MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
Untuk pertanyaan, hubungi (call)/ whatsapp : 0127799705 atau sms 0127844524

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri chocolate lava Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Wednesday, May 9, 2012

CIK EMBUN DAN BERUS GIGI AJAIB

ASSALAMUALAIKUM...

Happy Birthday, CIK EMBUN!!

SEMALAM... 8 Mei 2012 adik saya yang dalam fb-nya dikenali sebagai Cik Embun menyambut hari lahirnya yang ke 29. Wallaaaaaaa... ibu saya siap masak nasi arab lagi untuk anak busuk bongsunya ni. Sedap sangat nasi arab tu sebab dalamnya ada daging dan tulang hingga membuatkan saya lupa diet dunia. Tapi minta maaf banyak, memandangkan semalam hari bekerja dan saya pun sampai lambat maka saya terlupa untuk mengambil gambar sebab tak sabar tengok saiz nasi yang panjang-panjang tu, hihi. Tak tahan tengok Cik Embun pasang lilin sendiri atas kek hari jadi, belum sempat kami nyanyi Happy Birthday, dia dah tiup lilin tu. Amboiiiiiiii Cik Embun, tahulah dah 29, dah tak boleh disuruh dan dilarang... muahaha.

Lepas tu saya lepak-lepak dengan ibu sambil tengok tv. Sempat juga tengok Ustaz Don mengajar tentang cara sujud yang betul. Cik Embun dan Angah keluar hantar Monavie pada pelanggan (siapa nak tahu tentang Monavie boleh tanya dengan Cik Embun). Tak lama Cik Embun pun balik. Lepas tu saya nampak Cik Embun bawa satu cawan yang berwarna putih.

"Siapa nak tengok cawan ajaib?"

Sebelum ini Cik Embun pernah cerita yang dia ada cawan ajaib, kalau tuang air nanti cawan tu akan tukar warna. Saya terus bangun dari baringan... "Ooo.. tu ke cawannya," teruja gitu.

Saya nampak Cik Embun tuang air sejuk kosong dalam cawan tu. Gelas sebenarnya, bukan cawan tapi Cik Embun sebut cawan, kita sebut cawanlah.. hehe.

"Tengok eh, nanti dia tukar colour," kata Cik Embun.
tengok ya.. gelas warna jernih, bila masukkan air, warna air jadi biru.. ajaibkan...

"Kau ni telah mengingatkan aku kepada sesuatulah... hahahahaha.., Angah, kau ingat tak apa dia?"

Angah pun ikut ketawa. Adoi, sampai sakit rahang gelak.. Cik Embun pun gelak juga. Siapa nak gelak sekali mari baca kisah CIK EMBUN DAN BERUS GIGI AJAIB ni... hihihi.

**********

Saya tak ingat tahun bila sebenarnya peristiwa kelakar gila ini berlaku yang saya ingat pada awal tahun 90-an. Saya mungkin dalam tingkatan 3 atau 4. Isk, langsung tak ingatlah, Cik Embun, kau ingat tak masa tu darjah berapa?? hehe.

Yang amat jelas dalam fikiran saya masa tu ialah apabila satu jenama berus gigi tak silap JORDAN mengeluarkan produk terbarunya, nama produk yang sebenar tak ingat, tapi mungkin ada perkataan MAGIC ke RAINBOW ke kat situ.

Aiiii... semua tak ingat, ni cerita betul ke tipu???

Kisah betul-betullah, bukan tipu... huhu..

Kami adik-beradik memang teruja sungguh dengan iklan tu. Haiiii, siapa tak teruja bila tengok berus gigi boleh tukar-tukar warna, siap background iklan tu yang warna-warni. Lepas tu semua orang dalam iklan tu sorak gembiralah, seronok sangat bila berus gigi tu tukar-tukar warna dia. Maka kami pun bertekad untuk membeli berus gigi tersebut.. huhuhu.

Memandangkan mak abah kami ni bukan orang kaya yang asal mintak jer dapat, maka dengan gigihnya saya dan adik-adik pun mengumpul duit untuk membeli berus gigi magik tu. Tak ingat berapa lama kumpul, duit tu saya punya seorang ke atau hasil kutipan adik beradik, kami telah berjaya membeli sebatang berus gigi Jordan yang boleh tukar-tukar 'kaler' semasa sedang memberus. Dan saya tak teringat adakah kerana syer saya yang paling banyak maka saya telah diberi penghargaan untuk membuat demo pertukaran warna berus gigi tersebut atau memang saya seorang punya duit (takkanlah berus gigi nak kongsi pakai pulak tak???). Dengan diiringi Cik Embun dan seorang lagi adik bawah saya, Hnyprincess (nama kat facebook), tak ingat Angah ada ke tak, kami semua berderet pergi ke bilik air. 

Jeng.. jeng.. jeng. Saya mencalit ubat gigi sepanjang berus. Nasib baik ibu tak ada kalau tak mampus kena marah letak ubat gigi banyak-banyak. Lalu saya pun mencangkung sambil memberus gigi dengan pintu bilik air terbuka. Yang lain cangkung depan pintu bilik air... huhu.

Masa mula-mula berus tu, ubat gigi masih banyak sangatlah segar rasanya. Berus gigi depan punyalah lama, berus tepi kanan.. berus tepi kiri.... gigi bawah kanan, gigi atas kanan, gigi atas kiri... gigi bawah kiri dan setiap bahagian tu saya berus dengan jangkamasa yang luar biasa dari yang biasa sambil diperhatikan orang kat luar bilik air ;p

Dah habis berus semua bahagian, berus gigi masih warna asal... ishhh! Tipulah iklan tu, tak tukar pun...

