MAKAN NASI GORENG CENDAWAN DI RESTORAN SWEET STEAK SEVENTEEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT


DUA hari berturut-turut salah percaturan. Nak makan Nasi Goreng Seafood Daun Pisang di Restoran Jasmin pada hari rabu, tutup. Pak Inche baru teringat, restoran tutup sekali sebulan pada hari rabu. Esoknya, sebelum hantar Iman balik kolej, pergi lagi. Sebelum tu, Sk semak di facebook menyatakan restoran dibuka, rupanya tutup jugak daaaa. Terus cuba nasib ke Restoran Sweet Steak Seventeen di BBU, mujurlah buka, penuh pulak tuuuuu.



Pesan dua set Rojak Tauhu. Kalau datang bertiga memang tak cukup la jika pesan satu sahaja. Rojak Tauhu ni memang signature dish la di sini sebagai pembuka selera. 


Pak Inche makan Beef Kueyteow. Tiap kali ke sini memang tak ada lain la dipesannya.


Sk pesan Nasi Goreng Cendawan. Pertama kali nak cuba NGC di SSS ni. Cendawan tu rupanya dimasak berasingan sebagai lauk kepada nasi goreng. Ingatkan nak makan NGC macam yang selalu Sk makan di Medan Selera Kebayan, Plaza Kotaraya, masa remaja dulu dimana cendawannya digoreng bersama nasi.


Iman pesan Nasi Putih Daging Menangis. Selain nasi putih, daging menangis juga ditawarkan bersama nasi goreng. Daging tu hitisan daging lembu yang dimasak bersama sos lada hiram. 


Kebetulan, masa kami nak masuk restoran, ada seorang kenalan Pak Inche sedamg makan bersama isterinya. Beliau dah habis makan masa tu, isterinya tengah makan lagi. Masa tengah tunggu makanan, dia datang bersalam dengan Pak Inche dan bagitahu dia dah bayarkan makanan kami. Bila semak dengan cashier, memang dia dah bayar cuma tak cukup RM8+ gitu. Jadi, Pak Inche cuma bayar RM8.xx.

Iman kata, nasib baik dia tak order steak 🤭.

Apapun, terima kasih untuk tuan yang bayarkan harga makanan kami tu ya.Dahlah tuan makan berdua, kami makan bertiga. Rojak Tauhu jer dua pinggan 😆. Semoga dengan kemurahan hati tuan, Allah swt makbulkan hajat tuan dan isteri tuan, diberi keafiaatan, kebahagiaan dan kesejahteraan oleh-Nya jua, insyaAllah, Amiiinnn YRA.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nampak sedpa la rojak tauhu tu..alhamdulillah semoga murah rezeki orang yang bayarkan tu,.

    ReplyDelete
  2. Tengok kuah rojak tauhu tu nampak sedap la .. Kuah pekat . Alhamdulillah murah rezeki tiba-tiba ada meja lain yang tolong bayarkan .

    ReplyDelete
  3. Oh nasi cendawan asing gitu lauknya..biasa mkn yg masak skali kn dlm nasi

    ReplyDelete
  4. Nasi goreng cendawan... bunyi macam sedap.. tapi ldy x pernah makan.. biasa kalau nasi goreng ldy x tambah lauk lain melainkan keropok keping trg..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, rejeki orang belanja makan.
    Nasi goreng cendawan saya ada juga buat sendiri di rumah, guna cendawan butang dalam tin yang dihiris. Hehe.. terliur tengok rojak tauhu.

    ReplyDelete
  6. Kira makan nasi berkuahlah tu sebab cendawan masak asing.

    ReplyDelete
  7. Menunya memang jarang jumpa di tempat lain.
    Allahuakbar pemurahnya belanja. Moga murah rezeki.

    ReplyDelete
  8. Google pun sama jugak. Tak boleh percaya. Situ tulis open, sekali pergi tutup daaa...Uishh kecur air liur. Orang Johor je yang minat makan tauhu rojak ni. Jarang jumpa di tempat lain. Layan rojak je dah cukup kenyang dah ni. Rezeki orang belanja, cuma kena tambah sikit je lah kan. Semoga bertambah-tambah rezeki yang belanjanya tu. Aamiin...

    ReplyDelete
  9. Jadi macam nasi goreng dengan tumis cendawan ya kak 😄. Saya pun pikir digoreng bersama.

    Rujak tahu nih saya belum pernah coba. Nampak sedap 🤤🤤

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!