MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

anda pengunjung ke

MENGHITUNG HARI

DEMI MASA

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI
Untuk tempahan hubungi Sari 012-7799705 (JOHOR BAHRU SAHAJA)

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Search Alam Sari

Loading...

Tuesday, February 28, 2012

DAK NAKAL DAH SEBULAN

sape ada dalam cermin???






ASSALAMUALAIKUM...

MEOWWWW!!

Biar betul, besar macam ni sebulan??? Hihi.. sebenarnya bukan usia Zonan ni yang sebulan tapi hari ini genaplah sebulan saya mengambil Zonan sebagai kucing angkat. Sejak ada Zonan saya dah macam ada baby pulak. Rasa-rasanya turun jugaklah ukuran pinggang saya ni tau, dibuat dek Zonan ni. Dapur tu dah berapa kali saya berus dalam sebulan, tu belum lagi berulang-ulang basuh cadar, sabun sekotak dah tinggal setengah, bil api dan air pastinya naik bulan ini. Itu belum lagi kecerewetannya tentang makan, memilih betul. Tak pernah jumpa kucing yang memilih pasal makan ni tau... Berpuluh ringgit juga habis cuba yang itu, cuba yang ini. Akhirnya jadilah rezeki kucing-kucing jalanan yang tak tahu memilih janji dapat mengalas perut yang kelaparan. Zonan ni kalau dah menggigil perut pun, kalau kita paksa makan pun dia tak mahu kecuali ikan rebus yang digaul dengan nasi atau biskut, yang itu memang dia tak tolak. Pengsanlahhh hari-hari mahu rebus ikan, huhuhu. Friskies, Whiskas, Pro-Diet, Smart Heart semua dia jamah sikit-sikit lepas tu tinggal... urmmmm. Royal Chain??? Oh! Tidakkkkkkkkk...

Zonan paling suka duduk dalam rak buku berbentuk kotak yang Yaya panggil Zonan's Control Car. Kadang-kadang Yaya buat beg, ikat tali hujung ke hujung dan dipikul di bahunya ke hulu ke hilir. Diam jer Zonan bila dipikul, suka sangat dia. Kalau Yaya rajin dia tarik kotak tu. Lagilah suka Si Zonan ni, memang kelakar tengok gelagat dia.. ER dan saya selalu mengekek-ngekek ketawa tengok telatah Zonan ni. Kalau tak ada orang nak melayan dia, mulalah dia mengiau-ngiau ajak bermain kejar-kejar. Yang penakut macam saya ni memang terjerit-jeritlah sebab dia suka mengacah-ngacah kita, silap-silap dapat penampar, hahaha.

Alhamdulillah, sejak seminggu lepas, kami dah berjaya latih dia buang air di luar rumah. Zonan juga dah dibebaskan sepenuhnya. Setiap petang dia akan menyambut kepulangan kami, terkejar-kejar bila nampak kereta memasuki garaj. Kalau kami balik malam, dia setia menunggu sambil duduk di kabinet kasut. Betullah kata orang, kucing ni binatang yang setia dengan tuannya. Semoga Allah sentiasa memelihara keselamatan Zonan sepanjang kami keluar rumah seharian. Amin....
sedia untuk berlepas!

16 comments:

tun_telani said...

comelnyer duk dlm kotak tuu!! ^^ sama muka macam tun nyer oyen. mmg seronok tgk telatah kucing ni. mmg kene ajar slow2 beri makanan tu, jenuh la nk merebus ikan tu. dgn hanyir lagi.. x rela! hihi.. tun beri whiskas junior yg lebik tu. dlm peket kecik2, pastu selang2 ngan pallet. skrg ni alhamdulillah dh pandai makan makanan kering.

Mat Gebu said...

Comeyynyaaaa.....geramm.

Acik Erna said...

memang comel je aksi zonan dok dalam kotak tu.

zulfikar hazri said...

aihh teringat kucing saya. nama dia oren..

bela dari kecik sebab jumpa depan rumah org buang. sebijik rupa mcm ni..

T_T UUuUuUuuu

zuwaidah said...

comeynyaaaaa....bertuah si comey dpt tuan yg cun dan perihatin nih....

Oh Oeya said...

Owhhh! Ni dak Zonan yg ada mama tu kan.. hik3 :D

Awakkk.. kalau kita pakai contact lens yang betul2 sama dgn mata dak zonan ni.. ada kelihatan kpop tak kui3 ;)

THE LEKAT LEKIT STORY said...

alo.. geramnya tgk. kucing2 sy kt kampung pun makan ikan rebus dgn nasik.. makan juga whiskes bagai tu.. bak kata org dorang belasah je apa pun. ada yg hantu ayam.. kalau dia makan ayam licin. tulang pun takde. gigi dia memang kuat. tulang besar pun dia blh kunyah. namanya kasim.. semua tu kt kampung.. kt sini ada hamster je

marinahunny said...

Assalamualaikum kak sari, saya nak confirm order stokin dgn kak sari. Nak warna apa ye?

Sari Yusa Ibrahim said...

Tun, betul mcm muka Oyen kan, hihi. Cerewetlah Tun, dia kurang gemar mknn segera ni, huhu

Sari Yusa Ibrahim said...

CM, sama comel ngan CM, hehe

Sari Yusa Ibrahim said...

Acik Erna, aksi selamba tak sabar nak brlepas, hehe

Sari Yusa Ibrahim said...

Oren kat mana la ni? Knp T_T?? Huhuhu

Sari Yusa Ibrahim said...

Cun ke tuannya yg comot nih?? Hehe

Sari Yusa Ibrahim said...

Ishhhh, awakkkk, nt kalu dh pakai contact lens tu amek gbr ya, hehehe

Ya, nilah budak yg ada mama tu, hahaha

Sari Yusa Ibrahim said...

Bagusnya kucing Si Lekit tak cerewet makan ya. Senangnya kalu kucing sy pun mcm tu. Huhu

Sari Yusa Ibrahim said...

Akak dah email.

Share It

Anda Sukakan Ini?