Saya ulang balik berus gigi depan..

Saya mengerling batang berus gigi tersebut. Ada tona warna pelangi terjadi disitu. Tanpa melepaskan genggaman pada batang berus gigi dan masih memberus saya menunjuk-nunjuk (dengan tangan kiri) perubahan warna batang berus gigi tu kepada Cik Embun dan Hnyprincess yang sedang bersorak-sorak... keterujaan yang terlampau.. huhuhu.

Aduhai... tangan saya dah semakin lenguh memberus. Saya mengangkat tangan 'surrender'

"Oiii.. aku dah penatlah, siapa nak sambung?" huhuhu...

"Ani sambung! Ani sambung!" Cik Embun mengangkat tangan dan terus masuk ke dalam bilik air. Saya terus menyerahkan berus gigi tu kepada Cik Embun dan Cik Embun sambung memberus giginya pulak. Saya berkumur dan tunggu pulak di luar bilik air bersama Hnyprincess. Memang seronok sangat tengok batang berus tu berubah-ubah macam warna pelangi. Cik Embun terus memberus sampailah warna tu statik dan tak berubah lagi. Bila Cik Embun habis berkumur, kami ramai-ramai gelakkan dia sebab sambung guna berus gigi tu. Punyalah teruja sampai terlupa nak basuh dan ganti dengan ubat gigi baru sebab takut warna tu patah balik ke warna asal, kui kui. Nasib baiklah adik beradik dan nasib baik saya tak ada penyakit mulut... kih kih kih. Cik Embun... Cik Embun... jangan marah ya...
Cik Embun suka bergaya depan kamera


P/S Rasanya berus gigi tu dah tak ada jual lagi sekarang.

P/S Warna batang berus gigi bertukar kerana proses pertambahan haba bila kita menggenggam batang berus gigi tersebut... hihi

P/S Puas saya cari youtube iklan berus gigi ajaib tu tapi tak jumpalah.. siapa boleh tolong bagi linknya kat saya. Sebagai ganti mari kita tengok YOUtube kelakar giler ni... hehehe


P/S Zulfikar Hazri - awak mesti suka entry nostalgia macam nikan... hehehe






13 comments:

  1. hahahaha...nostalgia masa kecil...
    macamkan kak..
    mas tak ingat pulak berus gigi warna warni tu...
    agaknya masa tu mas masih menyusu badan lagi kot...kikikikiki

    ReplyDelete
  2. Heheeee, memang kenangan kan zaman kecik2 dulu :)


    Cawan ajaib HeartBeat ada juai, tapi MJ tak penah beli lagi :)

    ReplyDelete
  3. saya ingat berus gigi tu!!! tapi kalau nak tgk warnanya berubah kene la memberus depan cermin kan? :D

    ReplyDelete
  4. Assalam Selamat Hari Lahir Dik Embun...hrmmm Dik Sari ni memang kelakar...Akak dah agak dah mesti dia ambik terus sambung jer tu!!! gelagat masa kecik2 dulu...ada2 aje!

    ReplyDelete
  5. Pertama kali nak ucap happy birthday buat Cik Embun (kakak masih senyum sendiri ni SYI - sebab baca N3 ini)

    Kelakar bila kenang kisah silam. Tapi lihatlah dulu betapa eratnya hubungan adik-beradik hingga satu berus gigi pun boleh kongsi... cuba suruh anak kita sekarang boleh muntah agaknya...

    ReplyDelete
  6. Happy birthday cik embun... :-)
    Mmg leh tergolek gelak ngenang kenangan silam nih kan kak..baru2 ni adik sy dtg btndg ke rumah,kuar citer2 masa kecik.hehe

    P/s:Berus gg tu dah xde zaman sy kecik kot

    P/s:mcmmana air tu bertukar warna...best laa kaler biru!

    ReplyDelete
  7. kalau kak yus nak tau...
    banyak kennangan yang diimbas bila kita sudah besar, lagi2 dah berumah tangga...


    bestnya layan citer kak yus dan adik beradik.. dah macma mengimbas kenangan lama bersama adik beradik ayu

    kak.. sampaikan salam tahniah dan selamat
    selamat hari lahir buat cik embun


    (kalau kak nak tau, komen yang ayu tulis kosong, tapi ayu taip sahaja.. hahahah.. maaf kalau ada yang typo)

    ReplyDelete
  8. kah kah kah kah, sedap sangat rasa ubat gigi campur airliur kan! punya nak tengok kaler tukar, tak basuh dulu pun lantaklah!


    p/s rasa mcm baca entry blog Rasa Hati pula. siap ada p/s byk lagi! hehehehehehe ye saya memang suka entry mcm ni!

    ReplyDelete
  9. Kelakar la..senyum sorang2 pagi ni tau..

    ReplyDelete
  10. Yus, Happy birthday utk adik ko cik embun tu..

    Kelakor gila bab berus gigi ajaib ko tuh..hihihhiiii... Sib baik, tak dan org ke 3 nak menerai berus gigi tu..hahahaha...

    p/s: Yus, ari Naz tulis entry pasal kek lapis cheese pesona tu jer yg makan 2 potong.. Hari selepas tu makan bnyk potong..hihihihiii...

    ReplyDelete
  11. Gamwbar masa kecik tu tak menahan...hehehe...

    ReplyDelete
  12. heheheehe suka dengan nostalgia dulu2.

    ReplyDelete
  13. hahaha... nostalgia tul ni..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi mengomen... jangan mengomel sudahlah ya.. hihihi

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?