa untuk Pendidikan Seni.." oo.. saya dah dapat mengagak apa yang dimaksudkan dengan batang pisang tu.
"Oh, cikgu nak buat cop lah tu... hmmm, dari zaman bonda ngan baba sekolah, sampai anak sekolah, masih lagi pendidikan seni guna pelepah pisang...," sambil menggeleng-gelengkan kepala. Saya memandang suami yang tergelak-gelak. Dia mengiyakan kata saya.
Saya bertanya dari mana nak dapat pelepah pisang memandangkan di rumah kami jangankan kata pelepah pisang, nak tengok pokok pisang pun belum tahu. Petang tu sepanjang perjalanan balik, apabila terpandang pokok pisang, kami akan menyuruh Yaya cuba bagi salam dengan tuan rumah tu dan minta pelepah pisang sebatang, haha.
Kami berkira-kira untuk mencari pokok pisang di rumah nenek (ibu saya)minggu depan, tapi masa kami datang tu hari Sabtu, nak pakai hari Selasa, tentulah pelepah pisang tu dah kering. Jadi kami rancang untuk datang ke rumah nenek pada hari Isnin, dapatlah pelepah pisang yang segar. Tapi sebenarnya kami tak pasti ada atau tak pokok pisang di sana. Kalau dekat rumah lama, memang tak ada masalah.
Hmm.. sebenarnya ada tempat yang lebih mudah untuk mendapatkan pelepah pisang tu. Di perkarangan 'guard house' kat pejabat sayalah. Tapi, takut pulak nak ambil, almaklum.. banyak pulak cerita misteri yang pernah saya dengar berhampiran tempat tu, jadi plan nak cari tempat lain jelah.
Tapi nak tak nak, takde pilihan kerana petang semalam, bos suami saya telah membuat mesyuarat pada jam 5 petang. Gedebak.. gedebuk, tamatnya pukul 6 lebih, suami terus ambil anak dari sekolah baru ambil saya di pejabat, dalam 6.45 gak tu. Malam tu, suami ada dinner dengan staf pejabatnya pukul 8, maknanya kenalah ambil pelepah pisang kat pejabat tulah. Nasib baik ada uncle guard kat situ dan dia pun ada pisau.
Saya baca ayat kursi dalam hati sambil minta izin kat pokok nak ambil pelepahnya sebatang. Teruk betul saya kan, tapi nak buat macammana, saya ikut je petua orang tua-tua, takut gak.. manalah tau.
nilah pelepah pisang yang dah dikerat-kerat
Suami saya pulak bila nampak ada daun pisang sekali kat pelepah tu mulalah membuat permintaan, nak bawa bekal sarapan esok pagi, nasi lemak bungkus daun pisang. Ulala.. permintaan......... tak hengat tu. Yaya pun bukan main beriya-iya nak bawa bekal nasi lemak dua bungkus lak tu.
Tapi kerana sayang, saya pun masak gaklah nasi lemak, bangun 4.30 pagi tu menanak nasi (macam kai dapur kayu pulak ek). Dalam kelam-kabut tu, sempatlah saya membungkus enam bungkus nasi lemak, masing-masing bawa dua.. hehe. Nasib baik cikgu sekolah masih guna silibus ni ek.. Tak sabar saya nak tengok hasilnya nanti..
dua bungkus bawa ke opis, untuk naza satu..
hak hak.. yang ni specel untuk saya yang kuat makan...
sariyusa: teringat susah payah ibu cari pelepah pisang untuk kami bawa ke sekolah, teringat gak cop kentang.. hak hak
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih