Tak Macam Sarang Lebah Pun...

Seri Kandi Tanah Jauhar
0
SEJAK akhir-akhir ni fokus saya kepada facebook mula terganggu. Kalau dulu sibuk buka facebook, sekarang sibuk buka blog-blog tentang dunia masakan... wow... kagum sungguh dengan blog-blog mereka ni. Waktu senggang kini tidak lagi memboringkan. Kadang-kadang saya rasa waktu terlalu mencemburui kerana waktu senggang begitu cepat berlalu sebelum sempat saya menyalin resepi.. haha.

Lepas tu memikir panjang lagi.. cukup tak bahan-bahan ni di rumah. Oh, yang ni ada, yang ni ada, yang ni... mmm, ada ke tak ek. Dan yang ni, apa benda alah plak la gliserin ni ek.. hak hak.. itulah saya dan dunia saya sekarang. Sampai suami saya pun sekarang dok buka oven nak tengok apa yang silver-silver tu.. hak hak.. loyang saya ropenye.

Semalam saya dok menyalin resepi dari blog Cik Mat Gebu. Saya betul-betul membayangkan Cik Mat ni sebijik macam Cik Mat yang selalu mengajar budak-budak berzapin. Cik Mat yang hari-hari Jumaatnya selalu berbaju Melayu lengkap bersampin bersongkok tinggi. Followersnya saja mencecah 1000 lebih, dasat sungguh penangan blog Cik Mat ni, berangan nak ada blog macam Cik Mat.. alahai Cik Mat.

Sempatlah tiga empat gak resepi kek Cik Mat yang saya salin. Tapi yang ni memang saya boleh hafal sekelip mata. Saya berkira-kira, bahannya mudah, caranya tak susah.. aku mesti buat, aku mesti buat.. haha. Kata saya dalam hati.

Tapi petang tu tiba-tiba ada permintaan, nak makan nasi lemak daun pisang untuk sarapan pagi esok. Saya berkira lagi, cili kisar saya stoknya tiada lagi, harus kena sedia gak bawang-bawang lagi. Huh, kansellah programku nak buat kek hari ni.

Tapi, rezeki tak ke mana. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Anak saya bertanya apabila nampak saya sibuk keluar barang dari almari,"bonda nak buat kek lagi?" haha, dia dah faham, baguslah. Saya cakap nak buat Kek Sarang Lebah. Dan banyaklah persoalan yang keluar tentang sarang lebah tu.

Dalam pada saya mereneh gula, saya rebus cili kering sekali. Siap semua saya tutup api dan sedia nak mix bahan keknya pula. Siap mix semua, adunan tu perlu simpan dua tiga jam, masa ni pulak saya kopek bawang. Lepas kopek, terus kisar, simpan untuk masak besok pagi. Selesai satu perkara, layan tv sambil tunggu masa nak bakar kek tadi.


gula pasir secawan.. tenggek atas api


lepas gula tadi perang dan cair campur air panas secawan sampai jadi macam ni

Dalam menunggu sempat berangan, tentu kek aku sebiji macam sarang lebah, macam dalam gambar Cik Mat tu, saya bayangkan lubang-lubang yang besar.. wah kagum sungguh kalau jadi.

Dah 11.30 malam tu... Yaya sibuk nak tolong melengser mentega pada loyang. Tak mau tidur dulu, nak tengok kek sarang lebah katanya. Oven dah dipanaskan. Siap letak kertas saya tuang terus adunan kek tu, setkan masa 1 jam dan terus gi zzzzzzzzzzzzzzzzzz.........

Tiba-tiba saya terjaga. Hah, habislah kek sarang lebahku. Dah jam 1.30 pagi. Pergi dapur, cabut plug oven. Bawa keluar kek, masih suam-suam lagi. Terus test, masak.. Saya potong sedikit, nak tengok lubang sarang lebah tu.. hampeh. Atasnya adalah tiga empat lubang besar-besar sikitlah. Tapi hak yang bawah semua adalah macam sarang semut.. hik hik. Tapi rasanya boleh tahan, jadi saya nak tukar namanya.. kek sarang semut, baru sesuwaiii.........


nilah kek sarang semutku..

Sariyusa: update blog sambil makan kek.. hehe
Tags

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!