MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Monday, August 22, 2011

OH LA LA! PAVLOVA


ASSALAMUALAIKUM wbt

URMMMM, tak ingat datang dari mana putih telur semangkuk kecil tu tapi rasanya seperti dah berminggu-minggu bertapa dalam peti ais. Teringat saranan seorang teman yang menyarankan agar saya mencuba membuat pavlova. Oh! Sahabatku ini memang suka sekali mencadangkan ku pelbagai pengencis mulut, Nazihah namanya. Makcik putih melepak dari Negeri Cik Siti Wan Kembang ini memang banyak memberikan saya idea termasuklah sebelum ini ketika kegilaan membuat macaron. Rajin sekali beliau memberikan link-link tertentu bagi menghasilkan macaron yang perfect.. hehehe.. Tapi dik, dalam resepi tu bagitahu berapa butir putih telur nak kena godek. Akak ni tatawlah berapa biji putih telur ada dalam mangkuk tu. Dan apabila entri Kak Jun di Cupcakekasih yang manis tentang pavlova ini, maka keterujaan saya pun menjadi terlampau, hahahaha. Putih telur yang tidak terusik itu, saya timbang. Sepatah kata Kak Jun, nak buat telur dadar pun tak laku. Urmmm, nak buang sayang, kita putarrrrrrrrr!!

Alamak! Kurang 10gm lah pulak. Takper, belasah, haha. Dan saya kurangkan 10gm sukatan gulanya. Tapi, sedih betul, sebab saya memang tiada stok buah-buah masam. Yang ada buahan cocktail dalam tin. Takper, tibai. Tapi rupanya buahan tropica. Saya salah baca ke? Urmmmm..
Pertama kali menikmati kemanisan pavlova, saya agak terkejut kerana rasanya yang manis tetapi kegebuannya memikat. Rangup di luar, gebu di dalam. Mujurlah whipping krim tu diputar tanpa gula. Ditambah cocktail yang manis, aduh! Bisa kena diabetis ni, hehe. Tapi bila dah malam-malam, pavlova yang baru keluar dari peti ais itu begitu enak rasanya. Adoi! Tak boleh tahan, licinnnnnnnn... huhuhu. Kena mengulang lagi rasanya, cari buah-buah masam untuk mengimbangi kemanisannya. Aduh! Kecurlah pulak, hahaha. Dah, jom tengok resepi. Kak Jun, minta izin C&P di sini ya, :-)

Pavlova
Sumber: Kak Jun Cupcakekasih
Bahan-bahannya

4 biji putih telur (120 g)
1 cawan gula kastor (200 g)
1/2 tsp esen vanilla
1 tsp cuka makan
1/2 tbs tepung jagung

(tsp = teaspoon)
(tbs = sudu makan)

Hiasan
Dicadangkan:
1 kaleng (tin) pic
1/2 cawan strawberry (kaleng bersirap)
1 cawan heavy whipping cream (putar gebu)

Cara membuatnya

1. Panaskan oven 130 darjah selsius, dan letak rak di bahagian tengah.
2. Oles mentega sedikit sahaja pada loyang bakar (loyang biskut) dan lapik dengan kertas.
3. Sebelum itu, lukis bentuk bulatan 9" in diameter sebagai panduan untuk menuang adunan nanti. Terbalikkan kertas itu ketika melapik loyang supaya bahagian berlukis tidak mengenai adunan.
4. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi buih (busa) yang gebu dan stabil serta hujungnya nampak tajam macam duri durian.
5. Masukkan gula sedikit demi sedikit sampai habis dan baru ubah kelajuan kepada maksimum.
6. Putih telur akan semakin menggebu selepas 4, 5 minit. Masukkan esen vanilla, cuka dan tepung jagung.
7. Guna spatula plastik untuk mengaup adunan dan letakkan dalam loyang dan perkemaskan bahagian keliling meringue ini supaya nampak lebih comel.
8. Bakar antara 60 - 75 minit, sehingga lapisan luar meringue menjadi keras rangup (dalamnya gebu lembut).
9. Matikan oven dan buka sedikit pintu oven. Setelah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.
10. Bila nak hidang baru disapu fresh cream (whipping cream) dan hias dengan buah-buahan dan sirap yang disukai.

Selamat Mencuba :D

9 comments:

  1. byk kali tengok..tp x penah rase..nak try la..walaupon tak tau bile ye..

    ReplyDelete
  2. tak pernah cuba lg ni....manis ye? habis la kita naik darah tinggi...hehe..

    ReplyDelete
  3. dia gentel pavlova pulak.. nak jumpe kat maner pulak lps ni hik3.. mak sukerr je nokk jumpe2 nih kui3..

    Ape lerr word verification ari ni 'bedil'..??!! aahhh!! bedal aje laa :D

    ReplyDelete
  4. wah.. tun mmg xleh telan ni.. haha... masa belajar dulu selalu jumpa ni, sbb tun duk NZ, pavlova ni kuih tradisional dia. first time jumpa mmg semangat amik se-slice besar sbb nmpk sgt sedap (biasa hias dgn slice strawberry n kiwi).. sekali rasa....fuuhhh.. blood sugar mcm roket meninggi.. haha

    ReplyDelete
  5. Akak tengok Pavlova ni memang nampak menyelerakan...tapi bila Sari kata manis...lomah den...hehehe

    ReplyDelete
  6. jelesnyerrrr...bila la lia nak buat nih...sedap x kak???

    ReplyDelete
  7. terima kasih kak..
    entry nie mmg bermakna buat ayu..
    nanti nak try

    ReplyDelete
  8. Winnie, lain kali ada peluang buat tau, skejap jer nak buatnya ni..

    Kak Zanafahmi, manis kak, kalu tak suka manis, sesudu jer mmg dah stop, tapi mkn sejuk2 sedapppppp.. hehehe

    Oeya, hahaha, bedal jerlah, hahaha

    ReplyDelete
  9. Tun, tulah, manis kan, kena cover ngan buah masam2.. ish! kecurrr


    Kak Anie, memang lomah mulanya, tapi sy yg pulun sume, hahahaha

    Mamamya, sedap, cubalah, janji dpt cuba try test, tapi rasanya ada siaran ulangan nih! hehe

    Ayu, kena buka cafe jual pavlova, hihihi

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi mengomen... jangan mengomel sudahlah ya.. hihihi

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?